Anwar hadapi risiko lumpuh
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengalami sakit belakang mungkin akan lumpuh jika pembedahan untuk merawat bahagian badannya itu gagal, dakwa isterinya Dr Wan Azizah Ismail hari ini.
"Pembedahan (tulang belakang) seumpama itu adalah berisiko tinggi, termasuk boleh mengakibatkan lumpuh," kata Presiden Parti Keadilan Nasional itu dalam satu kenyataan kepada malaysiakini awal pagi ini.
Sekumpulan pakar Hospital Kuala Lumpur yang menyelia Anwar sejak dimasukkan ke situ 25 November lalu memutuskan Khamis lalu bahawa bekas pemimpin negara itu memerlukan pembedahan, jelasnya.
"Mereka mencadangkan pembedahan tulang belakang (Anwar) dijalankan sekitar minggu depan," kata Wan Azizah lagi.
"Dalam keadaan sekarang, Anwar terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat."

Sementara agensi berita AFP semalam melaporkan Anwar percaya serangan yang dilakukan oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998 "boleh menjadi satu daripada punca kesakitan belakangnya."
Menurut laporan itu lagi, yang memetik kenyataan seorang peguam bekas pemimpin Umno itu Sankara Nair, Anwar masih menimbangkang saranan tujuh doktor pakar itu dan akan membincangkan hal itu dengan anggota keluarganya.
Anwar sepatutnya menghadiri rayuan kes rasuahnya di Mahkamah Persekutuan pada Isnin depan. Kesakitan itu mendorong peguam-peguamnya memohon kes itu ditangguhkan.
Budi bicara Penjara
Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun bagi setiap satu daripada empat pertuduhan rasuah dan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh keputusan pada 14 April tahun lalu.
Dalam kenyataan yang sama, Wan Azizah juga menyatakan rasa kesal terhadap kawalan ketat pihak keselamatan penjara.
"Penjara masih mengenakan prosedur yang tidak munasabah dan terlalu membataskan masa melawat," katanya, sambil memohon pihak itu menggunakan budi bicara atas prinsip kemanusiaan.
Semalam, kira-kira 500 penyokong Anwar berkumpul di perkarangan hospital dan berbuka puasa beramai-ramai untuk menyatakan sokongan kepada pemimpin mereka yang sedang dirawat.
Mereka mula berkumpul sekitar jam 6 petang dan melaung selogan reformasi, selain berdoa, sebelum bersurai selepas sembahyang Mahgrib.
Perhimpunan ini diadakan bagi kali kedua dalam tempoh seminggu.
Foto bawah ehsan laman web Komentar