Umno dan PAS tolak kenyataan Nazri
Terjemahan Umno dan PAS masing-masing menyangkal kenyataan seorang menteri kabinet bahawa kedua-dua parti tersebut telah memperalatkan Islam untuk berebut undi.
Terjemahan Umno dan PAS masing-masing menyangkal kenyataan seorang menteri kabinet bahawa kedua-dua parti tersebut telah memperalatkan Islam untuk berebut undi.
Kenyataan tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan dalam majlis dialog dengan Majlis Peguam minggu lalu.
Beliau merujuk kepada tindakan Umno yang menurutnya terpaksa mengikut jejak langkah PAS menggunakan Islam untuk memenangi undi.
Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata parti-parti politik berkenaan telah terbawa-bawa untuk berbuat demikian, yang disifatkannya sebagai tindakan yang merugikan negara.
'Nazri terkeliru?'
Ketika dihubungi, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata kenyataan Nazri mencerminkan kekalutan dalam diri beliau (Nazri) dalam memadankan kepercayaannya dengan politiknya.
"Ini menyedihkan, beliau sudah lama menjadi menteri, tetapi masih dalam dilema dan keliru mengenai apakah pegangannya...beliau mesti segera menanganinya," tambahnya.
Katanya, pemimpin PAS tidak menghadapi delima tersebut kerana mereka menggalakkan nilai-nilai yang menjadi pegangan mereka, yang bersandarkan kepada ajaran Islam.
Kamaruddin juga menggesa Umno supaya jelas mengenai pandangan dan nilai-yang diperjuangkannya. Beliau juga menawarkan untuk menganjurkan musyakarah (dialog) dengan Umno mengenai perkara berkaitan Islam.
Kamaruddin juga ditanya sama ada trend terhadap Islamisasi semakin meningkat di bawah pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, yang mempunyai latarbelakang agama.
"Umno di bawah pemerintahan Pak Lah, tidak membawa apa-apa yang jelas, apatah lagi mengenai Islam. Beliau kabur dalam banyak issu," kata Kamaruddin yang juga ahli Parlimen Tumpat.
Seorang lagi ahli MT Umno yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datuk Shahrir Samad juga tidak bersetuju dengan kenyataan Nazri itu.
"Ianya tidak betul. Jika kita terperangkap melakukan sesuatu yang bukan menjadi pegangan kita, maka kita bukanlah sebuah kerajaan yang jujur...itu salah," katanya ketika dihubungi.
Ditanya sama ada kenyataan tersebut ada kaitan dengan tindakan keras kerajaan terhadap media berhubung isu karikatur mempersendakan Nabi Muhammad, Shahrir tidak bersetuju sambil menegaskan bahawa Islam adalah agama yang menggalakkan kesederhanaan.
"Sebagai sebuah masyarat majmuk, kita tidak dibenar memburuk atau merendah-rendahkan kepercayaan orang lain," katanya.
Pandangan berbeza
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata, sejak pilihanraya umum tahun 1999, negara terperangkap dalam persaingan PAS-Umno yang cuba mengatasi satu sama lain sebagai pihak yang lebih memperjuangkan Islam.
Yang paling ketara, kata beliau, ialah 'pengisytiharan 929' pada 29 September 2001 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.
Katanya, walaupun ia merupakan satu pengisytiharan politik kerana tiada pindaan dalam perlembagaan, tetapi ia menguatkan lagi halatuju ke arah Islam.
"Ini telah membuat suara masyarakat Islam sederhana dan bukan Islam sukar didengar. Dalam kontek ini, kita telah melihat masalah yang timbul dalam kontroversi M Moorthy dan Artikel 121(1A) menjadi semakin sukar diselesaikan," katanya.
Jenazah Moorthy, bekas seorang komando, yang telah memeluk Islam, menjadi rebutan antara isterinya dengan pihak berkuasa agama Islam dan telah mencetuskan perdebatan sama ada perlu dipinda Artikel 121 (1A) Perlembagaan Malaysia.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berkata, parti-parti politik mesti mengutamakan pendirian dan perjuangannya untuk mendapatkan undi.
"Akhirnya, rakyat akan menghakimi kita dan memutuskan sama ada kita ini sebahagian daripada hipokrasi atau sama ada kita pemimpin tulen yang mementing kehidupan rakyat," katanya.
"Islam adalah agama rasmi negara, tetapi kita tidak mahu mana-mana parti politik menggunakannya untuk kepentingan ideologi mereka, sama ada ianya PAS, Umno ataupun PKR," katanya. Berita asal

