Iraq sudah jadi Vietnam
Perang dan penaklukan Iraq telah memasuki tahun keempat. Semua hujah orang ramai yang menentang rancangan Presiden Bush/Cheney ketika melancarkan serangan terhadap Iraq dahulu, kini terbukti betul dan tepat.
Ketika saya menulis angka kematian soldadu Amerika sahaja ialah 2,348 orang. Jika dicampurkan angka kematian soldadu penaklukan dari negara lain seperti Singapura, Thailand, British, Itali, Jepun ialah 2,556.
Jumlah soldadu Amerika yang cedera ialah 17,469 orang. Dari jumlah kecederaan ini, 9,454 soldadu dapat kembali ke medan perang. Manakala 8,015 soldadu lagi cedera parah kakitangan kudung, kepala retak, gila dan sasau.
Perang dan penaklukan Iraq telah memasuki tahun keempat. Semua hujah orang ramai yang menentang rancangan Presiden Bush/Cheney ketika melancarkan serangan terhadap Iraq dahulu, kini terbukti betul dan tepat.
Ketika saya menulis angka kematian soldadu Amerika sahaja ialah 2,348 orang. Jika dicampurkan angka kematian soldadu penaklukan dari negara lain seperti Singapura, Thailand, British, Itali, Jepun ialah 2,556.
Jumlah soldadu Amerika yang cedera ialah 17,469 orang. Dari jumlah kecederaan ini, 9,454 soldadu dapat kembali ke medan perang. Manakala 8,015 soldadu lagi cedera parah kakitangan kudung, kepala retak, gila dan sasau.
Soldadu yang cedera parah ini hanya menjadi statistik. Mereka dianggap sebagai barang terpakai dan akan dimasukkan ke dalam stor untuk disimpan. Pukul rata selama tiga tahun ini, gerila pembebasan Iraq telah berjaya membunuh 2.29 soldadu musuh setiap hari.
Semua data-data ini saya pungut dari laman DOD Department of Defence laman rasmi kerajaan Amerika Syarikat. Ini angka rasmi, yang biasanya dikecutkan agar ianya tidak menakut-nakutkan orang ramai.
Dari laporan laman-laman tidak rasmi dan laman anti-perang, angka kematian dan kecederaan soldadu adalah lebih tinggi. Contohnya, kematian soldadu yang diterbangkan ke hospital tentera di Jerman tidak masuk dalam hitungan.
Agenda neocon
Hakikatnya hari ini, gerombolan neocon dan-kabal Zionis di Rumah Putih telah berjaya dalam rancangan mereka untuk membawa Bush masuk ke dalam lubuk lumpur padang pasir yang tidak kelihatan jalan keluar. Untuk itu, mari kita melihat kembali hujah-hujah Bush yang diatur oleh kabal Zionis ketika ingin melancarkan perang terhadap Iraq:
Iraq memiliki senjata pemusnah yang membahayakan dunia.
Iraq mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.
Iraq bertanggungjawab terhadap serangan ke atas World Trade Centre (WTC) pada 11 September 2001.
Iraq diserang di atas persetujuan masyarakat dunia
Hujah tentang senjata pemusnah ini terbukti tidak betul. Padang pasir, lubuk, bukit, gunung, masjid, bangunan dan termasuk jamban angkut Saddam Hussein telah digeledah. Setelah lebih dua tahun menggeledah, maka telah diumum secara senyap-senyap bahawa senjata merbahaya weapons of mass destruction tidak ditemui.
Budak Suruhan neocon a.k.a hamba abdi jenis baru a.k.a Collin Powell, kini telah menyesal kerana disuruh berbohong pada 5 Februari 2003 di hadapan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) (www.whitehouse.gov/news/ releases/).
Budak suruhan berkulit hitam ini telah disuruh untuk menunjukkan muka sepuluh sennya agar dapat meraih simpati dari PBB. Sesudah serangan dan penaklukan dilakukan, barulah budak suruhan ini menyesal kerana memperolok-olokkan PBB.
PBB, melalui kenyataan Setiausaha Agung Kofi Annan, telah menyifatkan serangan terhadap Iraq sebagai serangan haram dan tidak direstui oleh PBB. Ini bermakna rakyat dunia tidak menyokong tindakan kuasa imperial Anglo-Amerika menyerang Iraq. Kenyataan rasmi PBB ini telah ditenggelamkan oleh media massa yang dimiliki oleh kabal-kabal Zionis dan neocon.
