Pemimpin PKR ingatkan PAS jangan masuk perangkap
Muda Mohd NoorPublished: Jul 13, 2006 6:07 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menasihatkan PAS supaya tidak terperangkap dengan perbalahan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Rasah, Ahmad Al Jufery Ramdzan kecewa kerana PAS kini menganggap bekas Perdana Menteri itu sebagai wira yang akan membantu perjuangan parti itu untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
"Sebab itu PAS telah memberi ruang kepada Dr Mahathir dan kini para pemimpin parti itu, termasuk Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub begitu senang dengan kritik Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Abdullah.
"PAS juga nampaknya sudah mula lupa dengan apa yang telah dilakukan oleh Tun Dr Mahathir terhadap parti itu sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri," katanya.
Sehubungan itu, katanya, Pemuda PKR Bahagian Rasah akan membawa usul ke kongres nasional parti yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 1 September ini supaya mengkaji semula hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua pihak.
Perbalahan peribadi
Ahmad Al Jufery berkata, ini adalah kehendak ahli PKR Bahagian Rasah yang mempunyai 12 cawangan dengan seramai 200 ahli.
Katanya, semua pihak harus ingat bahawa kritikan Dr Mahathir sama sekali tidak membantu perjuangan pembangkang untuk menjatuhkan BN.
Katanya, perbalahan Dr Mahathir dan Abdullah tidak lebih dari perbalahan peribadi di antara mereka dan bukannya membabitkan agenda rakyat.
Ahmad Al Jufery berkata, jika Dr Mahathir memperjuangkan isu seperti kenaikan harga minyak dan memperbetulkan sistem kehakiman, rakyat harus memberi sokongan kepada beliau.
Bagaimanapun, katanya setakat ini Dr Mahathir langsung tidak menyebut mengenai isu-isu tersebut dan ini bermakna ia tidak selari dengan perjuangan pembangkang.
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Rasah, Ahmad Al Jufery Ramdzan kecewa kerana PAS kini menganggap bekas Perdana Menteri itu sebagai wira yang akan membantu perjuangan parti itu untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). "Sebab itu PAS telah memberi ruang kepada Dr Mahathir dan kini para pemimpin parti itu, termasuk Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub begitu senang dengan kritik Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Abdullah.

View Comments0