Suqiu: GPMS selar Pemuda Umno
'Ein Azmi dan R NavanithamPublished: Dec 20, 2000 1:37 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyelar Pergerakan Pemuda Umno yang lambat bertindak secara serius terhadap tuntutan jawatankuasa rayuan pilihan raya Cina (Suqiu) sehingga berlarutan satu tahun.
Presiden gabungan itu, Datuk Suhaimi Ibrahim mengulas cadangan Pemuda Umno dalam laporan akhbar hari ini yang berhasrat mengadakan rundingan dengan Suqiu berhubung tuntutan 17 perkara itu.
"Kami boleh tunggu tetapi kenapa Pemuda (Umno) membiarkan isu ini berlarutan sehingga ia dijadikan isu politik dalam pilihanraya umum dan kecil," katanya, sambil merujuk isu itu yang berjaya dibangkit dalam pilihanraya umum tahun lalu dan pilihanraya kecil Lunas, Kedah bulan lalu.
Suhaimi menegaskan, sekiranya Pemuda Umno prihatin kepada orang Melayu, perbincangan dengan Suqiu perlu dilakukan lebih awal supaya tidak menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat Melayu.
"(Usaha) ini bukan soal nak cari populariti. Ini soal serius untuk masa depan orang Melayu," kata beliau kepada wartawan di luar bangunan GPMS, Jalan Sultan Salahuddin pagi ini.
Ketika diminta mengemukakan 100 tuntutan itu, Suhaimi berkata "ia tidak sesuai diumumkan sekarang kerana ia (tuntutan itu) akan mengeruhkan lagi suasana."
Tambah beliau tuntutan tersebut juga belum diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk penelitian dan pertimbangan sewajarnya.
Beliau mendakwa orang Cina telah terpengaruh dengan rayuan yang dibangkitkan oleh Suqiu dan keadaan ini akan menimbulkan prasangka antara kaum itu dengan orang Melayu.
"Kita bukan anti-Cina atau kaum lain. Masalah akan selesai dengan begitu mudah jika (Suqiu) menarik balik tuntutan," jelas Suhaimi lagi, sambil menekankan gabungan itu juga ingin hubungan harmoni antara kaum.
Apabila ditanya sama ada Suqiu sedia berunding dengan GPMS, Suhaimi menjelaskan perkara itu merupakan penyelesaian terbaik tetapi dialog itu perlu dijalankan dengan ikhlas.
Suqui wajar mulakan rundingan
"Setakat ini hanya Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ling Liong Sik menjadi jurucakap pihak Suqiu. (Cadangan itu) hanya untuk berunding tetapi tidak pasti sama ada Suqiu akan menarik balik tuntutannya," ulas Suhaimi dan menambah, Suqiu seharusnya memulakan usaha ke arah mengadakan rundingan tersebut.
Beliau menjelaskan GPMS akan tetap meneruskan 100 tuntutannya dan perhimpunan 100,000 rakyat jika Suqiu tidak menarik 83 isi tuntutan mereka dalam tempoh satu bulan.
"Kita akan meneruskan modus operandi yang dirancang, untuk menjelaskan isu ini di seluruh negara. Jika tidak, Suqiu masih mengambil kesempatan," ujar Suhaimi lagi.
Beliau turut menjelaskan banyak pertubuhan utama orang Melayu akan bersama-sama GPMS menangani isu itu.
Akhbar hari ini melaporkan 31 badan bukan kerajaan telah memberikan persetujuan untuk menyertai perhimpunan rakyat di seluruh negeri seperti dijadualkan oleh GPMS. Pertubuhan-pertubuhan terlibat antaranya Gerakan Belia 4B Malaysia, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Johor.
Suhaimi pagi ini berkata satu jawatankuasa sementara "Gabungan Suara Melayu" yang dipengerusikan oleh Timbalan DPMM Datuk Rahman Maidin dibentuk bagi menyelaraskan badan-badan yang menyertai usaha GPMS itu.
Isnin lalu, Setiausaha GPMS Syed Anuar Syed Mohamad memberitahu malaysiakini perhimpunan bergerak itu bermula di negeri Terengganu pada 6 Januari tahun depan.

View Comments0