Metramac perolehi perintah penangguhan bayar gantirugi
Terjemahan Syarikat konsesi tol Metrmac Corp Sdn Bhd yang telah diperintah membayar gantirugi berjumlah RM65 juta kepada Fawziah Holdings Sdn Bhd, hari ini berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah daripada Mahkamah Rayuan untuk penangguhan pelaksanaan perintah tersebut.
Terjemahan Syarikat konsesi tol Metrmac Corp Sdn Bhd yang telah diperintah membayar gantirugi berjumlah RM65 juta kepada Fawziah Holdings Sdn Bhd, hari ini berjaya dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah daripada Mahkamah Rayuan untuk penangguhan pelaksanaan perintah tersebut.
Mahkamah membenarkan penguatkuasaan perintah tersebut sementara menunggu selesai rayuan syarikat tersebut di Mahkamah Persekutuan, yang ditetapkan pada 6 dan 7 Mac ini.
"Selepas menimbang secara terperinci hujah-hujah yang dikemukakan, kami sebulat surat membenarkan perintah tersebut ditangguhkan. Tetapi kami bersetuju penangguhan tersebut dengan terma dan syarat-syarat tertentu," kata Hakim Datuk Gopal Sri Ram, yang mendengarkan bersama Hakim Datuk Hashim Yusoff dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Terma dan syarat-syarat tambahan itu dikenakan bagi melindungi kepentingan Fawziah Holdings sekiranya ia berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
Terma dan syarat bagi perintah penangguhan tersebut yang dibacakan oleh Hakim Datuk Zulkefli mengikat Metramac, antaranya:
Menyimpan sejumlah RM50 juta dalam akaun bersama dengan Fawziah Holdings dalam tempoh sebulan atau pada 4 petang 31 Mac; dan
defendan mengemukakan kepada plaintif dalam masa 14 hari dari tarikh perintah ini affidavit yang ditetapkan oleh mana-mana pengarahnya yang mengandungi butiran lengkap semua asetnya atau kepentingan defendan pada 25 Oktober 2005.
Bubar perintah
Affidavit itu akan dihadkan kepada fakta sifat sebenar atau di mana aset yang relevan itu berada, dan siapa pemilik sah dan manfaat aset dan kepentingan berkaitan
Mahkamah juga membubarkan perintahnya yang bertarikh 25 Oktober 2005 yang melarang Metramac dan ejennya daripada menjual aset syarikat bernilai sehingga RM100 juta, berikutan perintah yang dikeluarkan hari ini.
Pada 12 Januari tahun ini, panel itu memutuskan bahawa Metramac, pemilik dan pengendali Link Expressway Timur-Barat dan Sungai Besi Expressway, dikehendaki membayar RM65 juta kepada Fawziah Holdings sebagai ganti rugi kerana kehilangan hak pengiklanan dan semua kutipan yang bakal diterima di bawah kontrak masa depan.
Enam hari kemudian, Metramac memfail permohonan penangguhan perintah itu. Permohonan Metramac itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan Selasa depan.
Peguam Metramac, Datuk Muhamad Shafee Abdullah kemudian memohon penangguhan syarat-syarat itu yang ditetapkan mahkamah tetapi ditolak. Fawziah Holdings diwakili oleh peguam Datuk Dr. Cyrus Das. Berita asal

