ROS panggil dua puak bertelagah dalam PRS
Published: Jun 20, 2006 3:06 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Pemimpin dua kumpulan yang bertelagah dalam Parti Rakyat Sarawak (PRS) dipanggil oleh pegawai kanan Pendaftar Pertubuha n(ROS) semalam berikutan pemecatan beberapa pemegang jawatan dalam parti itu oleh presidennya Datuk Seri Dr James Masing bulan lalu.

Mereka yang dipanggil menemui pegawai ROS Sarawak yang diketuai oleh Pegarahnya, James Ho ialah peguam Ernest Chua yang dipecat sebagai timbalan ketua penerangan dan Sidi Munan yang dilucutkan jawatan setiausaha agung PRS.
Mereka adalah dari kumpulan yang diketuai Timbalan Presiden Datuk Sng Chee Hua. Pegawai yang dipanggil dari pihak Dr Masing pula ialah Timbalan Setiausaha Agungnya Henry Luhat Opang dan Timbalan Ketua Penerangan Tedwin Ngumbang.
Tedwin memberitahu Bernama, mereka dipanggil hanya sekadar membuat "kunjungan hormat".
Selain Chua dan Sidi, turut dipecat oleh Dr Masing ialah Timbalan Setiausaha Agung Larry Sng, yang juga seorang Menteri Muda; Timbalan Bendahari Agung Sng Chee Beng. Mereka diganti oleh anggota yang memihak kepada Dr Masing.
Mereka membantah tindakan Dr Masing itu dan menyifatkannya sebagai tidak sah dan melanggar perlembagaan parti.
Chua berkata ROS dijangka membuat keputusan tentang aduan mereka tidak lama lagi.
Mesyuarat luar biasa
Beliau juga mengesahkan bahawa parti itu akan mengadakan mesyuarat majlis tertingginya pada 28 Jun di ibu pejabat berdaftar PRS di Green Heights, tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, bagi menetapkan tarikh, masa dan tempat untuk mengadakan persidangan perwakilan luar biasa (EDC) bagi memilih presiden baru.
Sementara itu, Dr Masing berkata beliau tidak mengiktiraf mesyuarat majlis tertinggi yang dipengerusikan oleh timbalannya pada 14 Jun bagi mencela beliau kerana didakwa telah bertindak bertentangan dengan kepentingan parti apabila memecat pemegang jawatan tanpa memberi notis tunjuk sebab yang sewajarnya.
Dr Masing juga berkata beliau tidak akan mengiktiraf sebarang mesyuarat yang dipanggil tanpa kebenarannya dan yakin krisis yang melanda parti itu akan berakhir tidak lama lagi.
Menteri Pembangunan Tanah Sarawak ini berkata terdapat perbezaan pendapat dari segi undang-undang tentang sama ada beliau telah mengikut prosedur yang sewajarnya semasa memecat pemegang jawatan dalam parti itu.
Kumpulan penentang beliau pula berpendapat tindakan mereka meluluskan usul bagi mencela presiden parti itu pada mesyuarat majlis tertinggi yang dihadiri tidak sampai separuh anggotanya, tidak melanggar perlembagaan parti.
Dalam kenyataan yang ditandatanganinya sebagai setiausaha agung PRS semalam, Sidi berkata celaan itu sah di sisi undang-undang dan dibuat mengikut Perkara V111 Fasal 23 (a) perlembagaan PRS.
"Sekiranya dia masih presiden parti, kenapa dia tidak dijemput menghadiri mesyuarat majlis tertinggi Barisan Nasional (BN) pada Jumaat lalu(16 Jun) yang dihadiri semua pemimpin parti komponan BN lain?" kata Sidi.
Beliau berkata tujuan celaan itu dibuat ialah bagi mengelak PRS dibatalkan pendaftarannya.

View Comments0