Abdul Kadir dilantik pengerusi tiga syarikat
Published: Feb 28, 2006 11:28 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang meletak jawatan 14 Februari lalu, telah dilantik sebagai pengerusi tiga buah syarikat berkuatkuasa esok.

Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi Karambunai Corp Bhd, FACB Industries Incorporated Bhd dan Petaling Tin Bhd.
Di Karambunai, beliau menggantikan Tengku Datuk Zainal Adlin Tengku Mahamood yang akan mengosongkan jawatan itu mulai 1 Mac.
Menurut laporan Bernama, di FACB pula, Abdul Kadir akan menggantikan Datuk Sulaiman Sujak yang dijadikan timbalan pengerusi mulai 1 Mac.
Di Petaling Tin, beliau menggantikan Datuk Jaafar Abu Bakar yang dijadikan timbalan pengerusi lembaga pengarahnya mulai 1 Mac.
Abdul Kadir telah memegang beberapa jawatan di peringkat persekutuan sejak 1970 sebagai setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri di beberapa kementerian hampir secara berterusan sehingga peletakan jawatannya.
Beliau merupakan Menteri Kebudayaan, Kesedian dan Pelancongan selama lima tahun sebelum dilantik Menteri Penerangan dalam 2004.
Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi Karambunai Corp Bhd, FACB Industries Incorporated Bhd dan Petaling Tin Bhd. Di Karambunai, beliau menggantikan Tengku Datuk Zainal Adlin Tengku Mahamood yang akan mengosongkan jawatan itu mulai 1 Mac.

View Comments0