Nik Aziz dijangka hadiri Majlis Bersama Dr M
Published: Jul 19, 2006 12:26 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Menteri Besar Kelantan Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dijangka turut menghadiri Majlis Bersama Dr Mahathir yang akan diadakan di Kota Bharu pada 28 Julai ini.

Katanya, telah menerima surat jemputan dari pihak penganjur untuk majlis tersebut dan beliau menjangka menghadirinya.
Akhbar berbahasa Cina, China Press memetik Nik Aziz sebagai berkata, ahli politik tidak boleh memihak kepada mana-mana pihak dan perlu mengambil kira semua pandangan dari semua pihak.
Sementara itu, Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadakan lawatan dua hari ke Kelantan mulai 20 Ogos depan untuk meninjau sendiri projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri itu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata pada hari pertama lawatan, Perdana Menteri akan merasmikan Jambatan Dabong di Kuala Krai dan kemudian melawat Stong Hill Resort di kaki Gunung Stong yang kini diuruskan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).
Perkampungan Islam Hadhari
Abdullah juga akan merasmikan perkampungan Islam Hadhari bersama pegawai kerajaan dan masyarakat umum di Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab, katanya dalam sidang akhbar di Kota Bharu.
Pada sebelah malamnya, Abdullah dijadual menghadap Sultan Kelantan sebelum mengadakan perjumpaan dengan Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua menteri dan pengerusi badan perhubungan Umno negeri-negeri di Padang Kala.
Pada hari kedua lawatan, Perdana Menteri akan melancarkan program Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) bernama Baloh Negara Kelantan di Pasir Puteh.
Ini disusuli jamuan dengan rakyat di Bachok dan menghadiri beberapa program lain sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah malamnya, katanya.

View Comments0