Risalah bela Tajuddin diedarkan di Parlimen
Published: Jul 12, 2006 11:30 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Tiga risalah yang membela bekas Pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli berhubung isu pembelian saham MAS diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Risalah tersebut bertajuk`Tuntutan Balas Tajudin Ramli Terhadap Danaharta, Mengapa Dia Berbuat Begitu?' dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris serta `The Tajudin Ramli Bombshell: Who Is the Real Culprit?'.
Bagaimanapun, bukan kesemua ahli Parlimen yang menerima risalah tersebut. Hanya beberapa ahli Parlimen kerajaan yang menerima risalah tersebut.
SK Devamany (BN-Cameron Highlands) dan Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Itam) yang duduk di sebelahnya mengesahkan mereka risalah tersebut diletakkan di meja mereka sebelum sidang dewan disambung pagi ini.
Wee yang terkejut apabila menerima risalah itu turut mempersoalkan bagaimana risalah terbabit boleh melepasi kawalan keselamatan Dewan.
Bagaimanapun, beliau memberitahu pemberita, ia suatu yang menarik untuk dibaca dan "terpulanglah kepada seseorang untuk menilainya".
Manakala Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika diminta mengulas perkara itu, menafikan memberi kebenaran untuk mengedarkan risalah tersebut di dalam Dewan Rakyat.
Kecam menteri
Risalah tersebut, antara lain, mengecam seorang menteri yang tidak disebut namanya yang didakwa bertanggungjawab terhadap kerugian kira-kira RM30 bilion oleh Bank Negara dalam pasaran matawang.
Dipercayai menteri yang dimaksud itu ialah Menteri Kewangan II, Datuk Nor Mohamed Yakcop, yang berkhidmat di Bank Negara ketika kerugiaan matawang itu berlaku.
Dalam saman RM13.46 bilion terhadap kerajaan dan beberapa syarikat milik kerajaan minggu lalu, Tajuddin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah memaksanya membeli Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bagi membantu menyelamatkan Bank Negara.
Tajudin membeli 29 peratus pegangan dalam MAS daripada Bank Negara pada 1994 pada harga RM8 sesaham, walaupun harga sebenarnya di pasaran hanyalah kira-kira separuh daripada itu.
Dalam kenyataan tuntutannya, Tajudin mendakwa Dr Mahathir mengarahnya membeli MAS yang ketika itu dalam keadaan tenat untuk mendapatkan sumber kewangan selepas Bank Negara mengalami kerugian besar dalam pasaran matawang asing, antaranya akibat spekulasi di pasaran matawang asing.
Akhbar tersebut memetik kenyataan tuntutan Tajudin sebagai menyebut, pembelian tersebut dibuat seolah-olah ianya satu urusniaga komersil kerana "adalah penting rakyat dan masyarakat pelabur antarabangsa melihatnya sebagai satu transaksi komersial biasa (yang jelasnya bukan sedemikian).
Dalam tuntutannya lagi, Tajudin, yang mendapatkan pinjaman RM1.8 bilion untuk membeli MAS berkata, beliau keberatan membeli syarikat yang kurang prestasi, tetapi Dr Mahathir memberitahunya untuk berkhidmat untuk negara.
Kes ketiga di Parlimen
Kerajaan menjadi sasaran kritikan hebat apabila ia membeli balik syarikat penerbangan tersebut itu mengalami kerugian pada 2000, yang dianggap sebagai usaha menyelamatkan Tajudin selepas dia tidak mampu menjelaskan pinjamannya dan kemudiannya diambil alih oleh Danaharta.
Kerajaan membelinya pada harga RM8 sesaham, iaitu dua kali ganda melebihi nilai harga di pasaran.
Tajudin mengemukakan saman tersebut sebagai responsnya kepada saman yang difailkan oleh Telekom Malaysia dan anak syarikatnya, Celcom yang dimiliki Tajudin sebelum ini, yang menuntut wang bagi bayaran gaji serta dari perjanjian pengurusan pelaburan.
Difahamkan, ini merupakan kes ketiga seumpama itu yang berlaku dalam perjalanan Dewan Rakyat.
Yang pertama semasa kegawatan ekonomi pada 1998 apabila pihak pembangkang dikejutkan apabila terdapat pelekat `Saya sokong Dr. Mahathir' di atas meja mereka.
Ini diikuti insiden Teresa Kok (DAP-Seputeh) dan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengedar surat jemputan perjumpaan Kokus Wanita tanpa kebenaran di meja anggota Parlimen semasa waktu makan tengah hari.
Berikutan peristiwa itu, Speaker Dewan Rakyat ketika itu Tun Mohamed Zahir Ismail, mengeluarkan arahan hanya bahan yang telah diserahkan kepada pentadbiran Dewan boleh diedarkan di atas meja anggota Parlimen.
Risalah tersebut bertajuk`Tuntutan Balas Tajudin Ramli Terhadap Danaharta, Mengapa Dia Berbuat Begitu?' dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris serta `The Tajudin Ramli Bombshell: Who Is the Real Culprit?'. Bagaimanapun, bukan kesemua ahli Parlimen yang menerima risalah tersebut. Hanya beberapa ahli Parlimen kerajaan yang menerima risalah tersebut.
SK Devamany (BN-Cameron Highlands) dan Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Itam) yang duduk di sebelahnya mengesahkan mereka risalah tersebut diletakkan di meja mereka sebelum sidang dewan disambung pagi ini. Wee yang terkejut apabila menerima risalah itu turut mempersoalkan bagaimana risalah terbabit boleh melepasi kawalan keselamatan Dewan.
Bagaimanapun, beliau memberitahu pemberita, ia suatu yang menarik untuk dibaca dan "terpulanglah kepada seseorang untuk menilainya".
Manakala Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika diminta mengulas perkara itu, menafikan memberi kebenaran untuk mengedarkan risalah tersebut di dalam Dewan Rakyat.
Kecam menteri
Risalah tersebut, antara lain, mengecam seorang menteri yang tidak disebut namanya yang didakwa bertanggungjawab terhadap kerugian kira-kira RM30 bilion oleh Bank Negara dalam pasaran matawang.
Dipercayai menteri yang dimaksud itu ialah Menteri Kewangan II, Datuk Nor Mohamed Yakcop, yang berkhidmat di Bank Negara ketika kerugiaan matawang itu berlaku.
Dalam saman RM13.46 bilion terhadap kerajaan dan beberapa syarikat milik kerajaan minggu lalu, Tajuddin mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad telah memaksanya membeli Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bagi membantu menyelamatkan Bank Negara.
Tajudin membeli 29 peratus pegangan dalam MAS daripada Bank Negara pada 1994 pada harga RM8 sesaham, walaupun harga sebenarnya di pasaran hanyalah kira-kira separuh daripada itu.
Dalam kenyataan tuntutannya, Tajudin mendakwa Dr Mahathir mengarahnya membeli MAS yang ketika itu dalam keadaan tenat untuk mendapatkan sumber kewangan selepas Bank Negara mengalami kerugian besar dalam pasaran matawang asing, antaranya akibat spekulasi di pasaran matawang asing. Akhbar tersebut memetik kenyataan tuntutan Tajudin sebagai menyebut, pembelian tersebut dibuat seolah-olah ianya satu urusniaga komersil kerana "adalah penting rakyat dan masyarakat pelabur antarabangsa melihatnya sebagai satu transaksi komersial biasa (yang jelasnya bukan sedemikian).

View Comments0