150 ahli Pemuda PBB sertai PKR
Tony ThienPublished: May 17, 2006 9:41 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Terjemahan Tiga hari lagi menjelang hari pengundian dalam pilihanraya negeri Sarawak, sekumpulan ahli Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Seramai 150 orang menyerahkan borang keahlian mereka kepada Penasihat PKR Anwar Ibrahim dalam satu majlis ringkas di Kampung Surabaya Ulu di Pantai Damai malam tadi.
Kumpulan yang diketuai oleh Zainal Abidin Yep itu berkata, mereka tertarik dengan komitmen PKR untuk membantu orang Melayu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.
Mereka mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut, Dr Abdul Rahman Junaidi telah gagal membantu orang Melayu di situ.
"Kami percaya PKR mampu membawa perubahan positif jika ia menang kerusi tersebut," kata Zainal ketika ditemui.
Abdul Rahman akan dicabar oleh calon PKR Idris Bohari, yang merupakan seorang bekas pegawai daerah.
Sementara itu, Zainal berkata, tindakan mereka menyertai PKR merupakan satu pukulan hebat terhadap PBB pimpinan Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Saya menjangka tuduhan akan dilemparkan terhadap kami, seperti menganggapnya satu sandiwara. Tetapi kami bukan pembohong," tambahnya.
Sokongan hebat
Dalam ceramahnya di kawasan tersebut, Anwar berkata, beliau terharu dengan sokongan daripada orang Melayu di Sarawak.
"Saya dapat merasakan arus perubahan di sini. Di mana-mana sahaja, saya ditemui mereka yang melahirkan rasa jemu mereka terhadap kerajaan yang korup sekarang. Jadi mereka harus mengambil kesempatan ini untuk menggantikan para pemimpin yang korup tersebut," katanya.
"Bagaimanakah PBB membantu orang Melayu? Ya, mereka membantu segelintir orang untuk menjadi kaya, tetap membiarkan yang lainnya.
"Ini adalah satu-satunya negeri yang saya tahun di mana Rolls Royces, kereta yang termahal di dunia, berselerak di sana sini, dimiliki oleh pemimpin yang mengambil tanah, wang dan kekayaan kita," tambahnya.
Menurutnya, orang Melayu di Sarawak harus menyalahkan diri mereka sendiri jika 'pemimpin yang korup' itu dipilih semula memegang kuasa.
"Jadi jangan ulangi kesalahan tersebut kerana anda akan menjadi mangsa untuk lima tahun lagi," katanya.
Beliau juga mengingatkan penyokong PKR supaya berwaspada terhadap 'taktik kotor' BN pada hari pengundian nanti.
"Kita mesti lebih berhati-hati. Kawal kotak-kotak undi dengan nyawa anda. Jangan biarkan mereka (BN) ada peluang untuk melakukan penipuan. Jika bekalan tenaga terputus, tunggu hingga lampu menyala kerana mereka akan berbuat apa saja untuk menang," katanya. Berita asal
Seramai 150 orang menyerahkan borang keahlian mereka kepada Penasihat PKR Anwar Ibrahim dalam satu majlis ringkas di Kampung Surabaya Ulu di Pantai Damai malam tadi. Kumpulan yang diketuai oleh Zainal Abidin Yep itu berkata, mereka tertarik dengan komitmen PKR untuk membantu orang Melayu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

View Comments0