Maybank, jadilah bank yang berhati perut!
Pelanggan VeteranPublished: Jul 24, 2006 9:36 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Sektor perbankan terutamanya Mayban patut lebih prihatin dengan kebajikan para pelanggannnya. Tindakan pihak Mayban bertindak terlalu pantas terhadap pelanggan yang dikenakan notis kebangkrapan amat mendukacitakan.
Pihak Maybank begitu berbangga kerana mempunyai unit khas untuk menjalankan kerja mencari nama pelanggan yang dikenakan notis kebangkrapan di akhbar-akhbar, kononnya berkerja secara efisyen.
Tetapi tidak sedarkah pihak Mayban bahawa tindaknnya itu sebenarnya menghukum orang yang belum didapati bersalah. Mahkamah belum menjatuhkan perintah kebangkrapan tetapi Mayban terlebih dahulu menghukum pelanggan berkenaan dengan membekukan akaunnya.
Ini tidak sepatutnya berlaku, notis kebangkrapan bukan berrti seseorang telah dijatuhi perintah bangkrap. Ia baru satu prosiding dan belum tentu pelanggan berkenaan akan dikenakan perintah muflis oleh mahkamah.
Sepatutnya pihak Maybank menunggu hingga prosiding selesai yakni hingga keluar surat dari Jabatan Insolvensi. Bank-bank lain mengamalkan demikian, mereka tunggu surat dari Jabatan Insolvensi, barulah dibekukan akaun pelanggan berkenaan.
Pihak Mayban walaupun merupakan bank terbesar namun perlu belajar dari bank-bank lain yang lebih kecil tetapi berhemah dan berhati perut. Sedarlah Mayban tindakannya membekukan akaun pelanggan yang belum dikenakan perintah muflis adalah satu penganiayaan terhadap pelanggan.
Bank Negara perlu memantau sikap Mayban yang rakus dan zalim ini. Pastinya Bank Negara tahu banyak rungutan mengenai tindak tanduk Mayban ditimbulkan oleh pelanggan. Atau sudah tiba masanya semua pelanggan Mayban menutup akaun mereka dan berpindah ke bank-bank yang lebih berbudi bicara!
Mayban perlu ingat pelanggan-pelanggan kecillah menjadikannya besar seperti sekarang. Belajarlah menjadi bank yang perihatin, bukan mengejar keuntungan semata-mata.

View Comments0