Kami tetap tunggu tanah, kata dua warga setinggan Sg Buloh
Pauline PuahPublished: Jan 20, 2006 3:11 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Terjemahan Perjuangan mereka sudah berlanjutan selama 14 tahun tetapi S Muniandy dan P Dharmarja tidak pernah berputus asa walaupun sesetengah penduduk setinggan terbabit sudah berubah fikiran.
Perjuangan mereka sudah berlanjutan selama 14 tahun tetapi S Muniandy dan P Dharmarja tidak akan berputus asa, walaupun sesetengah penduduk setinggan terbabit sudah berubah fikiran.
Terjemahan Perjuangan mereka sudah berlanjutan selama 14 tahun tetapi S Muniandy dan P Dharmarja tidak pernah berputus asa walaupun sesetengah penduduk setinggan terbabit sudah berubah fikiran.
Muniandy, seorang pemandu teksi yang kini berusia 55 tahun, mengetuai sekumpulan penduduk setinggan yang terbabit dalam pertelingkahan perundangan dengan kerajaan negeri Selangor selepas diusir dari rumah mereka di sepanjang landasan keretapi di Sungai Buloh pada 1992.
Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka telah berubah fikiran dan menerima tawaran rumah kos rendah oleh kerajaan negeri.
Semua itu tidak mematahkan semangat Muniandy. "Tidak kira apa pun, saya tetap mahukan tanah saya," katanya ketika dihubungi.
Begitu juga dengan Dharmaraja, 42, yang menegaskan bahawa beliau sekeluarga akan meneruskan perjuangan tersebut.
Mungkir janji?
Berikutan pengusiran mereka, penduduk setinggan terbabit dijanjikan tanah di Matang Pagar, juga terletak di Sungai Buloh, bagi membina rumah mereka sendiri. Tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan.
Pada tahun 1996, mereka mendapat tahu yang kawasan yang dijanjikan kepada mereka itu, telah dibersihkan oleh sebuah syarikat pemaju untuk membina rumah kos rendah untuk dijual kepada penduduk setinggan pada harga RM17,000 seunit.
Apabila membuat bantahan kepada Menteri Besar ketika itu, Datuk Abdu Hassan Omar, mereka diberitahu, penduduk yang mahukan tanah, masih akan memperolehinya manakala yang lainnya boleh memilih untuk membeli rumah tersebut.
Bagaimanapun, projek perumahan tersebut tergendala dan penduduk terbabit tinggal dalam keadaan yang tidak menentu sejak bertahun-tahun lalu.
Pada tahun 2000, mereka mendapat tahu yang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulakan pembinaan rumah kos rendah di tapak yang sama.
Kecewa kerana telah terlalu lama menanti, sebahagian penduduk setinggan terbabit bersetuju membeli rumah tersebut, kali ini harganya RM28,000 seunit.
Bagaimanapun, 72 daripada penduduk terbabit, masih mahukan tanah dan mengemukakan tuntutan kepada kerajaan negeri, Pejabat Tanah dan Galian serta pentadbir tanah dan galian Gombak. Kes tersebut menunggu perbicaraan.
Kemudiannya, Menteri Besar Selangor sekarang, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan mendapat tanah tersebut.
Beri tempoh sebulan
Semalam, penduduk terbabit yang memilih untuk membeli rumah berkenaan, gembira apabila mendapat tahu yang projek tersebut telahpun disiapkan.
Tetapi bagi Muniandy dan Dharmaraja, harapan mereka untuk mendapat tanah kini semakin pudar apabila pejabat daerah Gombak memberi kata-dua kepada mereka dan diberi tempoh sebulan untuk membuat keputusan.
"Jika mereka tidak menerima tawaran (rumah) itu dalam tempoh sebulan mulai 19 Januari, bermakna mereka menolak tawaran tersebut.
"Pihak kerajaan telah meminta mereka membuat pilihan sama ada menerima tawaran rumah atau diberi tanah tanpa sebarang kemudahan asas dan dikelilingi batu-batu besar. Keputusan itu di tangan mereka," kata Pegawai Daerah Gombak Tarmedi kepada Bernama.
