Barisan Melayu untuk hadapi Suqiu
Mohd Irfan IsaPublished: Dec 22, 2000 10:52 AM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Sekumpulan bekas pemimpin Pemuda Umno yang pernah ditahan dalam Operasi Lalang pada 1987 hari ini diumumkan akan menyertai Barisan Bertindak Melayu (BBM) untuk memantau "usaha melucutkan hak Melayu."
Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata penubuhan BBM bertujuan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu.
"Saya sangka soal ketuanan Melayu ini telah selesai selepas 13 Mei. Tetapi ia terus berlaku, maka adalah perlu untuk menubuhkan BBM," katanya kepada pemberita di hadapan masjid Pasir Mas, Kelantan selepas sembahyang Jumaat.
"Kami sebenarnya berbudi bahasa, dan kita tidak berkata apa-apa pada permulaannya. Tetapi Suqiu masih tidak mengambil tindakan untuk menarik balik tuntutannya," katanya lagi, dalam satu perhimpunan bagi membantah Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina (Suqiu) yang dihadiri hampir 100 orang di luar masjid itu.
Menurut Ibrahim, BBM yang mempunyai urusetia tetap di Kuala Lumpur akan bertindak memantau usaha melucutkan hak Melayu.
Badan itu dipimpin oleh bekas beberapa anggota exco Pemuda Umno yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987, dan juga bekas pemimpin pelajar.
"Jawatankuasa kami ini semua orang berani mati. Yang penakut-penakut tidak ada. Dan kami semua bersedia untuk menghadapi sebarang akibat berikutan tindakan kami," kata Ibrahim lagi.
Beliau merupakan seorang daripada tiga aktivis Pemuda Umno yang ditahan dalam operasi tangkapan besar-besaran 13 tahun lalu.
Seorang lagi pemimpin BBM, Tajudin Rahman mengulangi desakan beberapa pemimpin Umno sebelum ini.
"Tiada dialog, tiada perbincangan. Suqiu tiada pilihan lain selain daripada menarik balik tuntutannya. Kalau tidak, bersedialah untuk menghadapi sebarang tindakan daripada semua orang Melayu, termasuk BBM," kata Tajudin, sambil berkata kumpulan pemimpin tersebut pernah bertindak berhubung perkara yang sama pada 1987.
Suqiu cabar Islam
"Tetapi kami tidak peduli siapa di belakang Suqiu. Sama ada parti dalam kerajaan, luar kerajaan, NGO kita akan lawan habis-habisan.
"Suqiu mencabar agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Dan oleh itu, saya menyeru semua umat Islam di negara ini untuk bangun membela Islam," kata bekas exco Pemuda Umno itu lagi.
Tajuddin juga menggesa Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein membatalkan hasrat untuk mengadakan dialog dengan Suqiu.
"Kalau tidak, kedudukan kepimpinan Pemuda Umno akan menjadi persoalan di kalangan orang Melayu. Saya tahu Pemuda Umno ini masih bersatu, tetapi yang lemah adalah pucuk pimpinan.
"Saya ingin menganjurkan kalau kelemahan di pucuk pimpinan ini berterusan, maka Pemuda harus memilih suatu (barisan) kepimpinan baru yang dapat membela kepentingan agama, bangsa dan negara," tegas Tajudin kepada pemberita-pemberita yang meliputi peristiwa itu.
Sepanjang demonstrasi ini, ahli-ahli BBM juga telah membakar satu sepanduk anti-Suqiu pada perhimpunan aman ini yang telah bersurai pada 2.45 petang.

View Comments0