RMK9: Reaksi positif dan negatif
Beh Lih YiPublished: Apr 1, 2006 7:05 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Terjemahan Apakan reaksi beberapa ahli Parlimen mengenai Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) rancangan rangka tindakan ekonomi yang pertama dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak menjadi Perdana Menteri pada 2003.
Berikutan adalah reaksi ketika ditemui di Dewan Rakyat semalam.
Dr Lim Keng Yaik, Menteri Komunikasi, Air dan Tenaga, yang juga Presiden Gerakan.
Apa yang sentiasa merisaukan rakyat ialah sama ada kita akan mendapat nilai bagi wang
yang kita belanjakan, jadi ini adalah aspek yang kita perlu lihat dengan teliti.
Berbanding dengan RMK8 di mana RM6 bilion diperuntukkan kepada kementerian saya, tetapi sekarang kita mendapat jumlah peruntukan yang dua kali ganda dalam RMK9 dan sebahagian besarnya (akan dibelanjakan) untuk air dan pembetungan. Kira-kira RM8 bilion untuk air dan RM3 bilion untuk pembentungan, tenaga tidak memerlukan (peruntukan) sebanyak itu kerana ianya telah diswastakan.
S Samy Vellu, Menteri Kerjaraya dan Presiden MIC
RMK9 memberi lebih perhatian kepada rakyat. Ia bukan sahaja menggariskan (strategi) untuk mengukuhkan ekonomi tetapi juga memberi perhatian kepada impak sosio-ekonomi bagi meningkatkan kualiti kehidupan.
(Mengenai mengapa tidak ada inisiatif baru untuk meningkatkan pemilikan ekuiti kaum India)
Ekuiti kaum India telah merosot dari 1.5 peratus kepada 1.2 peratus, tetapi mereka telah menambah pelaburan dalam bentuk harta dan dalam bidang-bidang yang lain. Saya rasa kaum India tidak memperlihatkan minat mereka dalam pasaran saham. (Sebaliknya) mereka mula melabur dalam bentuk rumah, tanah dan lain-lainnya, yang lebih kekal dan menyediakan kemudahan dalam meningkatkan ekonomi mereka.
Namun begitu, kita akan meneruskan rancangan kita untuk meningkatkan ekuiti kita kepada 3 peratus dengan bantuan kerajaan. Kita telah meminta kerajaan memantau dengan teliti pertumbuhan ekuiti kaum India dan kita juga telah meminta kerajaan menubuhkan satu unit di Perbadanan Nasional Berhad (PNB) untuk membolehkan kita sentiasa terus membuat pelaburan yang menguntungkan.
Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua
(Sama ada hutang kerajaan akan meningkat kepada RM351.3 juta atau 48.6 peratus
daripada GDP di akhir RMK9 pada 2010)
Tidak, defisit sekarang berada pada tahap 3.8 peratus, tetapi ia akan berkurangan dan kekal pada 3.4 peratus dalam tempoh (RMK9). Jadi, dari segi nisbahnya, ia akan berada pada tahap yang rendah, itulah yang diumumkan oleh perdana menteri.
(Mengenai jurang yang semakin melebar dalam tempoh lima tahun lalu, tertinggi di kalangan bumiputera berbanding dengan kaum Cina dan India).
Kerajaan telah menyatakan dengan jelas bahawa berdasarkan kepada pertumbuhan yang kukuh pada kadar 6 peratus, kita mempunyai skop yang mencukupi untuk membuat agihan, maka kita mempunyai fleksibiliti untuk menambah agihan, kita sentiasa mahu membuat agihan atas asas pertumbuhan.
Shahrir Samad (BN-Johor Baru, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan)
(Mengenai jurang yang semakin melebar sejak lima tahun lalu)
Jika diutamakan pertumbuhan ekonomi, maka kuranglah perhatian terhadap soal pengagihan, ini telah menjadi asas Dasar Ekonomi Baru. Masalah dan kritikan adalah sentiasa mengenai pengagihan kerana apabila tidak ada sebarang pertumbuhan, maka wujudnya masalah mengenai pengagihan.
Ada masanya, ia adalah masalah mengenai pengagihan itu sendiri. Inisiatif pihak swasta dilihat sebagai satu cara untuk kepentingan tertentu bagi meneruskan projek mereka yang tidak baik.
(Sama ada beliau bersetuju dengan inisiatif pembiayaan swasta, PFI)
Saya menerima hakikat bahawa adakalanya sektor swasta dan awam perlu bekerjasama, namun begitu, mesti ada kekuatan politik untuk mengatakan "tidak" jika projek terbabit tidak baik, dan bukannya hanya mengatakan "ya" setiap masa.
