Terjemahan Sah. Mayat yang ditemui reput di Sungai Kelang dua tahun lalu adalah G Francis Udayappan.

Keputusan tersebut dibuat oleh Majistret Mohd Nazran Mohd Sham dan sekaligus mengakhir pertelingkahan yang sudah berlanjutan antara ibu Francis dengan pihak polis.

Mohd Nazran bertindak sebagai koroner dalam siasatan untuk menentukan identiti mayat tersebut yang disimpan di rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Beliau memutuskan tiada unsur-unsur jenayah dalam kematian Francis. Bagaimanapun, keluarga Francis tidak bersetuju dan berikrar akan mencari pilihan lain.

Pihak polis enggan menyerahkan mayat tersebut berikutan kegagalan ujian DNA ke atasnya.
Bagaimanapun, ibu Francis G Sara Lily tetap berkeras bahawa mayat itu adalah anak lelakinya yang ketika itu berusia 24 tahun, berdasarkan kepada tato dan kecacatan gigi.

Francis dikatakah telah melarikan diri daripada tahanan polis pada April 2004 selepas dia ditahan berhubung satu kes kecuarian. Dia ditahan di Balai Polis Daerah Brickfields.

Sebulan kemudiannya, satu mayat yang telah reput ditemui di Sungai Klang.

Sara Lily telah mendakwa pihak polis membelasah anaknya hingga mati dan membuang mayatnya ke dalam sungai tersebut yang terletak berhampiran balai berkenaan. Berita asal