Waspadalah Malaysia (bhg akhir)
Nyatalah kelihatan pemerintah Singapura telah menggunakan teori Thick Face Black Heart (Muka Tebal Hati Hitam) yang berkonsepkan "Winning Through Negative Thinking". Apakah itu teori Thick Face Black Heart?
Menurut pengarang buku bertajuk Thick Face Black Heart (The Asian Path To Thriving, Winning and Succeeding), Chin-Ning Chu, ia diertikan sebagai:
"When you conceal your will from others, that is Thick. When you impose your will on others, that is Black. (Lee Zhong Wu)".
Nyatalah kelihatan pemerintah Singapura telah menggunakan teori Thick Face Black Heart (Muka Tebal Hati Hitam) yang berkonsepkan "Winning Through Negative Thinking". Apakah itu teori Thick Face Black Heart?
Menurut pengarang buku bertajuk Thick Face Black Heart (The Asian Path To Thriving, Winning and Succeeding), Chin-Ning Chu, ia diertikan sebagai:
"When you conceal your will from others, that is Thick. When you impose your will on others, that is Black. (Lee Zhong Wu)".
"Apabila anda menyembunyikan niat anda daripada orang lain, ia adalah Tebal (Thick). Apabila anda memaksa niat anda ke atas orang lain, ia adalah Hitam (Black). (Lee Zhong Wu)." (Thick Face Black Heart Pg.7)
Huraiannya:
(a) "Thick Face Black Heart is a theory of great practical use. It can be applied to any endeavor, and utilized for either good or evil purposes." - (Thick Face Black Heart Pg.10).
(Maksudnya: Muka Tebal Hati Hitam adalah satu teori yang amat besar kegunaannya. Ia boleh digunakan dalam apa juga usaha dan dimanfaatkan untuk tujuan baik atau jahat).
(b) "Black Heart is the ability to take action without regard to how the consequences will affect others. A Black Heart is ruthless but it is not necessarily evil." - (Thick Face Black Heart Pg.13)
(Maksudnya: Hati Hitam adalah satu kemampuan untuk bertindak tanpa mengira akibatnya terhadap orang lain. Seorang yang Berhati Hitam tidak ada belas kasihan, tetapi tidak semestinya jahat.)
(c) "Thick Face Black Heart at its crudest level has no moral overtones. It purely addresses how to get what you want, in other words winning at all costs. Thick Face at this level is total lack of conscience. Black Heart is absolute ruthlessness" - (Thick Face Black Heart Pg.15)
(Maksudnya: Muka Tebal Hati Hitam adalah mengenai bagaimana mendapat apa yang anda mahu, dalam lain perkataan untuk menang tidak kira apa juga akibatnya. Muka Tebal di tahap tanpa hati nurani, Hati Hitam pula tidak mempunyai sebarang rasa belas kasihan).
[Nota : Chin-Ning Chu adalah Presiden Asian Marketing Consultant Inc. dan Pengarah Eksekutif Institut Pengajian Strategik. Beliau juga merupakan seorang konsultan korporat].
Keuntungan semata-mata
Nyatalah yang parti pemerintah Singapura, dalam hubungan dua-halanya dengan Malaysia, sengaja menimbulkan isu-isu yang tertangguh dengan menggunakan teori dan konsep Muka Tebal Hati Hitam ini untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.
Oleh yang demikian Malaysia juga boleh menggunakan teori dan konsep sebagaimana dalam pepatah Melayu: Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, iaitu:
Terima segala isu yang ditimbulkan oleh Singapura dengan baik.
Kaji isu-isu itu berdasarkan kebenaran, kebijaksanaan dan perundangan.
Buat keputusan tanpa sentimen dengan tegas dan jangan terjebak kepada teori dan konsep Muka Tebal Hati Hitam (menang melalui berfikiran negatif) yang diamalkan oleh Singapura.
Izinkan saya melahirkan pendapat: janganlah terlalu ghairah untuk menyelesaikan isu semasa tanpa mengambil kira sejarah negara.
Teori dan konsep yang digunakan Singapura bagi objektif panjangnya untuk menjadikan Malaysia negara demokratik, bukan-Komunis dan sosialis, jelas telah dikatakan oleh Perdana Menteri pertamanya iatu, iaitu
"An Independent Singapore would become an Independent Israel in Southeast Asia." - (The Battle For Merger Pg.170).
(Maksudnya: Singapura yang merdeka akan menjadi Israel yang merdeka di Asia Tenggara).
Tidak hairanlah bila didapati Singapura telah meminta bantuan Israel untuk melatih, membina dan memperkukuh angkatan bersenjatanya, serta bersedia dengan menjadikan rakyatnya militan keseluruhannya. Maklumat serta senario yang terdapat dalam buku berjodol Defending The Lion City oleh Tim Huxley, boleh membuka mata kita dalam hal ini.
Buat baik berpada-pada
Kita perlu berwaspada dan perhatikan kata-kata berikut, kalau-kalau ada pihak yang mengamalkannya terhadap Malaysia :
"Bait them with the prospect of gain, bewilder and mystify them. Use anger to disrupt them, humility to make them arrogant. Tire them by running away, cause them to quarrel among themselves. Attack them when they do not expect it, when they are least prepared. Be so subtle that you are invisible. Be so mysterious that you are intangible. Then you will control your rivals' fate." - Sterling Seagrave : Lords of the Ring pg 30.
(Maksudnya: Umpanlah mereka dengan prospek keuntungan, jadikan mereka kebingungan. Gunakan kemarahan untuk mengganggu mereka, bersikap rendah diri untuk menjadikan mereka angkuh. Letihkan mereka dengan 'melarikan diri', dan cetuskan perbalahan antara mereka. Serang mereka ketika mereka tidak menduga, apabila mereka tidak bersedia. Licik sehingga anda tidak kelihatan. Bertindak penuh misteri sehingga anda sukar difahami. Kemudian anda akan kuasa takdir lawan anda).
Banyak isu masih tertangguh. Setiap isu yang timbul dijadikan satu percubaan oleh Singapura untuk mencari untung dengan jalan mudah.
Kita perlu kaji dan rujuk kepada sejarah supaya kita berwaspada dan tidak leka pada bila-bila dalam membuat sebarang rundingan dengan Singapura.
Oleh kerana itu waspadalah Malaysia, gunakan pepatah Melayu "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali."
Bertindaklah secara bijaksana berdasarkan kebenaran dan perundangan tanpa sebarang sentimen untuk mencapai matlamat negara maju pada tahun 2020 sebagai negara Malaysia yang tertakluk dalam perlembagaan negara kita. Jauhilah dari mempertaruhkan kedaulatan nNegara kepada kuasa asing.
PROF MOHAMMED HJ YACOB dilahirkan di Pontian, Johor pada 1918. Beliau terbabit secara aktif dalam politik Singapura ketika menjadi Penolong Setiausaha Agung Parti Perikatan Singapura pada 1950-an dan 1960-an. Beliau juga merupakan rakan karib pengasas parti PAS, Dr Burhanuddin Helmi. Beliau kini merupakan juruperunding homeopatik dan menulis buku-buku mengenai agama.

