Permit penerbitan akhbar Eastern Times dan Sunday Eastern Times telah diluluskan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri berkuatkuasa semalam.

Menurut satu kenyataan kementerian tersebut hari ini, Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah meluluskan dua penerbiatan berasingan kepada Syarikat Total Progressive Sdn Bhd, mengikut kuasa yang diberikan mengikut subseksyen 6(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

Menurut, kelulusan itu diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Akhbar tabloid itu diterbitkan berikutan keputusan pihak pengurusan Sarawak Tribune menghentikan penerbitan akhbar itu selepas kerajaan menggantung permitnya tanpa had masa kerana menyiarkan karikatur kontroversi yang mempersenda Nabi Muhammad, awal bulan lalu.

Akhbar baru itu diterbitkan oleh sekumpulan ahli perniagaan Sarawak yang ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sarawak Tribune.