DUN Sarawak dibubar pada 22 April?
Tony ThienPublished: Mar 18, 2006 10:14 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Terjemahan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini bersiap sedia untuk menghadapi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh sebulan ini.

Seorang ahli Majlis Tertinggi PBB memberitahu malaysiakini, Taib selaku Presiden PBB, juga berkata beliau merasakan ia adalah masa terbaik untuk mengadakan pilihanraya negeri, kecuali berlaku perkara-perkara di luar dugaan.
Tarikh yang disebut ialah DUN akan dibubarkan pada hari Sabtu 22 April dan hari penamaan calon pula mungkin diadakan seawal hari Sabtu berikutnya pada 29 April.
Tempoh kempen pula mungkin selama seminggu, manakala hari pengundian berlangsung pada hari Sabtu 8 Mei.
Sekiranya kerajaan negeri membuat kata putus mengenai tarikh-tarikh tersebut, ini bermakna pilihanraya negeri akan diadakan tujuh bulan lebih awal dari tarikh tamat penggal lima tahunnya November depan.
Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang dipengerusikan oleh Taib itu, turut dihadiri oleh dua Timbalan Presiden Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu dan Menteri Perumahan Negeri, Datuk Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden, Datuk Adenan Satem.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Jabu berkata Barisan Nasional (BN) negeri telah mengarahkan semua parti komponennya membuat persiapan menghadapi pilihanraya negeri.
Turut hadir ialah Bendahari PBB yang juga Menteri Perancangan dan Sumber Pengurusan, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Speaker DUN, Datuk Awang Asfia Awang Nassar.
Bagaimanapun, Jabu tidak memberi sebarang bayangan mengenai tarikh pilihanraya negeri.
Mengenai komen Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman baru-baru ini bahawa pilihanraya negeri sudah hampir, Timbalan Presiden PBB itu berkata: "Kami semua sudahpun bersedia untuk menghadapinya."
Adenan Satem
Dalam mesyuarat tersebut, sumber yang sama memberitahu malaysiakini bahawa Taib telah membuat rujukan tidak langsung terhadap Adenan Satem yang merupakan naib presiden terkanan, yang sebelum ini disebut-sebut bakal menggantikannya (Taib) sebagai ketua menteri.
Beliau dikatakan menyebut bahawa mereka yang bercita-cita memegang jawatan No 1, mesti terlebih dahulu mendapat sokongan orang No 2 dan No 3 dalam parti. Ini dianggap sebagai membawa maksud bahawa mereka yang mempunyai cita-cita tersebut, mesti mendapat sokongan orang No 2 (Jabu) dan orang No 3 (Johari).
Dalam sidang akhbar tersebut, Jabu memberitahu, Taib sihat walafiat dan telah pulih sepenuhnya daripada pembedahan baru-baru ini.
Menurutnya, Ketua Menteri juga telah kembali bertugas seperti sediakala.
Pemimpin parti itu hari ini menyatakan sokongan padu mereka kepada Taib untuk terus memimpin parti dan Sarawak semasa dan selepas pilihanraya negeri, katanya.
Mesyuarat hari ini juga membincangkan pindaan terhadap perlembagaan parti untuk memansuhkan bahagian dan menggantikannya dengan cawangan. Berita asal
Seorang ahli Majlis Tertinggi PBB memberitahu malaysiakini, Taib selaku Presiden PBB, juga berkata beliau merasakan ia adalah masa terbaik untuk mengadakan pilihanraya negeri, kecuali berlaku perkara-perkara di luar dugaan.
Tarikh yang disebut ialah DUN akan dibubarkan pada hari Sabtu 22 April dan hari penamaan calon pula mungkin diadakan seawal hari Sabtu berikutnya pada 29 April.
Tempoh kempen pula mungkin selama seminggu, manakala hari pengundian berlangsung pada hari Sabtu 8 Mei.
Sekiranya kerajaan negeri membuat kata putus mengenai tarikh-tarikh tersebut, ini bermakna pilihanraya negeri akan diadakan tujuh bulan lebih awal dari tarikh tamat penggal lima tahunnya November depan.
Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang dipengerusikan oleh Taib itu, turut dihadiri oleh dua Timbalan Presiden Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu dan Menteri Perumahan Negeri, Datuk Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden, Datuk Adenan Satem.
Bercakap dalam sidang akhbar selepas itu, Jabu berkata Barisan Nasional (BN) negeri telah mengarahkan semua parti komponennya membuat persiapan menghadapi pilihanraya negeri. Turut hadir ialah Bendahari PBB yang juga Menteri Perancangan dan Sumber Pengurusan, Datuk Awang Tengah Ali Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Speaker DUN, Datuk Awang Asfia Awang Nassar.
Bagaimanapun, Jabu tidak memberi sebarang bayangan mengenai tarikh pilihanraya negeri.
Mengenai komen Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman baru-baru ini bahawa pilihanraya negeri sudah hampir, Timbalan Presiden PBB itu berkata: "Kami semua sudahpun bersedia untuk menghadapinya."
Adenan Satem
Dalam mesyuarat tersebut, sumber yang sama memberitahu malaysiakini bahawa Taib telah membuat rujukan tidak langsung terhadap Adenan Satem yang merupakan naib presiden terkanan, yang sebelum ini disebut-sebut bakal menggantikannya (Taib) sebagai ketua menteri.
Beliau dikatakan menyebut bahawa mereka yang bercita-cita memegang jawatan No 1, mesti terlebih dahulu mendapat sokongan orang No 2 dan No 3 dalam parti. Ini dianggap sebagai membawa maksud bahawa mereka yang mempunyai cita-cita tersebut, mesti mendapat sokongan orang No 2 (Jabu) dan orang No 3 (Johari). Dalam sidang akhbar tersebut, Jabu memberitahu, Taib sihat walafiat dan telah pulih sepenuhnya daripada pembedahan baru-baru ini.

View Comments0