Kurangkan beban cukai rakyat
Mohd Hadi SubandiPublished: Mar 20, 2006 7:54 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Tabung kumpulan wang amanah pengangkutan awam sebanyak RM4.4b kononnya untuk membiayai pelbagai projek pengangkutan awam. Adalah lebih wajar kalau peruntukan itu digunakan kerajaan untuk projek seperti berikut:
menurunkan cukai pintu
- menurunkan atau menghapuskan cukai jalan
- menurunkan kadar premium bagi insurance kenderaan
- menurunkan duti eksais kereta tempatan, lebih lebih lagi kereta import (harga kereta lebih murah, bayaran bulanan dikurangkan)
- mengurangkan kadar tol
- memberi kenaikan gaji
- memperkenalkan elaun sara hidup kepada pekerja swasta
Dimaklumkan, peruntukan untuk tujuan pengangkutan awam tidak memberi faedah kepada golongan majoriti (pekerja) penduduk Malaysia.
View Comments0

