Suami ugut siar gambar bogel isteri
Published: Jan 24, 2006 9:03 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Seorang lelaki merakam gambar bogel isterinya ketika mandi untuk mengugutnya agar tidak membuat laporan polis terhadap keganasan yang dilakukan terhadap wanita tersebut.

Jurucakap polis berkata, ekoran ugutan itu, wanita berumur 30 tahun itu yang bekerja sebagai operator pengeluaran, telah membuat laporan di Balai Polis Putra Heights, Puchong, semalam.
"Polis telah menahan suami wanita itu, seorang penganggur berumur 34 tahun," katanya kepada pemberita.
Menurut Bernama, lelaki itu kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan Seksyen 323 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan.
Berdasarkan laporannya, wanita itu mendakwa suaminya memukul beliau pada 10 Jan lalu di beberapa bahagian badan.
Berikutan kejadian itu, suami wanita itu dipercayai sentiasa menghantar SMS mengugutnya agar tidak melaporkan kejadian itu atau beliau akan mengedarkan rakaman bogel isterinya itu.
Menurut polis, siasatan awal mendapati wanita itu pernah menolak permintaan suaminya untuk merakamkan adegan berasmara mereka.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohd Fuad Talib mengesahkan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

View Comments0