PM akan bayar saman trafik Isnin ini
Published: Jun 10, 2006 4:29 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menjelaskan bayaran saman yang dikeluarkan oleh polis trafik ke atas kenderaan rasmi serta dua kereta miliknya Isnin ini.
Sebanyak 10 saman bagi 11 kesalahan trafik dikeluarkan dikeluarkan oleh polis trafik ke atas kenderaan rasmi Perdana Mengteri serta dua kereta miliknya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menjelaskan bayaran saman yang dikeluarkan oleh polis trafik ke atas kenderaan rasmi serta dua kereta miliknya Isnin ini.
Katanya, beliau tidak mengetahui mengenai saman yang dikeluarkan atas namanya itu.
Bagaimanapun, katanya, akan menjelaskan semua saman yang berjumlah RM3,300 itu Isnin ini setelah perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Abdullah, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, hanya mengetahui mengenai jumlah saman itu selepas beberapa akhbar berbahasa Mandarin melaporkan perkara itu. Malaysiakini.com turut melaporkannya.
Laporan tersebut memetik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai mendakwa Abdullah mempunyai 10 saman tertunggak bagi ketiga-tiga kereta tersebut.
Diskaun 70 peratus
Menurut laporan Bernama, ketika ditanya mengenainya hari ini, Perdana Menteri berkata: "Itulah ... saya dengar tadi Tan Sri Musa Hassan beritahu kepada saya. Isnin ini kita bayar semualah."
"Dulu ada saman, saya bayar juga, bukan tak ada bayar. Terima kasih kerana beritahu," katanya selepas menghadiri Hari Keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Tasik Titiwangsa.
Dalam kenyataannya, Lim mendakwa Abdullah mempunyai 10 saman tertunggak dengan kompaun maksimum RM300 yang dikeluarkan ke atas kenderaan dengan nombor pendaftaran WCH13, yang merupakan kereta rasmi Perdana Menteri, dan dua lagi kereta milik persendiriannya bernombor WJP 2800 dan WLP3142.
Lima daripada saman itu dikeluarkan kerana kesalahan memandu laju, empat kerana menghalang lalu lintas dan dua kerana meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan, dakwa Lim.
Lim berkata, Perdana Menteri boleh diberi diskaun sehingga 70 peratus ke atas jumlah saman tertunggak itu yang menyebabkan beliau hanya perlu membayar RM1,000 bagi kesemua 11 saman tersebut.
Katanya, beliau tidak mengetahui mengenai saman yang dikeluarkan atas namanya itu.
Bagaimanapun, katanya, akan menjelaskan semua saman yang berjumlah RM3,300 itu Isnin ini setelah perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan. Abdullah, yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, hanya mengetahui mengenai jumlah saman itu selepas beberapa akhbar berbahasa Mandarin melaporkan perkara itu. Malaysiakini.com turut melaporkannya.
Laporan tersebut memetik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai mendakwa Abdullah mempunyai 10 saman tertunggak bagi ketiga-tiga kereta tersebut.
Diskaun 70 peratus
Menurut laporan Bernama, ketika ditanya mengenainya hari ini, Perdana Menteri berkata: "Itulah ... saya dengar tadi Tan Sri Musa Hassan beritahu kepada saya. Isnin ini kita bayar semualah."
"Dulu ada saman, saya bayar juga, bukan tak ada bayar. Terima kasih kerana beritahu," katanya selepas menghadiri Hari Keluarga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Tasik Titiwangsa.
Dalam kenyataannya, Lim mendakwa Abdullah mempunyai 10 saman tertunggak dengan kompaun maksimum RM300 yang dikeluarkan ke atas kenderaan dengan nombor pendaftaran WCH13, yang merupakan kereta rasmi Perdana Menteri, dan dua lagi kereta milik persendiriannya bernombor WJP 2800 dan WLP3142. Lima daripada saman itu dikeluarkan kerana kesalahan memandu laju, empat kerana menghalang lalu lintas dan dua kerana meletak kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan, dakwa Lim.
Lim berkata, Perdana Menteri boleh diberi diskaun sehingga 70 peratus ke atas jumlah saman tertunggak itu yang menyebabkan beliau hanya perlu membayar RM1,000 bagi kesemua 11 saman tersebut.
View Comments0