Dasar pengswastaan boleh diteruskan, tetapi ia mesti membawa hasil yang positif, impaknya kepada rakyat dan negara. Itu mesti berlaku walaupun ianya di bawah nama PFI, dan kita mesti ada pemantauan yang serius.
SK Devamany (BN-Cameron Highlands)
(Mengenai mengapa tidak inisiatif baru untuk menambah ekuiti pemilikan kaum India)
Sejak RMK8, tidak ada pembangunan (untuk masyarakat India), (tetapi) keadaan (sebaliknya semakin) merosot, itulah sebabnya kita perlu menangani masalah ini, kita mesti pastikan (sasaran) 3 peratus (pemilikan ekuiti bagi kaum India) dilaksanakan tahun ini.
Setiap tiga bulan, PM memantau (pelaksanaannya) melalui mekanisme pelaksanaan, itulah yang kita mahu lihat. Dasarnya sudah ada tetapi pelaksanannya gagal, jadi dalam RMK9, mereka akan pastikan pelaksanaannya ditingkatkan.
Persoalan lain ialah kita ada inisiatif lain seperti latihan tetapi di segi ekonomi, tidak terdapat satu mekanisme jelas mengenai bagaimana kita hendak melaksanakan (sasaran) 3 peratus pemilikan ekuiti kaum India itu yang kita ingin tahu. Masyarakat (India) kini menunggu untuk mendengar daripada PM bagaimana sasaran 3 peratus ini akan dicapai.
Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh)
Kerajaan cuba bersikap adil kepada setiap orang Melayu dan bukan Melayu, bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga di segi polarisasi (kaum). Seperti yang dikatakan oleh PM, beliau sedar polarisasi (kaum) berlaku di sekolah dan kita akan buat sesuatu (untuk menanganinya). Beliau berharap pihak pembangkang berganding bahu dengan BN untuk memajukan negara ini.
Semuanya telah diberi perhatian tetapi cabaran kita sekarang ialah memastikan semuanya dilaksanakan kesemua yang terkandung dalam buku ini, yang ditulis dan disebut tetapi bahagian pelaksanaannya merupakan satu cabaran, terutama kepada kakitangan awam yang menjadi pelaksananya. Kegagalan (dalam melaksanakannya) akan menjadi kegagalannya (RMK9).
(Mengenai cadangan penubuhan universiti di Kelantan di bawah 9MP)
Sebenarnya Umno tidak putus-putus bercakap mengenainya, dan PM membisu mengenainya sejak satu setengah tahun yang lalu, tetapi hari ini, beliau akhirnya menyampaikan khabar gembira itu kepada kami.
Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Itam)
(RMK9) adalah satu dasar yang betul kerana ia mengambilkira jurang pendapatan antara
kaum dan bagaimana hendak merapatkannya. Di samping itu, melalui PFI, ia akan membantu mencapai matlamat RMK9. Tempat di universiti akan bertambah dua kali ganda dalam tempoh lima tahun ini dan politeknik juga akan dibina. Tidak pernah ada peningkatan besar seperti ini pada masa lalu.
(Mengenai fokus terhadap pembinaan lebih banyak jalan, daripada menambahbaik pengangkutan awam)
Saya rasa ia adalah satu strategi yang betul kerana langkah menambahbaik sistem pengangkutan awam juga bermakna akses dan kemudahan fizikal ke kawasan luar bandar terutama apabila hendak melaksanakan pembangunan.
M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat)
Ini adalah kali pertama kerajaan mengakui bahawa masyarakat India telah terpinggir. Saya merasakan, pihak pentadbiran mungkin tidak serius untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkannya kerana kerana masalah masyarakat India adalah amat serius dan memerlukan perhatian dan pertimbangan segera.
Mesti ada keseriusan dalam sistem penyampaian kerana kita semua tahu, perkhidmatan awam kini menjadi semakin tidak berkesan. Mereka sepatutnya berkhidmat kepada rakyat tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. (RMK9) juga mengiktiraf masalah ini dari segi komposisi kaum dalam perkhidmatan awam, ini baik. Saya ingin melihat lebih banyak jawatan ketua pengarah dan ketua setiausaha disandang oleh kaum Cina dan India.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian)
Pada keseluruhannya kita agak gembira dengan RMK9, tetapi kita lihat wujud beberapa halangan dan agenda untuk memerangi rasuah merupakan bahagian terpenting agenda berkenaan.
