PAS desak syarat permohonan TBP dirombak
Muda Mohd NoorPublished: Feb 7, 2006 10:02 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
PAS mendesak supaya prosedur permohonan untuk mendapatkan bantuan Tabung Bantuan Perubatan (TPB) dirombak, dengan melantik orang awam menganggotai jawatankuasanya bagi memastikan perlaksanaannya dibuat secara telus dan bertanggungjawab.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, ahli Parlimen dan pakar dalam bidang kesihatan perlu menganggotai jawatankuasa tersebut
Selain itu, katanya, Kementerian Kesihatan juga perlu menilai semula tahap kemiskinan pemohon untuk melayakkan mereka mendapatkan bantuan dari tabung berkenaan.
"Hari ini tidak ada satu panduan yang jelas berapakah jumlah pendapatan keluarga untuk layak memohon skim tabung itu menyebabkan timbul kesusahan kepada orang ramai," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS di Taman Melawar dekat ibu negara hari ini.
Mahfuz yang juga Pengerusi Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat mendakwa, Kementerian Kesihatan berdolak-dalik dalam menangani masalah rakyat yang ingin mendapatkan bantuan di bawah tabung berkenaan.
Menurutnya, apa guna diwujudkan tabung itu jika tidak dapat membantu mereka yang memerlukannya dan menghadapi masalah kewangan untuk merawat penyakit kronik.
"Apakah syarat yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan relevan dengan suasana semasa iaitu perkembangan ekonomi negara, inflasi dan kos rawatan yang mahal.
"Saya juga mendapat tahu selama ini pemohon yang menerima bantuan kewangan dari tabung itu menghidap penyakit otopedik dan bukannya penyakit kronik ," katanya.
MRR2 dan Samy Vellu
Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya dinilai semula status kemiskinan untuk membolehkan lebih ramai orang mendapat manfaat dari tabung ini.
Mahfuz juga bercakap mengenai penutupan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) yang didakwanya berlaku kerana kecuaian Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S. Samy Vellu.
Beliau berkata, penutupan MRR2 itu dibuat berdasarkan laporan awal syarikat perunding dari Britain, Halcrow Group yang mengesahkan berlaku rekahan pada beberapa bahagian dan perlu dibaiki segera.
Bagaimanapun, Mahfur mendakwa Samy Vellu cuba menyembunyikan laporan tersebut dengan berulangkali memberi jaminan bahawa MRR2 selamat.
Katanya, tetapi akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri terpaksa mengumumkan bahawa MRR2 terpaksa dibaiki kerana berlaku kerosakan pada lebuhraya itu.

View Comments0