Namun, semua ini tidak dapat mengubah pendirian Muniandy dan Dharmaraja.
"Jika mahu, kita sudahpun menerima tawaran rumah tersebut sekarang. Mengapa perlu menunggu hampir 15 tahun dan baru sekarang kata mahukan rumah," kata Muniandy.
Beliau mengakui, sebahagian daripada penduduk yang pada mulanya berjuang bersama mereka, kini sudah berubah fikiran selepas melihat rumah tersebut siap dibina.
"Saya tahu sesetengah daripada mereka telah 'lari' ke sana. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Kita tida boleh paksa mereka untuk terus bersama kita. Itu pilihan mereka. Tetapi saya tetap akan tunggu," tegasnya.
Muniandy, yang mengalami sakit jantung, percaya beliau akan mendapat keadilan di mahkamah.
"Saya akan tunggu keputusan mahkamah. Kita tidak akan berputus asa. Apakah anda rasa tidak malu jika kita mengaku kalah untuk mendapatkan apa yang kita perjuangkan selama ini? Saya tidak mahu mengecewakan para peguam kami," tambahnya.
'Kami telah ditipu'
Bagi Dharmaraja, beliau akan tetap dengan pendiriannya dan tidak akan sekali-kali berubah fikiran.
"Biarlah hanya tinggal 10 atau lima orang sahaja yang bersama kami, saya tetap akan tunggu (mendapatkan tanah). Saya telah memberitahu anak sulung saya, selepas saya mati, dia mesti meneruskan usaha mendapatkan tanah itu untuk keluarga kami.
"Mereka (kerajaan) telah berjanji (memberi tanah). Kami telah ditipu," kata Dharmaraja yang bertugas sebagai operator mesin dan mempunyai lima orang anak berumur tujuh hingga 14 tahun.
Dalam satu perkembangan berkaitan, penasihat badan bukan kerajaan Persatuan Masyarakat dan Wilayah Persekutuan (Permas), James Lee turut mengkritik kerajaan negeri.
"Menurut mereka, tanah itu penuh dengan batu besar...jadi tiada gunanya diberi kepada penduduk setinggan itu. Kalau inilah halnya, mengapa mereka membina rumah di tanah tersebut?
"Kes ini masih menunggu perbicaraan di mahkamah. Jadi bagaimana rumah itu dibina. Ini menghina mahkamah. Atau adakah mereka (kerajaan negeri) lebih tinggi daripada undang-undang?" soal Lee yang turut membantu penduduk terbabit di peringkat awal kes mereka dahulu.
Tarmedi tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenainya. Berita asal
Muniandy, seorang pemandu teksi yang kini berusia 55 tahun, mengetuai sekumpulan penduduk setinggan yang terbabit dalam pertelingkahan perundangan dengan kerajaan negeri Selangor selepas diusir dari rumah mereka di sepanjang landasan keretapi di Sungai Buloh pada 1992. Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka telah berubah fikiran dan menerima tawaran rumah kos rendah oleh kerajaan negeri.
Semua itu tidak mematahkan semangat Muniandy. "Tidak kira apa pun, saya tetap mahukan tanah saya," katanya ketika dihubungi.
Begitu juga dengan Dharmaraja, 42, yang menegaskan bahawa beliau sekeluarga akan meneruskan perjuangan tersebut.
Mungkir janji?
Berikutan pengusiran mereka, penduduk setinggan terbabit dijanjikan tanah di Matang Pagar, juga terletak di Sungai Buloh, bagi membina rumah mereka sendiri. Tetapi semua itu tidak menjadi kenyataan.
Pada tahun 1996, mereka mendapat tahu yang kawasan yang dijanjikan kepada mereka itu, telah dibersihkan oleh sebuah syarikat pemaju untuk membina rumah kos rendah untuk dijual kepada penduduk setinggan pada harga RM17,000 seunit. Apabila membuat bantahan kepada Menteri Besar ketika itu, Datuk Abdu Hassan Omar, mereka diberitahu, penduduk yang mahukan tanah, masih akan memperolehinya manakala yang lainnya boleh memilih untuk membeli rumah tersebut.
