Dikotomi menteri-menteri Islam dan bukan Islam?
Lee Ban ChenDiterbitkan: Jan 25, 2006 6:24 AM | Dikemas kini: Jan 29, 2008 10:21 AM
Episod sembilan menteri bukan Islam menghantar dan menarik balik memorandum berhubung pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, berkaitan bidangkuasa Mahkamah sivil dan Mahkamah Syariah, telah membawa implikasi penting dalam perkembangan politik tanahair, khasnya dalam falsafah "politik muafakat" Barisan Nasional.
Tidak dapat dinafikan bahawa kes M Moorthy - seperti diakui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri - telah menimbulkan tanda-tanda kekeliruan dalam undang-undang, malah dalam perlembagaan sedia ada.

Kata beliau, banyak yang perlu diperjelaskan dalam soal undang-undang dan perlembagaan supaya tidak ada kekeliruan yang timbul.
"Soal apa tindakan yang perlu kita ambil dari segi undang-undang itu adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, yang penting kita harus melakukan perkara ini secara berhati-berhati, supaya kita bagi keadilan kepada semua," tegas beliau.
Justeru, sebelum itu Kabinet mengarahkan Peguam Negara mengkaji undang-undang sedia ada serta Perlembagaan untuk melihat sama ada perlu dibuat sebarang perubahan atau penjelasan, termasuk mengkaji sama ada undang-undang sekarang tidak memberikan sebarang ruang kepada Mahkamah Sivil mendengar perkara membabitkan Islam atau ia berpunca daripada hakim Mahkamah Sivil yang keberatan menggunakan kuasanya.
Pada 14 Januari, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga berjanji kerajaan akan membuat keputusan yang memberi kepuasan kepada semua pihak tanpa menjejaskan kedudukan undang-undang Islam yang ditadbir Mahkamah Syariah.
Ini menunjukkan kerajaan sedang mengkaji keperluan meminda undang-undang sedia ada, termasuk Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan "bagi keadilan semua".
Mencari keadilan
Mungkin didorong oleh sikap seimbang dan liberal yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dan timbalannya itu, maka Presiden MIC S Samy Vellu mengambil kesempatan untuk meminta kerajaan meminda Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan hak orang bukan Islam di negara ini lebih terpelihara.
MIC mengambil pendirian tersebut hasil pertemuan parti itu dengan Majlis Perundingan Agama Kristian, Hindu, Buddha dan Sikh. Malah, Samy Vellu berjanji akan mengambil inisiatif untuk membincang isu yang sama dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting serta beberapa menteri bukan Islam yang lain.
Jika Samy Vellu mengambil inisiatif seperti yang dijanjikan, maka kepada Ong Ka Ting, ia umpama 'orang mengantuk disorongkan bantal', kerana MCA selama ini dibidas masyarakat Cina sebagai parti yang selalu lari daripada realiti politik.
Sungguhpun MCA mendakwa parti itu mewakili kepentingan kaum Cina, tetapi ia dianggap selalu tunduk kepada dasar, kemahuan dan tekanan Barisan Nasional/Umno.
Mungkin Ka Ting menganggap kali ini adalah peluang terbaik untuknya menunjukkan "keberanian" partinya dalam mempertahankan hak bukan Islam. Oleh itu, tindakan sembilan menteri terbabit menghantar memorandum tersebut, adalah suatu perbuatan oportunis yang tidak diduga akan terkena batang hidung sendiri.
Atas nasihat Perdana Menteri, mereka menarik balik serta merta memorandum tersebut - malah berterima kasih kepada beliau kerana sudi memaafkan keterlanjuran mereka itu - membuktikan mereka sebenarnya tidak berani memberi "tekanan"kepada Perdana Menteri.
Perbuatan luar biasa
Tidak perlu dipertikaikan bahawa tindakan menteri berkenaan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri itu adalah perbuatan "luar biasa", kerana siapakah yang tidak tahu saluran yang betul ialah dengan membincangnya dalam mesyuarat Kabinet yang diadakan setiap minggu?
Perbuatan "luar biasa" sembilan menteri berkenaan, bukan saja memberi persepsi, tetapi membuktikan realiti wujudnya dikotomi antara menteri beragama Islam dengan bukan Islam. Malahan pihak bukan Islam berasa perlu menegaskan pendirian mereka secara terbuka - walaupun secara oportunis - kerana tersalah sangka yang kerajaan akan meminda Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Di satu pihak, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa menteri bukan Islam bebas mengemukakan sebarang cadangan dalam Kabinet, tetapi di pihak yang lain, beliau menegaskan pula Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan itu tidak akan dipinda.
Ini bermakna meskipun semua menteri bukan Islam berpendapat Perkara 121(1A) perlu dipinda, pandangan mereka juga tidak akan diendahkan. Menurut retorik politik Barisan Nasional / Umno, isu ini sudah "selesai"!
Perkembangan terbaru ini sekali lagi menunjukkan kebankrapan "politik muafakat" Barisan Nasional yang kononnya mengambil kira pandangan semua pihak dan semua keputusan dicapai melalui permuafakatan. Kongsi kuasa Umno berasaskan kaum rasanya hanya satu mitos.
Lebih membimbangkan, dikotomi Islam bukan Islam mungkin bukan sahaja berlaku antara menteri-menteri saja, tetapi melintasi seluruh masyarakat. Kini menteri, badan bukan kerajaan, dan parti-parti Melayu/Islam, seolah-olah sudah mengetepikan perbezaan ideologi dan bersatu untuk menentang sebarang pindaan terhadap Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Yang menyedihkan ialah bukan saja orang politik mempergunakan isu agama, pemimpin agama juga tidak menghormati prinsip dan hak kebebasan beragama dalam erti kata sebenarnya.
Hingga sekarang, badan agama Islam masih belum mengambil bahagian dalam mana-mana badan perundingan antara agama, termasuk Majlis Perundingan Agama yang sedia ada, dan juga tidak bersedia untuk menyokong penubuhan Majlis Antara Agama Malaysia (IFC) yang dicadangkan.
Tidakkah keadaan ini perlu diubah, dan dikotomi yang tidak sihat, malah merbahaya seperti itu, patut dipecahkan berasaskan prinsip kebebasan beragama dan hak asasi manusia?