Polis tolak cadangan penubuhan IPCMC
Terjemahan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini merakamkan secara rasmi pendiriannya menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Terjemahan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini merakamkan secara rasmi pendiriannya menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar berkata, jawatankuasa pelaksana di peringkat Bukit Aman menolak 24 daripada 125 perakuan oleh Suruhanjaya Diraja Polis, termasuk cadangan penubuhan IPCMC.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Omar berkata, jawatankuasa pelaksana di peringkat Bukit Aman menolak 24 daripada 125 perakuan oleh Suruhanjaya Diraja Polis, termasuk cadangan penubuhan IPCMC.
Katanya, pihak polis dan pelbagai pertubuhan polis telahpun menyuarakan bantahan mereka terhadap penubuhan IPCMC kepada kerajaan dalam sesi-sesi khas, serta taklimat kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
"Berikutan itu, kerajaan telah mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji serta menimbang alternatif terbaik kepada cadangan menubuhkan IPCMC," kata Bakri dalam ucapannya sempena sambutan Hari Polis ke-199 peringkat pusat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau mengesyorkan kepada kerajaan supaya mengekalkan kuasa-kuasa mengawal disiplin pegawai dan anggota polis di bawah Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang telah wujud di bawah 140 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara tersebut terkandung dalam teks ucapan yang diedarkan kepada wartawan yang membuat liputan majlis berkenaan. Teks itu juga turut dibaca di perhimpunan sambutan Hari Polis peringkat kontinjen polis negeri.
Polis terperanjat
Bagaimanapun, di majlis pagi ini, yang turut dihadiri Perdana Menteri, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Bakri membaca teks ucapan yang lain di mana beliau menyentuh tentang cabaran dan kesulitan yang dihadapi oleh PDRM, tetapi tidak menyebut tentang IPCMC.
Dalam ucapan itu, Bakri berkata, belum pun sempat dilaksanakan syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM, polis telah dikejutkan dengan sebuah lagi suruhanjaya bebas bagi menyiasat prosedur pemeriksaan tubuh tahanan.
"Paparan yang dimuatkan dalam akhbar dan media elektronik langsung tidak menyebelahi pihak polis, sehinggakan kelihatan peluang adalah begitu tipis untuk pasukan polis menebus maruahnya," katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Perdana berkata, teguran yang dibuat sesetengah pihak terhadap pasukan polis menunjukkan orang ramai memerhatikan kerja mereka dan meneliti apa yang mereka lakukan.
"Teguran itu bererti bahawa orang perhatikan kerja kita kerana orang menghargai dan mahu kita menjalankan kerja dengan sebaik-baiknya," kata beliau.
Tanpa mengulas lebih lanjut, beliau berkata kerajaan akan terus mengambil langkah untuk memperbaiki lagi perkhidmatan pasukan tersebut.
Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Abdullah enggan mengulas apabila ditanya mengenai pendirian kerajaan berhubung cadangan penubuhan IPCMC.
Katanya, kerajaan akan memutuskan perkara itu dan membuat pengumuman mengenainya.
Sejak kebelakangan ini, ramai ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan penubuhan IPCMC kerana berpendapat sudah ada mekanisme yang mencukupi untuk menangani aduan terhadap pasukan polis.
Tidak seperti agensi-agensi kerajaan yang lain yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri, IPCMC jika ditubuhkan, akan bertanggungyang mengemukakan laporannya terus kepada Dewan Rakyat. Berita asal

