Dua penolong menteri digugurkan?
Tony ThienPublished: Jan 27, 2006 3:53 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Dua penolong menteri Sarawak yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Tun Openg, mungkin tidak dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihanraya negeri yang akan datang.

Kedua-dua Ketua Wanita PBB Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi dan Ketua PBB bahagian Demak Laut, Dr Rauf Abang Zen di mana usia masing-masing menghampir 60 tahun mungkin digugurkan untuk memberi laluan kepada barisan pemimpin muda.
Malah, Johari (foto), 56, yang merupakan menteri perumahan negeri yang dilihat sebagai pemimpin politik Melayu di Kuching, nampaknya berdiam diri sejak kebelakangan ini, dan lebih menumpukan kepada tugas menterinya.
Johari dan Naib Presiden kanan PBB, Datuk Adenan Satem kini dikatakan bersaing untuk mengisi jawatan ketua menteri selepas persaraan Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Adenan dikatakan menjadi pilihan Taib untuk mengisi jawatan tersebut.
Menurut desas-desus dalam PBB, dua penolong menteri berkenaan akan digantikan oleh orang Adenan dalam apa yang dilihatkan oleh para pemerhati politik sebagai satu "sepak terajang politik".
Terdapat juga spekulasi yang Johari anak kepada gabenor pertama Sarawak selepas merdeka Tun Abang Haji Openg mungkin ditawarkan jawatan kanan sama ada di Kuala Lumpur ataupun di sebarang laut.
Terpinggir dalam parti
Johari tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya mengenai perkara tersebut, tetapi para penyokongnya berkata, parti masih memerlukan khidmatnya dan tidak timbul sebarang percakapan mengenai kemungkinan beliau tidak akan bertanding lagi.
"Tetapi beliau nampaknya seperti terpinggir dalam parti," kata seorang pemerhati sambil menambah, para pemimpin yang bukan kanan dalam parti, termasuk Adenan, nampaknya akan menguasai parti apabila Taib bersara nanti.
Seorang teman karib Rauf, seorang doktor yang menjadi ahli politik, berkata: "Rauf menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu."
Adenan baru-baru ini telah menghadiri majlis perkahwinan Wan Hamzah, seorang ahli perniagaan lulusan universiti, sekaligus mencetuskan desas-desus bahawa beliau kemungkinan besar dipilih sebagai calon bagi kerusi Demak Laut sekiranya Rauf digugurkan.
Sharifah terbabit dalam parti itu sejak awal tahun 70-an. Desas-desus mengatakan Timbalan Ketua Pemuda PBB Karim Hamzah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya, berminat bertanding di Samariang kawasan yang diwakili Sharifah sejak 1987.
Kedua-duanya pemimpin Melayu tetapi usia Sharifah sudah menghampiri 60 tahun, manakala Karim baru 45 tahun dan dilihat sebagai seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi. Karim seorang peguam adalah setiausaha politik kepada ketua menteri dan seorang peguam.
Kawasan Samariang terletak dalam kawasan Kuching yang majoriti penduduknya Melayu. Ia merangkumi kampung-kampung di tebing utara Sungai Perak dan dianggap sebagai kubu kuat masyarakat Melayu Kuching.
Tugas berat
Dalam pilihanraya negeri 2001, Sharifah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti besar dalam pertandingan empat penjuru yang turut membabitkan PKR, PAS dan calon bebas. Hampir 90 peratus pengundi Semariang adalah Melayu.
"Sharifah, anak perempuan kepada imam pertama di Sarawak selepas merdeka, sangat aktif dalam kawasannya dan popular di kalangan wanita Melayu di Kuching," kata seorang ahli parti.
"Tetapi beliau menyedari, dengan umurnya yang semakin lanjut dan terdapat ramai pemimpin muda, beliau telah membayangkan hasratnya menyerahkan kepada pihak parti untuk memutuskan sama ada mahu mencalonnya," tambahnya.
PBB, parti tulang belakang empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak, mungkin merupakan satu-satunya parti yang tidak dapat ditewaskan di kesemua 27 kerusi Malay/Melanau, daripada 71 kerusi yang akan dipertanding dalam pilihanraya negeri akan datang.
Parti dominen Melayu PKR dan PAS pada umumnya berdepan dengan tugas amat berat jika mahu menewaskan mana-mana calon PBB.

View Comments0