100 rumah akan diruntuh, penduduk jumpa DBKL
Terjemahan Kira-kira 100 buah rumah akan diruntuhkan untuk memberi laluan kepada sebuah projek infrastruktur di Jinjang Selatan Tambahan, Kuala Lumpur.
Terjemahan Kira-kira 100 buah rumah akan diruntuhkan untuk memberi laluan kepada sebuah projek infrastruktur di Jinjang Selatan Tambahan, Kuala Lumpur.
Bimbang mengenai masa depan mereka, kira-kira 300 penduduk mengadakan pertemuan dengan para pegawai Kuala Lumpur City Hall (DBKL) di ibupejabat direktorate penguatkuasaan dewan berkenaan pagi ini.
Selain 100 buah rumah yang akan diruntuhkan itu, DBKL juga mengeluarkan notis kepada 203 penduduk untuk memaklumkan kepada mereka bahawa beberapa bahagian rumah mereka, seperti pagar dan bangunan sambungan, juga akan turut dirobohkan.
Dalam mesyuarat selama sejam itu, seorang pegawai DBKL yang enggan namanya disebut, memberi jaminan bahawa DBKL akan membantu memindahkan mereka yang terbabit "secepat mungkin".
Para pemilik rumah terbabit terdiri daripada pemegang lesen pendudukan sementara (TOL) manakala yang lainnya memiliki hakmilik dan geran tanah.
Projek TNB
Turut menemani penduduk berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw. Beliau mengucapkan terima kasih kepada DBKL kerana menyediakan kediaman alternatif kepada mereka.
"Sekurang-kurangnya, di negara ini, pihak berkuasa menimbang menyediakan kediaman alternatif untuk mangsa terbabit," katanya.
Projek tersebut yang dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), bertujuan untuk membina pilon kuasa yang baru yang menyambungkan sub-stesen Bukit Tarek ke sub-stesen Chubadak.
Tan menjelaskan bahawa projek tersebut adalah sebahagian daripada keputusan kabinet untuk memastikan kejadian bekalan elektrik terputus di Lembah Kelang, tidak berulang.
Katanya, beliau telah menjadualkan pertemuan dengan pendudk terbabit dan TNB tidak lama lagi kerana lembaga tersebut telah menyatakan kesediaannya untuk menawarkan pampasan kepada penduduk terbabit. Berita asal

