Proton mungkin jual pegangan kepada rakan asing
Published: Apr 6, 2006 3:20 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Proton mungkin menjual ekuitinya kepada sebuah syarikat asing selaras dengan langkahnya melancarkan kempen untuk memperbaiki imej dan kualiti jenamanya.
Pengarah Urusannya, Syed Zainal Abdidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton kini sedang berunding dengan beberapa syarikat untuk mencari rakan kongsi teras strategik.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, beliau bagaimanapun, enggan memberi butiran lanjut mengenai rundingan tersebut.
Bagaimanapun, katanya, Proton berharap dapat membuat pengumuman mengenainya "dalam masa yang singkat ini".
Seorang jurucakap Proton berkata, pihaknya sedang mencari syarikat yang sesuai untuk menjadi rakan kongsinya.
"Kami masih mencari rakan kongsi yang kukuh dan ia turut membabitkan perkongsian ekuiti," katanya kepada AFP.
"Proton sedang mencari rakan yang turut berkongsi falsafah yang sama dengan kami," katanya.
Baru-baru ini, Proton berkata pihaknya sedang berunding dengan beberapa syarikat dari China untuk mewujudkan perkongsian tersebut.
Syarikat kereta negara itu sedang mencari rakan kongsi yang sesuai selepas rundingannya dengan Volkswagen menemui kegagalan.
Banyak pihak berpendapat, Proton yang lemah dari segi teknologinya, perlu mengambil langkah berani untuk menjamin survival jangka panjangnya, dengan membenarkan syarikat kereta yang lebih kukuh, memegang ekuiti majoriti.
Hadapi krisis
Proton baru-baru ini memulihkan kerjasama teknikal, tanpa penyertaan ekuiti, dengan bekas rakan kongsinya syarikat kereta Jepun Mitsubishi untuk mengeluarkan model-model baru yang amat diperlukan sekarang..
Dalam pada itu, Syed Zainal Abidin mengakui bahawa syarikat berkenaan kini menghadapi "Krisis kualiti".
Sebelum itu, dalam ucapannya ketika melancarkan kempen kesedaran mengenai kualiti kereta untuk kakitangan Proton, beliau menggesa mereka membantu Proton mengeluarkan kereta yang diminati pembeli.
Penguasaan Proton dalam pasaran kereta telah merosot kepada 41 peratus pada tahun 2005, berbanding 60 peratus pada tahun 2002, berikutan kempen agresif syarikat kereta masing di Malaysia.
- AFP
Pengarah Urusannya, Syed Zainal Abdidin Syed Mohamed Tahir berkata, Proton kini sedang berunding dengan beberapa syarikat untuk mencari rakan kongsi teras strategik. Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, beliau bagaimanapun, enggan memberi butiran lanjut mengenai rundingan tersebut.

View Comments0