Bagaimanapun, projek perumahan tersebut tergendala dan penduduk terbabit tinggal dalam keadaan yang tidak menentu sejak bertahun-tahun lalu.
Pada tahun 2000, mereka mendapat tahu yang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulakan pembinaan rumah kos rendah di tapak yang sama.
Kecewa kerana telah terlalu lama menanti, sebahagian penduduk setinggan terbabit bersetuju membeli rumah tersebut, kali ini harganya RM28,000 seunit.
Bagaimanapun, 72 daripada penduduk terbabit, masih mahukan tanah dan mengemukakan tuntutan kepada kerajaan negeri, Pejabat Tanah dan Galian serta pentadbir tanah dan galian Gombak. Kes tersebut menunggu perbicaraan.
Kemudiannya, Menteri Besar Selangor sekarang, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan mendapat tanah tersebut.
Beri tempoh sebulan
Semalam, penduduk terbabit yang memilih untuk membeli rumah berkenaan, gembira apabila mendapat tahu yang projek tersebut telahpun disiapkan.
Tetapi bagi Muniandy dan Dharmaraja, harapan mereka untuk mendapat tanah kini semakin pudar apabila pejabat daerah Gombak memberi kata-dua kepada mereka dan diberi tempoh sebulan untuk membuat keputusan. "Jika mereka tidak menerima tawaran (rumah) itu dalam tempoh sebulan mulai 19 Januari, bermakna mereka menolak tawaran tersebut.
"Pihak kerajaan telah meminta mereka membuat pilihan sama ada menerima tawaran rumah atau diberi tanah tanpa sebarang kemudahan asas dan dikelilingi batu-batu besar. Keputusan itu di tangan mereka," kata Pegawai Daerah Gombak Tarmedi kepada Bernama.
Namun, semua ini tidak dapat mengubah pendirian Muniandy dan Dharmaraja.
"Jika mahu, kita sudahpun menerima tawaran rumah tersebut sekarang. Mengapa perlu menunggu hampir 15 tahun dan baru sekarang kata mahukan rumah," kata Muniandy.
Beliau mengakui, sebahagian daripada penduduk yang pada mulanya berjuang bersama mereka, kini sudah berubah fikiran selepas melihat rumah tersebut siap dibina.
"Saya tahu sesetengah daripada mereka telah 'lari' ke sana. Saya tidak dapat berbuat apa-apa. Kita tida boleh paksa mereka untuk terus bersama kita. Itu pilihan mereka. Tetapi saya tetap akan tunggu," tegasnya.
Muniandy, yang mengalami sakit jantung, percaya beliau akan mendapat keadilan di mahkamah.
"Saya akan tunggu keputusan mahkamah. Kita tidak akan berputus asa. Apakah anda rasa tidak malu jika kita mengaku kalah untuk mendapatkan apa yang kita perjuangkan selama ini? Saya tidak mahu mengecewakan para peguam kami," tambahnya. 'Kami telah ditipu'
Bagi Dharmaraja, beliau akan tetap dengan pendiriannya dan tidak akan sekali-kali berubah fikiran.
"Biarlah hanya tinggal 10 atau lima orang sahaja yang bersama kami, saya tetap akan tunggu (mendapatkan tanah). Saya telah memberitahu anak sulung saya, selepas saya mati, dia mesti meneruskan usaha mendapatkan tanah itu untuk keluarga kami.
"Mereka (kerajaan) telah berjanji (memberi tanah). Kami telah ditipu," kata Dharmaraja yang bertugas sebagai operator mesin dan mempunyai lima orang anak berumur tujuh hingga 14 tahun.
Dalam satu perkembangan berkaitan, penasihat badan bukan kerajaan Persatuan Masyarakat dan Wilayah Persekutuan (Permas), James Lee turut mengkritik kerajaan negeri. "Menurut mereka, tanah itu penuh dengan batu besar...jadi tiada gunanya diberi kepada penduduk setinggan itu. Kalau inilah halnya, mengapa mereka membina rumah di tanah tersebut?

View Comments0