Dr M yakin Amerika akan serang Iran
Muda Mohd NoorPublished: Jun 22, 2006 11:42 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Amerika Syarikat akan menyerang Iran kerana persediaannya telah dibuat sejak bertahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Amerika telah menempatkan 580 senjata nuklear pelbagai jenis di beberapa negara sekutunya seperti Jerman, Turki dan Belgium.
Katanya, perang Amerika-Iran itu bukan sahaja akan memusnahkan Iran dan jirannya, tetapi akan turut memberi kesan kepada Malaysia.
"Perang nuklear ini bukan khabar angin, tetapi saya membuat kenyataan ini melalui maklumat yang diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai," tegasnya semasa sidang media di forum anjuran Pertubuhan Keamanan Global Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara petang tadi.
Dr Mahathir berkata, seperti perang ke atas Iraq, Amerika menyerang Iran kerana mahu mengaut hasil minyak negara itu.
Katanya, Amerika akan mengambil hasil lebih banyak minyak dari Iraq yang berjumlah 3 juta tong sehari.
"Sebenarnya tidak ada rasional untuk Amerika menyerang Iran sebagaimana yang mereka lakukan ke atas Iraq," katanya lagi.
Beliau berkata, aktvitis dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh dunia telah melancarkan kempen menentang perang Amerika-Iran.
Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia perlu mengambil langkah sama membantah rancangan Amerika untuk menyerang Iran.

View Comments0