Nazri: komen Dr M melebihi batas mengkritik...
Beh Lih YiPublished: Jun 1, 2006 10:50 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Terjemahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tetap dengan pendiriannya bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad cuba memperlekehkan pentadbiran sekarang.

Beliau turut menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa pihak kerajaan cuba menyekatkan kritikannya berhubung pembatalakan pembinaan jambatan indah di Johor.
Malah, katanya, cara yang digunakan oleh Dr Mahathir itu telah melewati garis kritikan.
"Mengapa hantar surat (mengkritik keputusan itu) kepada semua ahli Parlimen dan ketua Umno bahagian? Ini menunjukkan beliau mahu melakukan lebih daripada setakat mengkritik.
"Ini boleh dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan kerajaan dan pucuk pimpinan," kata Nazri semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu dalam wawancara eksklusif dengan malaysiakini.
Menurut Dr Mahathir, beliau layak membuat kritikan dan ianya harus dijawab, dan bukannya diketepikan begitu sahaja.
"Apakah yang dikatakan oleh Nazri tentang semua perkara yang telah saya bangkitkan? Bagi tahu saya, di manakah yang saya silap," soal Dr Mahathir. Bekas Perdana Menteri itu juga menafikan yang beliau mahu memperlekehkan pentadbiran sekarang.
Sekatan apa?
Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga bersara pada 2003, juga mendakwa pihak media tidak menyiarkan komennya mengenai isu tersebut.
Menurut Nazri, tidak ada sebarang usaha untuk menyekatkan Dr Mahathir daripada membuat
komen mengenai isu tersebut dan semua pertanyaan dijawab secara profesional.
"Saya telah menjawabnya dalam Parlimen soalan mengenai penjualan pasir dan kedaulatan negara berhubung sebab-sebab di sebalik keputusan (pembatalan) tersebut.
"Saya tidak nampak yang (komen) beliau telah dipulaukan, berita mengenainya disiarkan dalam akhbar, tidak ada arahan untuk memulaukan (pandangannya)," katanya.
Nazri juga mendakwa, bekas Perdana Menteri itu tidak menolak penjelasan mengenai isu jambatan tersebut oleh Duta Kelana Kementerian Luar Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Dr Mahathir telah menyifatkan penjelasan Ahmad Fauzi itu sebagai "berbelit-belit".
Mengenai hubungan peribadinya dengan bekas Perdana Menteri Nazri yang berkhidmat di bawah Dr Mahathir dari 1995 hingga 2003 berkata mereka jarang berjumpa.
"Sebelum inipun, saya jarang berjumpa dengan beliau kecuali beliau memanggil saya. Tetapi saya tetap menghormati beliau," katanya. Berita asal
Beliau turut menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa pihak kerajaan cuba menyekatkan kritikannya berhubung pembatalakan pembinaan jambatan indah di Johor. Malah, katanya, cara yang digunakan oleh Dr Mahathir itu telah melewati garis kritikan.
"Mengapa hantar surat (mengkritik keputusan itu) kepada semua ahli Parlimen dan ketua Umno bahagian? Ini menunjukkan beliau mahu melakukan lebih daripada setakat mengkritik.
"Ini boleh dilihat sebagai satu percubaan untuk memperlekehkan kerajaan dan pucuk pimpinan," kata Nazri semalam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu diminta mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu dalam wawancara eksklusif dengan malaysiakini.
Menurut Dr Mahathir, beliau layak membuat kritikan dan ianya harus dijawab, dan bukannya diketepikan begitu sahaja.
"Apakah yang dikatakan oleh Nazri tentang semua perkara yang telah saya bangkitkan? Bagi tahu saya, di manakah yang saya silap," soal Dr Mahathir. Bekas Perdana Menteri itu juga menafikan yang beliau mahu memperlekehkan pentadbiran sekarang.
Sekatan apa?
Dr Mahathir, yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sehingga bersara pada 2003, juga mendakwa pihak media tidak menyiarkan komennya mengenai isu tersebut.
Menurut Nazri, tidak ada sebarang usaha untuk menyekatkan Dr Mahathir daripada membuat
komen mengenai isu tersebut dan semua pertanyaan dijawab secara profesional. "Saya telah menjawabnya dalam Parlimen soalan mengenai penjualan pasir dan kedaulatan negara berhubung sebab-sebab di sebalik keputusan (pembatalan) tersebut.

View Comments0