Mengapa kerajaan begitu murah hati?
Published: Jan 24, 2006 4:47 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Terjemahan Mengapa kerajaan begitu bermurah hati sekali? Itulah soalan yang meniti di bibir pelbagai pihak berhubung pembayaran balik RM32.5 juta kepada ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad dan rakan perniagaannya bagi saham premium saham yang mereka bayar sewaktu Metro Juara mengambil alih Metramac pada 1991.
Soalan ini meniti di bibir pelbagai pihak berhubung pembayaran balik RM32.5 juta kepada Tan Sri Halim Saad dan rakan perniagaannya bagi saham premium saham sewaktu Metro Juara mengambil alih Metramac.
Terjemahan Mengapa kerajaan begitu bermurah hati sekali? Itulah soalan yang meniti di bibir pelbagai pihak berhubung pembayaran balik RM32.5 juta kepada ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad dan rakan perniagaannya bagi saham premium saham yang mereka bayar sewaktu Metro Juara mengambil alih Metramac pada 1991.
Pengakuan Halim bahawa kerajaan bersetuju membayar balik jumlah puluhan juta ringgit itu, perlu disiasat sepenuhnya berhubung urusan perniagaan di antara konglomerat, Renong-UEM, dengan pihak kerajaan sejak 1985, kata seorang pemimpin pembangkang.
"Soalan saya, 'bagaimanakah anda boleh mendapat pembayaran balik bagi premium yang anda bayar bagi saham yang anda beli?'" soal Pengerusi Biro Kewangan dan Ekonomi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Rhman Othman.
Menurutnya, harga premium adalah jumlah yang dibayar di atas nilai par saham, nilai bersih buku atau nilai pasaran saham sebagai tanda penghargaan atau untuk tujuan penguasaan syarikat atau kerana jangkaan positif pasaran syarikat sasaran seperti Metramac.
Dan premium ini, katanya, dipersetujui atas dasar persetujuan bersama pihak pembeli dan penjual.
Oleh itu, katanya, Halim kini tidak boleh mengatakan yang dia keberatan (untuk membayarnya) ketika itu dan dia berbuat demikian kerana dipujuk oleh pihak kerajaan supaya melangsaikan harga belian tersebut.
Persoalannya, tambah Abdul Rahman, ialah mengapa pihak kerajaan membayar balik wang itu kepadanya sedang Halim telah menguasai Metramac sepenuhnya?
"Mengapa kerajaan begitu bermurah hati sekali?"soalnya lagi.
Halim, Daim dikaitkan
Skandal Metramac tercetus berikutan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang mengaitkan penamatan kontrak syarikat konsesi tol STKG dengan Halim dan bekas rakan perniagaannya Datuk Anuar Othman, yang didakwa melenyapkan RM32.5 juta dari Metramac.
Turut dikaitkan dalam penghakiman tersebut ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang memaklumkan kepada STKG yang kerajaan tidak mempunyai RM764 juta untuk membayar pampasan kepada syarikat tersebut berikutan penamatan kontrak tersebut.
Tidak lama selepas Metramac mengambil alih STKG dengan harga RM97.5 juta, pemilik barunya itu Halim dan Anuar telah dibayar RM756 juta pampasan walaupun sebelum itu, Daim berkata kerajaan tidak mempunyai wang tersebut.
Bagaimanapun, Halim dan Daim masing-masing telah menafitkan dakwaan tersebut.
Halim juga telah mengeluarkan kenyataan akhbar menjelaskan bahawa RM32.5 juta itu merupakan pembayaran balik oleh kerajaan selepas dia diminta mengambil alih STKG yang menghadapi masalah kewangan. Beliau juga menyertakan bersama surat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya pad tahun 1992, untuk menyokong penjelasannya itu.
'Kerajaan bersetuju'
Abdul Rahman berkata Seksyen 60 Akta Syarikat 1965 adalah "amat ketat dan spesifik" mengenai penggunaan saham premium.
Menurutnya, bayaran balik bagi saham premium kepada pemegangnya, tidak pernah dilakukan sebelum ini dan dilarang kerana ia prejudis kepada pemegang saham lain dalam syarikat terbabit.
"Undang-undang syarikat tidak membenarkan saham premium dibayar balik dalam bentuk tunai kepada pemegang saham, dan dengan itu membawa kepada pengurangan modal.
Abdul Rahman mahu tahu apa yang berlaku kepada akaun saham premium dalam Metramac.
Beliau menuduh kerajaan bersikap "bersedia" menyetujui permintaan Halim untuk mendapatkan pembayaran balik tersebut dengan menggunakan wang pembayar cukai.
"Rakyat patut tahu siapakah yang mengeluarkan arahan kepada ketua setiausaha untuk membuat pembaran balik bagi saham premium tersebut," katanya.
'Tidak pernah berlaku'
Abdul Rahman berkata, pembayaran balik kepada individu-individu "tidak pernah berlaku" kerana kerajaan biasanya berurusan dengan parti yang diberi kontrak, dan dalam kes ini, Metramac.
Katanya, beliau mendapati pewujudan saham premium amat popular di waktu kegemilangan Kumpulan Renong-UEM.
Beliau mendakwa, mereka akan menstrukturkan lapisan urusan perniagaan untuk mewujudkan saham premium.
"Saham premium itu kemudiannya digunakan untuk mengeluarkan isu bonus dan membayar dividen.," katanya. Berita asal
Pengakuan Halim bahawa kerajaan bersetuju membayar balik jumlah puluhan juta ringgit itu, perlu disiasat sepenuhnya berhubung urusan perniagaan di antara konglomerat, Renong-UEM, dengan pihak kerajaan sejak 1985, kata seorang pemimpin pembangkang.
"Soalan saya, 'bagaimanakah anda boleh mendapat pembayaran balik bagi premium yang anda bayar bagi saham yang anda beli?'" soal Pengerusi Biro Kewangan dan Ekonomi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Rhman Othman. Menurutnya, harga premium adalah jumlah yang dibayar di atas nilai par saham, nilai bersih buku atau nilai pasaran saham sebagai tanda penghargaan atau untuk tujuan penguasaan syarikat atau kerana jangkaan positif pasaran syarikat sasaran seperti Metramac.
Dan premium ini, katanya, dipersetujui atas dasar persetujuan bersama pihak pembeli dan penjual.
Oleh itu, katanya, Halim kini tidak boleh mengatakan yang dia keberatan (untuk membayarnya) ketika itu dan dia berbuat demikian kerana dipujuk oleh pihak kerajaan supaya melangsaikan harga belian tersebut.
Persoalannya, tambah Abdul Rahman, ialah mengapa pihak kerajaan membayar balik wang itu kepadanya sedang Halim telah menguasai Metramac sepenuhnya?
"Mengapa kerajaan begitu bermurah hati sekali?"soalnya lagi.
Halim, Daim dikaitkan
Skandal Metramac tercetus berikutan keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang mengaitkan penamatan kontrak syarikat konsesi tol STKG dengan Halim dan bekas rakan perniagaannya Datuk Anuar Othman, yang didakwa melenyapkan RM32.5 juta dari Metramac.
Turut dikaitkan dalam penghakiman tersebut ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, yang memaklumkan kepada STKG yang kerajaan tidak mempunyai RM764 juta untuk membayar pampasan kepada syarikat tersebut berikutan penamatan kontrak tersebut. Tidak lama selepas Metramac mengambil alih STKG dengan harga RM97.5 juta, pemilik barunya itu Halim dan Anuar telah dibayar RM756 juta pampasan walaupun sebelum itu, Daim berkata kerajaan tidak mempunyai wang tersebut.

View Comments0