Petronas kaut keuntungan RM43 bilion
Petronas mencatat peningkatan keuntungannya tahun ini sehingga bulan Mac lalu, berikutan harga minyak mentah yang tinggi ekoran peningkatan permintaan dari China dan India, serta keadaan yang tidak menentu di Timur Tengah.
Petronas mencatat peningkatan keuntungannya tahun ini sehingga bulan Mac lalu, berikutan harga minyak mentah yang tinggi ekoran peningkatan permintaan dari China dan India, serta keadaan yang tidak menentu di Timur Tengah.
"Tidak dapat dinafikan bahawa keuntungan yang tinggi itu adalah kerana harga minyak mentah yang tinggi," kata Ketua Pegawai Eksutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican kepada pemberita hari ini.
Syarikat minyak negara itu berkata, keuntungannya meningkat 22.6 peratus kepada RM43.6 bilion berikutan perolehannya meningkat 22 peratus kepada RM166.9 bilion.
Hassan berkata, syarikat itu akan membelanjakan RM27.7 bilion tahun ini sehingga Mac 2007, dengan RM19.2 bilion untuk pelaburan domestik, dengan tumpuan kepada penerokaan minyak dan logistik.
"(Dalam tempoh) dua tahun lalu, kita mengambil langkah agresif dalam penerokaan minyak dan saya percaya ia mula memberi hasil (dan) dan tumpuan pada masa depan ialah untuk menrealisasikan pelaburan tersebut," katanya.
Pertumbuhan yang kukuh
Petronas berkata, pemintaan global terhadap minyak dan gas terus meningkat berikutan pertumbuhan yang kukuh dalam ekonomi China dan India.
"Ketegangan berterusan di Timur Tengah, gangguan bekalan minyak di Venezuela, Nigeria dan Iraq ... meningkatkan lagi kebimbangan mengenai keselamatan bekalan," katanya dalam satu kenyataan.
Hassan berkata, Petronas akan mengekalkan tahap pengeluaran minyak semasanya dengan pengeluaran dijangka meningkat pada tahun 2008 dan 2009, apabila telaga minyak dalamnya mula mengeluarkan hasil.
Jumlah pengeluaran minyak Petronas ialah 1.59 bilion tong tahun ini.
Petronas ialah syarikat tunggal dari Malaysia yang disenaraikan dalam Fortune Global 500 syarikat terbesar di dunia.
- AFP