Hujah mengatakan Iraq ada memiliki hubungan sulit dengan Al-Qaeda telah disebarkan pada minggu pertama sesudah WTC dibom dan diruntuhkan. Telah dilaporkan oleh media bahawa ketua perisik mukhabarat atau SB Iraq dikatakan telah bertemu dengan seorang utusan sulit Osama Bin Laden di kota Praque Republik Czec.
Hujah ini telah kantoi dan terbarai. Kini CIA sendiri telah mengakui bahawa laporan ini hanya operasi hitam mereka. Hujah menuduh Iraq terlibat dalam serangan WTC di New York pada 11 September 2001 memang tidak masuk akal. Malah hujah yang menggariskan dan menuduh bahawa 19 anak muda Arab pemajak empat kapal terbang tersebut, didapati tidak betul.
Siasatan telah menunjukkan beberapa orang dari mereka masih hidup. Menuduh anak muda Arab ini sebagai anak buah Osama juga telah terbukti sebagai satu propaganda hitam.
Projek 9/11
Hari ini, di kedai-kedai buku terdapat berbelas-belas buah buku yang ditulis untuk membuktikan bahawa serangan ke atas WTC itu adalah sebahagian dari perancangan gerombolan neocon dan kabal Zionis yang menguasai Rumah Putih.
Umum telah melihat dari kaca TV beratus-ratus kali gambar ulang-tayang kapal terbang pertama dan kedua melanggar bangunan WTC. Malah pada 11 September itu sendiri, warga dunia yang memiliki saluran TV, seperti saluran Astro, telah melihat secara terus menerus melalui CNN bagaimana dua kapal terbang tersebut merempuh bangunan WTC.
Warga dunia juga telah melihat bagaimana bangunan ini jatuh berderai menyembah bumi. Semua ini berlaku di New York pada waktu pagi. Tetapi umum dan warga dunia tidak diberitahu bahawa pada sebelah petangnya, jam 5.30, ada sebuah lagi bangunan 47 tingkat yang dikenali sebagai 'Building 7' tersembam ke bumi. Bangunan 7 ini tidak dilanggar oleh kapal terbang.
Kedudukan bangunan ini amat jauh berbanding dengan bangunan-bangunan lain yang masih tegak berdiri di sebelah WTC. Apa maknanya di sebalik keruntuhan Bangunan 7 ini?
Bangunan 7 inilah yang menjadi tanda bukti yang amat jelas untuk menunjukkan bahawa projek 9/11 itu adalah satu projek yang telah dirancang rapi. Bangunan 7 ini adalah sarang dan ibu pejabat CIA. Dalam bangunan ini di tingkat 23 ialah kubu besi Datuk Bandar, Mayor Rudolph Giuliani, jika sekiranya New York diserang.
Tuanpunya Bangunan 7 ini ialah Larry Silverstein, seorang Zionis yang telah membeli bangunan ini beberapa tahun sebelumnya 9/11 dengan harga 386 juta dollar. Dalam bulan Februari 2002, syarikat insurans Industrial Risk Insurers telah membayar Silverstein 861 juta dollar. Ini bermakna si Zionis ini telah mendapat keuntungan pampasan 500 juta dolar.
Sila jangan terperanjat apabila saya beritahu bahawa syarikat yang mengawal keselamatan di semua bangunan-bangunan yang runtuh ini ialah syarikat yang dimiliki oleh adik kepada Presiden Bush. Kontrak penjagaan bangunan ini betul-betul tamat pada 9/11.
Apabila Silverstein ditanya dan diasak oleh media "kenapa Bangunan 7 yang terletak paling jauh dari WTC roboh manakala bangunan yang dekat dengan WTC hanya mengalami sedikit kebakaran dan kerosakan?" kabal Zionis ini menjawab, Bangunan 7 terpaksa di'pull'. Pull di sini bermakna diledakkan secara terancang dengan menggunakan bahan letupan.
Dari kenyataan Silverstein itu, maka timbul lagi satu persoalan. Tidak mungkin dalam masa beberapa jam sahaja bahan-bahan letupan dapat dipasang dalam Bangunan 7. Ini bermakna bahan-bahan letupan ini memang telah dipasang lebih awal lagi melalui satu perancangan yang licik.
Dari awal lagi saya telah menulis beberapa tulisan yang menyatakan bahawa 9/11 ini adalah projek neocon dan Zionis yang telah dirancang. Ini samalah seperti apa yang telah berlaku pada bulan Julai 2000 di Sauk. Projek-projek seperti ini dipentaskan untuk membuka satu agenda yang lebih besar.
