PAS terkilan dengan kenyataan Kit Siang
Published: Jun 1, 2006 2:47 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
PAS terkilan dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang mempertikaikan pendirian parti Islam itu berhubung isu penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Terjemahan PAS terkilan dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang yang mempertikaikan pendirian parti Islam itu berhubung isu penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Lim yang juga penasihat DAP membayangkan seolah-olah PAS mahu mengambil kesempatan daripada bantahan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penubuhan badan pemantau pasukan polis.
Dalam edisi khas buletin Berita Bukit Aman, PDRM menyifatkan penubuhan IPCMC, antara lain, bertentangan dengan Perlembagaan, menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam, boleh mengakibatkan anarki dan menghakis pengaruh politik parti yang memerintah.
Buletin itu juga menegaskan, jika IPCMC ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), pasukan polis akan mengundi menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum yang akan datang. Ianya juga turut disiarkan dalam lamanweb rasmi PDRM.
Mengulas mengenainya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar (foto) berkata, PAS tidak perlu mengulangi pendiriannya selama ini yang menyokong Suruhanjaya Diraja Polis serta semua syor yang dibuatnya. Antara syornya ialah penubuhan IPCMC.
"Kita memang menyokong suruhanjaya tersebut serta kesemua syornya untuk menambahbaik Pasukan Polis Diraja Malaysia.
"Jadi, mengapa pendirian kita itu dipersoalkan sekarang? Apatah lagi ia datangnya dari seorang pemimpin pembangkang. Kenyataan itu tidak patut dibuat samasekali.
"Kita telah membuat keputusan untuk menyokong (semua syor tersebut) lama sebelum timbul bantahan pihak polis (terhadap penubuhan IPCMC). Pendirian kita adalah secara umum, bukan tertumpu kepada satu-satu syor sahaja," katanya.
Tarikh penubuhan IPCMC yang disyorkan oleh Suruhanjaya Diraja Polis, tamat semalam. Berita asal
Lim yang juga penasihat DAP membayangkan seolah-olah PAS mahu mengambil kesempatan daripada bantahan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penubuhan badan pemantau pasukan polis.
Dalam edisi khas buletin Berita Bukit Aman, PDRM menyifatkan penubuhan IPCMC, antara lain, bertentangan dengan Perlembagaan, menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam, boleh mengakibatkan anarki dan menghakis pengaruh politik parti yang memerintah.
Buletin itu juga menegaskan, jika IPCMC ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), pasukan polis akan mengundi menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum yang akan datang. Ianya juga turut disiarkan dalam lamanweb rasmi PDRM.
Mengulas mengenainya, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar (foto) berkata, PAS tidak perlu mengulangi pendiriannya selama ini yang menyokong Suruhanjaya Diraja Polis serta semua syor yang dibuatnya. Antara syornya ialah penubuhan IPCMC. "Kita memang menyokong suruhanjaya tersebut serta kesemua syornya untuk menambahbaik Pasukan Polis Diraja Malaysia.

View Comments0