Islam Hadhari: Kit Siang vs KayveasSamy
Pauline PuahPublished: Apr 3, 2006 12:23 PM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Terjemahan Perang mulut berlaku di Dewan Rakyat hari ini antara Ketua Pembangkang Lim Kit Siang dengan dua presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung isu Islam Hadhari.

Kedua-duanya ialah Presiden Parti Progrsif Rakyat (PPP), yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas dan Presiden MIC yang juga Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu.
Lim menyentuh mengenai isu Islam Hadhari sebagai rangka pembangunan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), yang menurutnya bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan sosial kontrak.
Sehubungan itu, beliau bertanya kepada para menteri bukan Islam sama ada mereka juga bersetuju dengan perkara tersebut.
Panggilan 'penakut'
Kayveas yang tidak senang dengan apa yang dibangkitkan oleh Lim itu, meminta ketua pembangkang itu supaya meneliti semula RMK9.
Bagaimanapun, Lim sebaliknya menuduh timbalan menteri itu sebagai 'penakut' dan tidak berprinsip. Beliau mencabar Kayveas supaya menjawab'ya' atau 'tidak' terhadap soalannya itu.
Kayveas yang nyata begang dengan kenyataan Lim itu, seterusnya menyifatkan DAP sebagai parti yang 'tak boleh pakai.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sehaluan dengan DAP dan oleh itu, parti berkenaan sepatutnya memberi peluang kepada (parti pembangkang lain) PAS dan Parti Keadilan Rakyat.
Beliau juga bertanya kepada Lim apa salahnya Islam Hadhari dimasukkan ke dalam RMK9.
Malah, kata Kayveas, dalam perhimpunan agung PPP tiga tahun lalu, beliau telah mencadangkan supaya semua rakyat yang dilahirkan selepas kemerdekaan diberi status bumiputera.
Beliau seterusnya bertanya apakah pendirian pembangkang mengenai perkara tersebut, sambil berkata, ketua pembangkang itu tidak berani kerana takut dikena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Lim terus mencelah dan memanggil Kayveas sebagai 'badut' sambil berkata, beliau telahpun membangkitkan isu tersebut 30 tahun yang lalu.
Katanya, beliau tidak membangkitkan perkara tersebut dalam tahun 1970-an dan telahpun dua kali ditahan di bawah ISA.
Sehubungan itu, Lim bertanya kepada Kayveas sama ada beliau juga berani dikenakan ISA.
Samy campurtangan
Ketika itu, Samy Vellu yang kelihatan hilang kesabaran, mengecam Lim kerana membangkitkan soalan sama ada menteri kabinet bukan Islam menyokong Islam Hadhari atau tidak.
Katanya, parti-parti komponen BN telah bersetuju bahawa sebarang isu berkaitan soal kaum mesti dibincangkan melalui semangat BN.
Katanya, prinsip BN ialah jika isu mengenai bangsa dibincangkan, semua parti komponennya bersetuju yang ia tidak dihebahkan kepada umum.
Menurutnya, parti komponen BN berjuang melalui gabungan tersebut dan kabinet, demi menjaga keharmonian negara dan kemudian menunggu keputusan perdana menteri.
Katanya lagi, mereka tidak membangkitkan soal tersebut di Dewan Rakyat semata-mata untuk mendapatkan publisiti.
Timbalan Speaker, Datuk Lim Si Cheng berhempas pulas untuk mengawal keadaan, tetapi rayuannya tidak diendahkan oleh ahli Parlimen kedua belah pihak.
Akhirnya 'perang mulut' berakhir apabila Lim menyambung ucapannya dengan menyentuh tajuk-tajuk yang lain. Berita asal
Kedua-duanya ialah Presiden Parti Progrsif Rakyat (PPP), yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M Kayveas dan Presiden MIC yang juga Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu. Lim menyentuh mengenai isu Islam Hadhari sebagai rangka pembangunan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), yang menurutnya bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan sosial kontrak.
Sehubungan itu, beliau bertanya kepada para menteri bukan Islam sama ada mereka juga bersetuju dengan perkara tersebut.
Panggilan 'penakut'
Kayveas yang tidak senang dengan apa yang dibangkitkan oleh Lim itu, meminta ketua pembangkang itu supaya meneliti semula RMK9.
Bagaimanapun, Lim sebaliknya menuduh timbalan menteri itu sebagai 'penakut' dan tidak berprinsip. Beliau mencabar Kayveas supaya menjawab'ya' atau 'tidak' terhadap soalannya itu.
Kayveas yang nyata begang dengan kenyataan Lim itu, seterusnya menyifatkan DAP sebagai parti yang 'tak boleh pakai.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sehaluan dengan DAP dan oleh itu, parti berkenaan sepatutnya memberi peluang kepada (parti pembangkang lain) PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga bertanya kepada Lim apa salahnya Islam Hadhari dimasukkan ke dalam RMK9.
Malah, kata Kayveas, dalam perhimpunan agung PPP tiga tahun lalu, beliau telah mencadangkan supaya semua rakyat yang dilahirkan selepas kemerdekaan diberi status bumiputera.
Beliau seterusnya bertanya apakah pendirian pembangkang mengenai perkara tersebut, sambil berkata, ketua pembangkang itu tidak berani kerana takut dikena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Lim terus mencelah dan memanggil Kayveas sebagai 'badut' sambil berkata, beliau telahpun membangkitkan isu tersebut 30 tahun yang lalu.
Katanya, beliau tidak membangkitkan perkara tersebut dalam tahun 1970-an dan telahpun dua kali ditahan di bawah ISA.
Sehubungan itu, Lim bertanya kepada Kayveas sama ada beliau juga berani dikenakan ISA.
Samy campurtangan Ketika itu, Samy Vellu yang kelihatan hilang kesabaran, mengecam Lim kerana membangkitkan soalan sama ada menteri kabinet bukan Islam menyokong Islam Hadhari atau tidak.

View Comments0