Tragedi Sauk
Dalam kes Sauk, projek ini dipentaskan untuk menyediakan persetujuan orang ramai terhadap penggunaan ISA terhadap sesiapa sahaja yang berani melawan Dr Mahathir Mohamad yang sedang kesesakan nafas ketika itu.
Manakala, dalam memahami projek 9/11 WTC ini, kita perlu melihat siapakah yang akan mendapat keuntungan besar. Projek 9/11 ini digunakan untuk mengolah persetujuan rakyat Amerika agar bersedia bersetuju untuk menyerang Iraq. Projek ini juga cuba mengolah persetujuan rakyat dunia untuk bersimpati dengan projek neocon dan kabal Zionis.
Hari ini projek 9/11 telah dilihat semakin jelas oleh majoriti rakyat Amerika dan rakyat dunia sebagai sandiwara neocon dan kabal-kabal Zionis. Rancangan untuk menyerang dan menakluki Iraq ini telah wujud di atas meja presiden Bush pada bulan pertama dia memasuki Rumah Putih.
Gerombolan neocon dan kabal Zionis yang berjaya mengelilingi Bush, telah menyediakan kertas kerja Project New American Century (PNAC) - untuk menakluki Iraq. Seawal tahun 1998 lagi, Donald Rumsfeld dan Paul Wolfowitz telah menulis surat kepada presiden Clinton agar Saddam dijatuhkan.
Tujuan utama gerombolan neocon dan kabal Zionis ini ialah dengan kejatuhan Saddam maka Iraq akan dilemahkan. Dengan runtuhnya Iraq maka benteng terakhir sebuah negara Arab yang berani dan berkeupayaan untuk menentang Israel dapat dilupuskan.
Projek Iraq ini juga merancang untuk memecahbelahkan Iraq kepada wilayah-wilayah kecil seperti yang telah dilakukan oleh kuasa imperial British kepada warga Arab di Teluk Parsi sesudah perang dunia pertama.
Perang yang sedang berjalan di Iraq akan berterusan. Malah presiden Bush telah berkata bahawa beliau tidak akan mengundurkan 150,000 orang soldadu Amerika yang kini sedang menjajah Iraq. Menurut Bush, mungkin presiden sesudah beliau yang akan menyelesaikan projek Iraq ini. Buat masa terdekat rakyat Iraq akan terus dalam sengsara dan hidup dalam malapetaka.
Setiap hari saya membaca dan melihat gambar-gambar kemusnahan yang sedang berlaku di Iraq. Setiap hari juga saya melihat gambar soldadu Amerika yang masih muda tewas dibunuh oleh gerila pembebasan Iraq. Angka rakyat Iraq yang gugur juga kian bertambah dan kini mungkin telah melintasi 250,000 orang. Masih belum ada statistik rasmi yang dapat menunjukkan berapa ramai rakyat Iraq yang telah gugur akibat serangan soldadu Anglo/Amerika.
Perang bukan Pesta Mandi Safar atau jamuan Kongsi Raya. Perang membawa kemusnahan dan kematian untuk orang ramai dan warga negara. Ini tidak pula bermakna gerila pembebasan Iraq akan kecut apabila melihat soldadu-soldadu Amerika mundar-mandir di Baghdad atau di Mosul.
Di sebaliknya perang di Iraq ini telah membuka sebuah panggung baru panggung anti-imperialis yang akan menggoncangkan kuasa imperial Anglo-Amerika. Sama seperti di Vietnam pada tahun 70-an dahulu, gerila Vietcong telah berjaya menumpas dan mengalahkan kuasa bala tentera yang terkuat dalam dunia.
Kini Bush, Blair dan sekutunya termasuk ketua kampung pekan Singapura, sedang disedut ke dalam lumpur padang pasir yang semakin menjerut leher mereka. Dalam suasana ini saya teringat pesanan dari Che Geuvara yang ditulisnya pada tahun 1966 untuk warga Asia, Afrika dan Amerika Latin. Pesanan Che Geuvara ini berbunyi: 'Wujudkan dua, tiga... dan banyak Vietnam, inilah kata azimat.'
Saya hanya mengaminkan sahaja pesanan Che ini. Jika sekiranya Che Geuvara ini berasal dari Negeri Sembilan maka hari ini dia akan berkata kepada George Bush, ' Kan den dah kato sarang tobuan jangan diusik....kau dah lupo ko Vietnam?'

