Isu mempersenda Nabi: Apa agenda, siapa juara?
Lee Ban ChenPublished: Mar 1, 2006 5:12 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Nampaknya isu karikatur mempersendakan Nabi Muhammad S.A.W di negara kita masih berlarutan. Makin hari makin banyak media yang dilibatkan dan makin banyak masalah yang timbul, daripada yang diselesaikan.
Selain Sarawak Tribune, Guangming Daily dan Berita Petang Sarawak yang telah digantung dan NST yang terlepas sebarang hukuman, media lain termasuk TV2 yang terletak di bawah jagaan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin (Zam), TV3 dan ntv7 turut berbabit.
Isu karikatur mempersendakan Nabi Muhammad seolah-olah menjadi perjuangan pokok PAS dan NGO sealiran dengannya, tanpa disertai parti pembangkang, termasuk PKR dan NGO lain.
Nampaknya isu karikatur mempersendakan Nabi Muhammad S.A.W di negara kita masih berlarutan. Makin hari makin banyak media yang dilibatkan dan makin banyak masalah yang timbul, daripada yang diselesaikan.
Selain Sarawak Tribune, Guangming Daily dan Berita Petang Sarawak yang telah digantung dan NST yang terlepas sebarang hukuman, media lain termasuk TV2 yang terletak di bawah jagaan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin (Zam), TV3 dan ntv7 turut berbabit.
Tidak dapat dinafikan, jika tidak berlaku sikap 'saling bongkar-membongkar' di antara Zam dan Timbalan Pengerusi Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Datuk Kalimullah Hassan untuk tujuan yang tidak kena-mengena dengan Islam dan Nabi, dan tidak pula diperbesar-besarkan oleh PAS dan badan-badan bukan kerajaan maka penonton televisyen, malah pembaca NST, mungkin tidak menyedari atau berasa tersinggung kerana penyiaran semula karikatur yang berkaitan.
Penyiaran karikatur yang dianggap mempersendakan Nabi Muhammad oleh media-media tersebut berlaku pada awal bulan Februari. Hakikat bahawa selama ini ianya tidak dijadikan isu, membuktikan bahawa penyiaran karikatur terbabit, tanpa niat yang jahat, dapat diterima oleh para penonton.
Sebenarnya adalah sukar untuk dipercayai bahawa Brendan Pereira (Pengarang Kumpulan NST), Datuk Hishammuddin Aun (Ketua Pengarang Kumpulan NST), dan Kalimullah atau Zam, berniat jahat untuk mempersendakan Nabi Muhammad dan Islam. Begitu jugalah halnya dengan media-media yang telah digantung oleh pihak berkuasa kerana menyiarkan karikatur tersebut.
Namun, mungkin kerana Menteri Penerangan dan tokoh-tokoh NST terbabit asyik memainkan peranan "witch-hunter" sebelum ini, maka ramai yang berasa seronok apabila mereka pula menjadi "witch-hunted" kerana kesilapan yang berlaku dalam media-media di bawah jagaan mereka sendiri .
NST akhirnya meminta maaf (juga TV3 dan ntv7) sungguhpun mula-mulanya akhbar itu dengan gagah mempertahankan penyiaran karikatur Non Sequitur oleh Wiley Miller itu, dan tidak mengaku karikatur tersebut mempersenda Nabi Muhammad.
Keterangan karikatur Non Sequitur tersebut berbunyi: "caricatures of Muhammad while you wait!" (karikatur Muhammad sementara anda tunggu!) dan "Kevin finally achieves his goal to be the most feared man in the world" (Kevin akhirnya mencapai matlamatnya untuk menjadi manusia yang amat ditakutkan dalam dunia).
'Manusia paling ditakuti'
Mengikut pemahaman saya, karikatur tersebut hanya memberi gambaran tiada pelanggan yang berani datang meminta Kevin melakar karikatur Muhammad seperti yang diiklankan dan dia telah "menjadi manusia yang amat ditakutkan dalam dunia" kerana menjadi pelukis karikatur Nabi Muhammad yang menjadi pantang larang umat Islam.
Kita tidak dapat memastikan apa yang tersirat dalam Non Sequitur yang dilakarkan oleh Wiley Miller. Ia mungkin bertujuan untuk menyindir reaksi umat Islam yang dianggap melampau, mungkin juga untuk menyindir pelukis kartun yang ingin menjadi "hero" kepada mereka yang tidak sensitif kepada larangan melakar karikatur Nabi Muhammad.
Jika tidak, kenapa "menjadi manusia yang amat ditakutkan dalam dunia" merupakan "matlamatnya"?
Rasanya isu karikatur mempersendakan Nabi Muhammad, terutamanya "perang terbuka" antara dua Datuk telah mendedahkan bagaimana isu keagamaan telah dieksplotasi oleh puak-puak tertentu dalam parti politik dan media untuk kepentingan masing-masing.
Dwi-standard malah multi-standard pihak berkuasa terbabit untuk menghukum atau tidak menghukum media-media berkenaan, membuktikan mereka mempunyai agenda tersembunyi untuk menghapuskan "lawannya" dalam media, dan memperketatkan kawalan media secara amnya.
Hendaklah kita berhati-hati agar isu karikatur mempersenda Nabi Muhammad tidak dijadikan alasan untuk mengaburi perjuangan bersama pengamal-pengamal media untuk menghapuskan akta-akta yang mengongkong kebebasan bersuara dan mencegah campurtangan kerajaan dalam pentadbiran media.
Isu karikatur mempersendakan Nabi Muhammad seolah-olah telah menjadi perjuangan pokok PAS dan badan-badan bukan kerajaan sealiran dengannya, tanpa disertai parti-parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan yang lain, termasuk Parti Keadilan Rakyat.
Ia seolah-olah bukan memperjuangkan suatu prinsip atau nilai bersama yang melintasi batas agama dan bangsa. Oleh itu wajarlah kita berwaspada agar tindakan PAS dan sekutu-sekutunya tidak menjadikan polarisasi rakyat pelbagai agama dan bangsa semakin lebar.

View Comments0