PAS desak kerajaan umum hasil sisatan MRR2
Muda Mohd NoorPublished: Jan 18, 2006 11:05 AM | Updated: Jan 29, 2008 10:21 AM
PAS mendesak kerajaan mendedahkan laporan awal mengenai kerosakan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kepada umum bagi mengetahui kedudukan sebenar tahap keselamatan lebuhraya itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, orang ramai juga ingin tahu mengenai siasatan yang dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap lebuhraya itu.
Beliau mendakwa, laporan awal mengenai kerosakan MRR2 yang dibuat oleh perunding Halcrow Group Limited dari Britain tidak diumumkan kerana laporan tersebut banyak mendedahkan kelemahan struktur pembinaannya.
Sebaliknya, katanya, kerajaan meminta perunding berkenaan membuat laporan kedua yang menjadi asas kepaada Kementerian Kerjaraya untuk membuka semula MRR itu kepada awam.
"Mengapa kerajaan mengabaikan laporan awal sedangkan ini berhubungkait dengan soal keselamatan pengguna jalan raya?
"Saya mendapat tahu laporan awal itu mendedahkan banyak penyelewengan dalam rekabentuk dan struktur pembinaan MRR2 sehingga menyebabkan ia terpaksa ditutup beberapa bulan.
"Laporan awal itu juga mendedahkan retakan pada MRR2 menjadi semakin besar
setiap hari dan tidak boleh diperbaikinya dengan sekadar memasang hamparan kaca," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Mahfuz yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS berkata, BPR telah menyiasat mengenai MRR2 sejak 18 Ogos lalu tetapi sehingga kini tidak diketahui status siasatannya.
"Apakah hasil siasatan tersebut? Ia perlu diumumkan kepada orang ramai kerana ia membabitkan nyawa mereka," katanya.
Jaminan keselamatan
Bekas Ketua Pemuda PAS Pusat itu hairan mengapa kerajaan melupuskan jaminan keselamatan kontraktor utama, Bumi Hiway (M) Sdn Bhd terhadap lebuhraya itu.
Katanya, apa istimewanya Bumi Hiway untuk mendapatkan kelebihan itu sedangkan kerajaan memberi peruntukan tambahan RM20 juta kepada kontraktor itu.
"Kini tanggungjawab mengenai keselamatan MRR2 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan walaupun ia merupakan tanggungjawab kontraktor," katanya lagi.
Mahfuz juga bertanya apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan ke atas jurutera perunding struktur - Maunsel, Sharma & Zakaria Sdn Bhd yang bertanggungjawab penuh terhadap rekabentuk.
Katanya, rakyat sangat bimbang dengan cara kementerian menangani masalah rekahan MRR2 ini kerana tiada jaminan keselamatan diberikan kepada para pengguna laluan itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang hadir sama dalam sidang media itu mendakwa isu MRR2 telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam sidang parlimen sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Samy Vellu menjawab: "Saya menteri saya tahu ia selamat atau tidak."
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, orang ramai juga ingin tahu mengenai siasatan yang dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap lebuhraya itu. Beliau mendakwa, laporan awal mengenai kerosakan MRR2 yang dibuat oleh perunding Halcrow Group Limited dari Britain tidak diumumkan kerana laporan tersebut banyak mendedahkan kelemahan struktur pembinaannya.
Sebaliknya, katanya, kerajaan meminta perunding berkenaan membuat laporan kedua yang menjadi asas kepaada Kementerian Kerjaraya untuk membuka semula MRR itu kepada awam.
"Mengapa kerajaan mengabaikan laporan awal sedangkan ini berhubungkait dengan soal keselamatan pengguna jalan raya?
"Saya mendapat tahu laporan awal itu mendedahkan banyak penyelewengan dalam rekabentuk dan struktur pembinaan MRR2 sehingga menyebabkan ia terpaksa ditutup beberapa bulan.
"Laporan awal itu juga mendedahkan retakan pada MRR2 menjadi semakin besar
setiap hari dan tidak boleh diperbaikinya dengan sekadar memasang hamparan kaca," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini. Mahfuz yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS berkata, BPR telah menyiasat mengenai MRR2 sejak 18 Ogos lalu tetapi sehingga kini tidak diketahui status siasatannya.

View Comments0