Terjemahan Polis hari ini merakamkan kenyataan ahli Parlimen DAP Tan Kok Wai berhubung skandal Metramac.

Ahli Parlimen Cheras itu disoalsiasat selama hampir satu jam oleh anggota polis dari Jabatan Jenayah Komersial polis persekutuan di Kuala Lumpur.

Ketika ditemui kemudian, Tan berkata beliau disoal, antara lain, mengenai sejarah perjanjian konsesi kutipan tol tersebut.

Beliau ditemani Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang menggesa supaya diwujudkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat perkara tersebut.

Skandal itu tercetus apabila Mahkamah Rayuan, dalam penghakimannya baru-baru ini, menuduh ahli perniagaan Tan Sri Halim Said dan bekas rakan perniagaannya, Datuk Anuar Othman telah melenyapkan RM32 juta dari syarikat konsesi tol Metramac Corporation Sdn Bhd.

Turut dikaitkan ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin. Halim dan Daim telah menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Tan turut mengetuai siri bantahan ketika itu, sehingga memaksa kerajaan menghentikan kutipan tol di Jalan Cheras. Ahli Parlimen itu juga pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung peristiwa tersebut. Berita asal