Subra tewas, Palanivel timbalan presiden baru MIC
Datuk S Subramaniam gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden MIC dan tewaskan kepada pencabarnya Datuk G Palanivel.
Datuk S Subramaniam gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden MIC dan tewaskan kepada pencabarnya Datuk G Palanivel.
Datuk G Palanivel (foto) memperolehi 939 undi menakala Subramaniam pula memperolehi 495 undi.
Dalam reaksinya selepas keputusan diumumkan, Subramaniam memberitahu pemberita bahawa beliau menerima keputusan perwakilan.
"Ini bukan menandakan berakhirnya karier politik saya. Saya akan terus berkhidmat kepada masyarakat India melalui cara yang terbaik," katanya.
Dalam pertandingan bagi jawatan naib presiden pula, ketiga-tiga calon presiden Datuk S Sothinathan, Datuk S Veerasingam dan Tan Sri KS Nijhar telah menang, selepas menewaskan empat calon lain VKK Teagarajan, Datuk M Muthupalaniappan, E Yohevel dan Ketua MIC Klang, Alex Thiagarajan.
Calon presiden
Sothinathan memperolehi undi terbanyak (1,153), diikuti Veerasingam (1,141) dan Nijhar (939). Manakala Teagarajan memperolehi 469 undi , Muthupalaniappan (244) Yohavel (111) dan Thiagarajan (220).
Bagi 23 kerusi jawatankuasa pusat pula, kecuali dua orang, kesemua calon presiden berjaya dipilih.
Dua pemenang bukan calon presiden ialah Ketua MIC Kajang, B Logeswari@Kajang Ravi dan seorang peniaga R Moorthy @ Gayathri Krishnamurthi.
Dua calon presiden yang tewas ialah Chandrasekaran Suppiah dan K Munisamy dariPahang.

