Forum awam Gabungan Article 11 di JB diteruskan
Gabungan Article 11 yang akan mengadakan forum awam seterusnya di Johor Bahru Sabtu ini, menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dianggap sebagai 'sensitif' atau menghina mana-mana agama termasuk Islam.
Gabungan Article 11 yang akan mengadakan forum awam seterusnya di Johor Bahru Sabtu ini, menegaskan bahawa ia tidak seharusnya dianggap sebagai 'sensitif' atau menghina mana-mana agama termasuk Islam.
"Kita melihatnya sama seperti forum lain (untuk berbincang mengenai perlembagaan). Malah, kita memberi nafas kepada perlembagaan dengan mengadakan perbincangan seperti ini. Ia sama seperti mengadakan seminr mengenai keganasan rumahtangga, sebagai contohnya," kata Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah.
"Kami amat kecewa kerana Pemuda Umno Johor dan PAS Johor meminta kita berhenti bercakap. Ugutan seperti ini tidak perlu kerana kami percaya dengan perdebatan terbuka," katanya dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya yang turut dihadiri beberapa anggota gabungan tersebut.
Sidang akhbar itu diadakan sebagai menjawab laporan dalam akhbar The Sun hari ini yang memetik kedua-dua parti politik itu meminta pihak polis dan Jabatan Agama Islam Johor supaya jangan membenarkan forum tersebut diadakan.
"Kami menggesa PAS dan Umno supaya tidak menimbul rasa cemas di kalangan orang awam mengenai forum perundangan kami," kata Josiah.
"Adalah menyakitkan apabila mendengar pembohongan mengenai kami. Jangan hentikan debat tersebut. Kami yakin pihak pihak polis akan melindungi hak kami," tambahnya.
Klaus penting
Presiden Hakam, Ramdas Tikamdas turut menyokong pandangan Josiah, sambil menegaskan ianya sama seperti perbincangan mengenai Rukunegara.
"Lagi pun, Article 11 (mengenai kebebasan beragama) adalah satu klaus penting dalam perlembagaan. Perbincangan terbuka mengenai kandungan perlembagaan adalah sebahagian daripada proses demokratik," katanya.
Gabungan tersebut juga menjelaskan bahawa permit polis tidak diperlukan untuk menganjurkan forum tersebut kerana ianya diadakan dalam bangunan, tetapi para peserta mesti mendaftar untuk menghadirinya.
Ia juga telah menghantar surat kepada Ketua Polis Johor Bahru dan Ketua Polis Negara untuk mendapatkan bantuan pihak polis bagi memastikan forum tersebut berjalan tanpa sebarang gangguan, sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini.
Presiden WAO, Meera Samanther, yang akan berucap di forum tersebut, berkata adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pihak polis untuk menyediakan bantuan.
Sehubungan itu, beliau melahirkan keyakinnya bahawa gabungan tersebut yakin akan mendapat kerjasama daripada pihak polis bagi menjayakan forum berkenaan..
Sehingga ini, Gabungan Article 11 telah mengadakan tiga forum awam di Selangor, Pulau Pinang dan Melaka untuk membincangkan hak kebebasan beragama yang termeterai dalam Perlembagaan Persekutuan. Terjemahan

