Modul senjatapi belum boleh diperkenal dalam PLKN
Published: Mar 19, 2006 9:12 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Modul latihan senjatapi tidak akan diperkenalkan kepada 35,027 pelatih yang menyertai kumpulan kedua peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang memulakan latihan mereka hari ini.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan memasukkan modul latihan senjatapi ke dalam program latihan berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana ia belum mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan.
"Saya terima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang isu ini semasa mereka menghantar anak masing-masing ke sini pagi ini. Saya adakan dialog dengan mereka dan mereka nampaknya amat berminat membenarkan anak masing-masing menyertai latihan asas senjatapi.
"Bagaimanapun, apa yang dapat saya katakan sekarang ialah modul senjatapi tidak akan dimasukkan sehinggalah kami mendapat kelulusan daripada kementerian berkenaan.
"Saya belum terima sebarang maklumat mengenainya daripada mereka (Kementerian Pertahanan)," kata Lee kepada pemberita selepas menyelia urusan penghantaran kira-kira 1,575 pelatih ke kem latihan di Pahang, Sabah dan Sarawak di Bukit Jalil hari ini.
Menurut laporan Bernama, beliau berkata pelatih berkenaan akan ditempatkan di 76 kem dan bukan 80 kem seperti yang dirancang kerana sebab tertentu.
Kem belum siap
Empat kem yang tidak akan digunakan ialah Kubang Pasu dan Langkawi di Kedah, Rawang di Selangor dan Kota Tinggi di Johor.
Lee berkata kem Kubang Pasu dan Langkawi tidak dapat digunakan kerana belum siap sepenuhnya, kem Kota Tinggi pula tidak memenuhi jadual pematuhan yang ditetapkan oleh Kementerian Pertahanan manakala kem Rawang membabitkan pertikaian antara pemilik tanah dan pengendalinya.
"Dua kem di Kedah itu dijangka boleh beroperasi bagi pengambilan Jun tahun ini dan kami berharap masalah yang dihadapi oleh dua kem lagi akan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
"Bagaimanapun masalah ini tidak akan menyebabkan berlaku kesesakan di kem yang menempatkan pelatih berlebihan," katanya.
Lee berkata kira-kira 1,600 remaja yang menangguhkan penyertaan mereka sejak siri pertama dan kedua telah diserapkan ke dalam kumpulan berkenaan manakala 500 orang yang memohon mengikuti latihan ini secara sukarela dijangka mengikuti latihan pada tahun ini.
Mereka yang ingin menyemak status masing-masing berhubung latihan PLKN boleh berbuat demikian dengan menghubungi talian 03-26873420.
Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Tan Sri Lee Lam Thye berkata cadangan memasukkan modul latihan senjatapi ke dalam program latihan berkenaan terpaksa ditangguhkan kerana ia belum mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan.
"Saya terima banyak pertanyaan daripada ibu bapa tentang isu ini semasa mereka menghantar anak masing-masing ke sini pagi ini. Saya adakan dialog dengan mereka dan mereka nampaknya amat berminat membenarkan anak masing-masing menyertai latihan asas senjatapi. "Bagaimanapun, apa yang dapat saya katakan sekarang ialah modul senjatapi tidak akan dimasukkan sehinggalah kami mendapat kelulusan daripada kementerian berkenaan.

View Comments0