(Mengenai pembinaan sebuah universiti di Kelantan)
Mereka perlu mengotai janji mereka dalam pilihanraya umum lalu, saya akan tunggu dan lihat. Berita asal
Berikutan adalah reaksi ketika ditemui di Dewan Rakyat semalam.
Dr Lim Keng Yaik, Menteri Komunikasi, Air dan Tenaga, yang juga Presiden Gerakan.
Apa yang sentiasa merisaukan rakyat ialah sama ada kita akan mendapat nilai bagi wang
yang kita belanjakan, jadi ini adalah aspek yang kita perlu lihat dengan teliti. Berbanding dengan RMK8 di mana RM6 bilion diperuntukkan kepada kementerian saya, tetapi sekarang kita mendapat jumlah peruntukan yang dua kali ganda dalam RMK9 dan sebahagian besarnya (akan dibelanjakan) untuk air dan pembetungan. Kira-kira RM8 bilion untuk air dan RM3 bilion untuk pembentungan, tenaga tidak memerlukan (peruntukan) sebanyak itu kerana ianya telah diswastakan.
S Samy Vellu, Menteri Kerjaraya dan Presiden MIC
RMK9 memberi lebih perhatian kepada rakyat. Ia bukan sahaja menggariskan (strategi) untuk mengukuhkan ekonomi tetapi juga memberi perhatian kepada impak sosio-ekonomi bagi meningkatkan kualiti kehidupan. (Mengenai mengapa tidak ada inisiatif baru untuk meningkatkan pemilikan ekuiti kaum India)
Ekuiti kaum India telah merosot dari 1.5 peratus kepada 1.2 peratus, tetapi mereka telah menambah pelaburan dalam bentuk harta dan dalam bidang-bidang yang lain. Saya rasa kaum India tidak memperlihatkan minat mereka dalam pasaran saham. (Sebaliknya) mereka mula melabur dalam bentuk rumah, tanah dan lain-lainnya, yang lebih kekal dan menyediakan kemudahan dalam meningkatkan ekonomi mereka.
Namun begitu, kita akan meneruskan rancangan kita untuk meningkatkan ekuiti kita kepada 3 peratus dengan bantuan kerajaan. Kita telah meminta kerajaan memantau dengan teliti pertumbuhan ekuiti kaum India dan kita juga telah meminta kerajaan menubuhkan satu unit di Perbadanan Nasional Berhad (PNB) untuk membolehkan kita sentiasa terus membuat pelaburan yang menguntungkan.
Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua
(Sama ada hutang kerajaan akan meningkat kepada RM351.3 juta atau 48.6 peratus
daripada GDP di akhir RMK9 pada 2010) Tidak, defisit sekarang berada pada tahap 3.8 peratus, tetapi ia akan berkurangan dan kekal pada 3.4 peratus dalam tempoh (RMK9). Jadi, dari segi nisbahnya, ia akan berada pada tahap yang rendah, itulah yang diumumkan oleh perdana menteri.
(Mengenai jurang yang semakin melebar dalam tempoh lima tahun lalu, tertinggi di kalangan bumiputera berbanding dengan kaum Cina dan India).
Kerajaan telah menyatakan dengan jelas bahawa berdasarkan kepada pertumbuhan yang kukuh pada kadar 6 peratus, kita mempunyai skop yang mencukupi untuk membuat agihan, maka kita mempunyai fleksibiliti untuk menambah agihan, kita sentiasa mahu membuat agihan atas asas pertumbuhan.
Shahrir Samad (BN-Johor Baru, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan)
(Mengenai jurang yang semakin melebar sejak lima tahun lalu)
Jika diutamakan pertumbuhan ekonomi, maka kuranglah perhatian terhadap soal pengagihan, ini telah menjadi asas Dasar Ekonomi Baru. Masalah dan kritikan adalah sentiasa mengenai pengagihan kerana apabila tidak ada sebarang pertumbuhan, maka wujudnya masalah mengenai pengagihan. Ada masanya, ia adalah masalah mengenai pengagihan itu sendiri. Inisiatif pihak swasta dilihat sebagai satu cara untuk kepentingan tertentu bagi meneruskan projek mereka yang tidak baik.
(Sama ada beliau bersetuju dengan inisiatif pembiayaan swasta, PFI)
Saya menerima hakikat bahawa adakalanya sektor swasta dan awam perlu bekerjasama, namun begitu, mesti ada kekuatan politik untuk mengatakan "tidak" jika projek terbabit tidak baik, dan bukannya hanya mengatakan "ya" setiap masa.
