Pemuda PAS jumpa Ku Li bincang isu Dr M
Muhammad RazifPublished: Jun 20, 2006 6:45 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Dewan pemuda PAS dan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sekata bahawa konflik antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan kerajaan, harus diselesaikan dengan mengambilkira kepentingan rakyat dan negara.

Dalam pertemuan selama dua jam semalam antara Tengku Razaleigh dengan wakil Pemuda PAS yang diketuai oleh Ketuanya, Salahuddin Ayub itu mereka bersetuju bahawa sebarang perbincangan mengenai perkara itu mesti melihat pada isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir, bukan pada personaliti.
"Apa yang perlu diberikan perhatian ialah topik dan isu yang dipersoalkan oleh bekas Perdana Menteri itu, bukannya soal batang tubuhnya," ujar Salahudin ketika dihubungi malaysiakini.
Pertemuan itu berlangsung di kediaman Tengku Razaleigh di ibu negara petang semalam. Turut sama ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Idris Ahmad; Naib Ketuanya, Mazlan Aliman dan Setiausaha Agungnya, Ahmad Sabki Yusof.
Menurut Salahuddin, antara isu utama yang dibincangkan ialah kedudukan ekonomi negara, krtikan Dr Mahathir terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, isu pembatalan pembinaan jambatan indah, integriti kerajaan dan peranan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin ke atas kerajaan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian berkata, perbincangan berjalan dalam suasana mesra dan membina kerana kedua-dua pihak saling berkongsi pandangan, pengalaman dan maklumat.
Utama kepentingan rakyat
"Tengku Razaleigh mahu isu berkaitan dengan Dr Mahathir diselesaikan secara baik dengan mengambilkira kepentingan rakyat dan negara.
Pemuda PAS juga bersetuju bahawa konflik antara bekas pemimpin negara dengan kerajaan sekarang tidak boleh dilihat dari segi kepentingan kepartian tetapi mencakupi aspek yang lebih luas," jelasnya.
Salahuddin juga memberitahu bahawa pertemuan dengan Tengku Razaleigh itu adalah sebahagian daripada program Pemuda PAS untuk bertemu dan berdialog dengan kerajaan, pemimpin, bekas pemimpin dan agensi kerajaan.
"Kami telah menulis surat kepada Dr Mahathir untuk mengadakan pertemuan dengan beliau tetapi sehingga kini belum mendpat jawapannya,"ujarnya.
Menurut beliau, Pemuda PAS juga mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri serta anggota kabinet dan agensi kerajaan seperti Badan Pencegah Rasuah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pertemuan selama dua jam semalam antara Tengku Razaleigh dengan wakil Pemuda PAS yang diketuai oleh Ketuanya, Salahuddin Ayub itu mereka bersetuju bahawa sebarang perbincangan mengenai perkara itu mesti melihat pada isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir, bukan pada personaliti. "Apa yang perlu diberikan perhatian ialah topik dan isu yang dipersoalkan oleh bekas Perdana Menteri itu, bukannya soal batang tubuhnya," ujar Salahudin ketika dihubungi malaysiakini.

View Comments0