Al Jazeera bahasa Inggeris beroperasi Mei ini
Beh Lih YiPublished: Jan 20, 2006 9:05 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
Terjemahan Saluran Al-Jazeera Antarabangsa (AJI) dengan Kuala Lumpur sebagai salah satu pusat penyiaran wilayahnya dijangka mula beroperasi kira-kira empat bulan lagi.
Terjemahan Saluran Al-Jazeera Antarabangsa (AJI) dengan Kuala Lumpur sebagai salah satu pusat penyiaran wilayahnya dijangka mula beroperasi kira-kira empat bulan lagi.
"Kami mensasarkan (permulaan operasi) hujung Mei ini," kata wakilnya yang berpejabat di Malaysia, Veronica Pedrosa di Forum Media Baru Asia yang pertama di Kuala Lumpur semalam.
Saluran 24 jam bagi penyiaran berita dan hal-ehwal semasa itu, merupakan rangkaian berita bahasa Inggeris yang pertama di Timur Tengah dan akan beroperasi secara berasingan daripada saluran popular Al Jazeera versi bahasa Arab.
Pusat penyiaran wilayahnya yang lain terletak di Doha (ibupejabat), London dan Washington DC.
Pedrosa berkata, Kuala Lumpur dipilih berdasarkan kepada lokasinya yang strategik di antara Sydney dan Beijing, di mana terdapat ramai penonton yang berpendidikan Inggeris.
Tiada sekatan
Menjawab soalan, beliau menafikan bahawa kerajaan Malaysia mengenakan sebarang sekatan atau syarat untuk membolehkan saluran itu beroperasi dari sini.
"Tidak ada langsung. Malah, kami diberi insentif, kami diberi status MSC (Koridor Raya Multimedia)," kata Pedrosa yang pernah bertugas dengan BBC dan CNN.
Menurutnya, berita AJI tidak akan dipancarkan secara langsung dari Kuala Lumpur, tetapi bahan beritanya akan dihantar ke ibupejabatnya di Doha terlebih dahulu dan kemudiannya dipancarkan ke seluruh dunia.
Pedrosa berkata, saluran tersebut akan menyediakan kepada penonton 'perspektif 360 darjah' mengenai peristimwa dunia tanpa bertolak ansur tentang ketepatan, objektif dan kebebasan editorialnya.
"AJI akan menjadi pesaing kepada CNN International dan BBC World tetapi rasanya kami tidak rasa ada pesaing secara langsung. Kami merupakan rangkaian global televisyen dalam bahasa Inggeris yang pertama di Timur Tengah.
"Kami unik, yang pertama seumpamanya. Kami bangga kerana beroperasai dalam suasana kebebasan akhbar di dunia Arab dan kami akan memanfaatkan kedudukan kami dan sumber-sumber global yang luas untuk menyampaikan laporan yang unik mengenai apa yang berlaku di peringkat wilayah dan di dunia," tambahnya.
Pedrosa adalah antara lima penal penceramah bertajuk 'Media Baru dan Kebebasan Akhbar'. Yang lainnya ialah Setiausaha Agung Pusat Maklumat dan Media Asia, Dr Indrajit Banerjee; blogger Jeff Ooi dan pensyarah Universiti Hong Kong, Andrew Lih.
Kongsi pengalaman
Forum dua hari itu, yang berakhir hari ini, dihadiri oleh 50 peserta dari pertubuhan 'media baru', para akademik dan wakil badan-badan bukan kerajaan.
Forum tersebut adalah anjuran bersama malaysiakini, Pusat E-Media bagi Asia Tenggara dan Yayasan media-Belanda FreeVoice.
Ketua Pegawai Operasi malaysiakini, Premesh Chandran berkata, ini adalah merupakan perhimpunan pertama perwakilan media baru untuk mengadakan perbincangan dan melihat perubahan yang dilaluinya.
Ketika ditemui, Chandran berkata sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dengan peserta datangnya dari pertubuhan-pertubuhan seperti Inter Press Service (IPS) dan Al Jazeera.
Katanya, para peserta akan menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh media baru. Berita asal
"Kami mensasarkan (permulaan operasi) hujung Mei ini," kata wakilnya yang berpejabat di Malaysia, Veronica Pedrosa di Forum Media Baru Asia yang pertama di Kuala Lumpur semalam. Saluran 24 jam bagi penyiaran berita dan hal-ehwal semasa itu, merupakan rangkaian berita bahasa Inggeris yang pertama di Timur Tengah dan akan beroperasi secara berasingan daripada saluran popular Al Jazeera versi bahasa Arab.
Pusat penyiaran wilayahnya yang lain terletak di Doha (ibupejabat), London dan Washington DC.
Pedrosa berkata, Kuala Lumpur dipilih berdasarkan kepada lokasinya yang strategik di antara Sydney dan Beijing, di mana terdapat ramai penonton yang berpendidikan Inggeris.
Tiada sekatan
Menjawab soalan, beliau menafikan bahawa kerajaan Malaysia mengenakan sebarang sekatan atau syarat untuk membolehkan saluran itu beroperasi dari sini.
"Tidak ada langsung. Malah, kami diberi insentif, kami diberi status MSC (Koridor Raya Multimedia)," kata Pedrosa yang pernah bertugas dengan BBC dan CNN.
Menurutnya, berita AJI tidak akan dipancarkan secara langsung dari Kuala Lumpur, tetapi bahan beritanya akan dihantar ke ibupejabatnya di Doha terlebih dahulu dan kemudiannya dipancarkan ke seluruh dunia.
Pedrosa berkata, saluran tersebut akan menyediakan kepada penonton 'perspektif 360 darjah' mengenai peristimwa dunia tanpa bertolak ansur tentang ketepatan, objektif dan kebebasan editorialnya.
"AJI akan menjadi pesaing kepada CNN International dan BBC World tetapi rasanya kami tidak rasa ada pesaing secara langsung. Kami merupakan rangkaian global televisyen dalam bahasa Inggeris yang pertama di Timur Tengah.
"Kami unik, yang pertama seumpamanya. Kami bangga kerana beroperasai dalam suasana kebebasan akhbar di dunia Arab dan kami akan memanfaatkan kedudukan kami dan sumber-sumber global yang luas untuk menyampaikan laporan yang unik mengenai apa yang berlaku di peringkat wilayah dan di dunia," tambahnya. Pedrosa adalah antara lima penal penceramah bertajuk 'Media Baru dan Kebebasan Akhbar'. Yang lainnya ialah Setiausaha Agung Pusat Maklumat dan Media Asia, Dr Indrajit Banerjee; blogger Jeff Ooi dan pensyarah Universiti Hong Kong, Andrew Lih.
Kongsi pengalaman
Forum dua hari itu, yang berakhir hari ini, dihadiri oleh 50 peserta dari pertubuhan 'media baru', para akademik dan wakil badan-badan bukan kerajaan.
Forum tersebut adalah anjuran bersama malaysiakini, Pusat E-Media bagi Asia Tenggara dan Yayasan media-Belanda FreeVoice.
Ketua Pegawai Operasi malaysiakini, Premesh Chandran berkata, ini adalah merupakan perhimpunan pertama perwakilan media baru untuk mengadakan perbincangan dan melihat perubahan yang dilaluinya. Ketika ditemui, Chandran berkata sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dengan peserta datangnya dari pertubuhan-pertubuhan seperti Inter Press Service (IPS) dan Al Jazeera.
Katanya, para peserta akan menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh media baru. Berita asal
View Comments0