Dasar pengswastaan boleh diteruskan, tetapi ia mesti membawa hasil yang positif, impaknya kepada rakyat dan negara. Itu mesti berlaku walaupun ianya di bawah nama PFI, dan kita mesti ada pemantauan yang serius. SK Devamany (BN-Cameron Highlands)
(Mengenai mengapa tidak inisiatif baru untuk menambah ekuiti pemilikan kaum India)
Sejak RMK8, tidak ada pembangunan (untuk masyarakat India), (tetapi) keadaan (sebaliknya semakin) merosot, itulah sebabnya kita perlu menangani masalah ini, kita mesti pastikan (sasaran) 3 peratus (pemilikan ekuiti bagi kaum India) dilaksanakan tahun ini.
Setiap tiga bulan, PM memantau (pelaksanaannya) melalui mekanisme pelaksanaan, itulah yang kita mahu lihat. Dasarnya sudah ada tetapi pelaksanannya gagal, jadi dalam RMK9, mereka akan pastikan pelaksanaannya ditingkatkan.
Persoalan lain ialah kita ada inisiatif lain seperti latihan tetapi di segi ekonomi, tidak terdapat satu mekanisme jelas mengenai bagaimana kita hendak melaksanakan (sasaran) 3 peratus pemilikan ekuiti kaum India itu yang kita ingin tahu. Masyarakat (India) kini menunggu untuk mendengar daripada PM bagaimana sasaran 3 peratus ini akan dicapai.
Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh)
Kerajaan cuba bersikap adil kepada setiap orang Melayu dan bukan Melayu, bukan sahaja dalam bidang pendidikan tetapi juga di segi polarisasi (kaum). Seperti yang dikatakan oleh PM, beliau sedar polarisasi (kaum) berlaku di sekolah dan kita akan buat sesuatu (untuk menanganinya). Beliau berharap pihak pembangkang berganding bahu dengan BN untuk memajukan negara ini.
Semuanya telah diberi perhatian tetapi cabaran kita sekarang ialah memastikan semuanya dilaksanakan kesemua yang terkandung dalam buku ini, yang ditulis dan disebut tetapi bahagian pelaksanaannya merupakan satu cabaran, terutama kepada kakitangan awam yang menjadi pelaksananya. Kegagalan (dalam melaksanakannya) akan menjadi kegagalannya (RMK9).
(Mengenai cadangan penubuhan universiti di Kelantan di bawah 9MP)
Sebenarnya Umno tidak putus-putus bercakap mengenainya, dan PM membisu mengenainya sejak satu setengah tahun yang lalu, tetapi hari ini, beliau akhirnya menyampaikan khabar gembira itu kepada kami.
Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Itam)
(RMK9) adalah satu dasar yang betul kerana ia mengambilkira jurang pendapatan antara
kaum dan bagaimana hendak merapatkannya. Di samping itu, melalui PFI, ia akan membantu mencapai matlamat RMK9. Tempat di universiti akan bertambah dua kali ganda dalam tempoh lima tahun ini dan politeknik juga akan dibina. Tidak pernah ada peningkatan besar seperti ini pada masa lalu. (Mengenai fokus terhadap pembinaan lebih banyak jalan, daripada menambahbaik pengangkutan awam)
Saya rasa ia adalah satu strategi yang betul kerana langkah menambahbaik sistem pengangkutan awam juga bermakna akses dan kemudahan fizikal ke kawasan luar bandar terutama apabila hendak melaksanakan pembangunan.
M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat)
Ini adalah kali pertama kerajaan mengakui bahawa masyarakat India telah terpinggir. Saya merasakan, pihak pentadbiran mungkin tidak serius untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkannya kerana kerana masalah masyarakat India adalah amat serius dan memerlukan perhatian dan pertimbangan segera. Mesti ada keseriusan dalam sistem penyampaian kerana kita semua tahu, perkhidmatan awam kini menjadi semakin tidak berkesan. Mereka sepatutnya berkhidmat kepada rakyat tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. (RMK9) juga mengiktiraf masalah ini dari segi komposisi kaum dalam perkhidmatan awam, ini baik. Saya ingin melihat lebih banyak jawatan ketua pengarah dan ketua setiausaha disandang oleh kaum Cina dan India.
Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian)
Pada keseluruhannya kita agak gembira dengan RMK9, tetapi kita lihat wujud beberapa halangan dan agenda untuk memerangi rasuah merupakan bahagian terpenting agenda berkenaan. (Mengenai pembinaan sebuah universiti di Kelantan)
Mereka perlu mengotai janji mereka dalam pilihanraya umum lalu, saya akan tunggu dan lihat. Berita asal
View Comments0

