Ahli perbankan: Proton bernasib baik sempat jual MV Agusta
Sungguhpun banyak pihak mempersoalkan sebab Proton Holdings Bhd yang baru-baru ini menjual MV Agusta pada harga hanya satu euro (kira-kira RM4.50), maklumat yang diperolehi daripada mereka yang mempunyai maklumat mengenai urus niaga itu, menyatakan Proton perlu berbuat demikian dengan segera bagi menyahkan masalah yang datang bersama pembuat motosikal Itali itu.
Sungguhpun banyak pihak mempersoalkan sebab Proton Holdings Bhd yang baru-baru ini menjual MV Agusta pada harga hanya satu euro (kira-kira RM4.50), maklumat yang diperolehi daripada mereka yang mempunyai maklumat mengenai urus niaga itu, menyatakan Proton perlu berbuat demikian dengan segera bagi menyahkan masalah yang datang bersama pembuat motosikal Itali itu.
Masalahnya mudah: Agusta yang mempunyai masalah kewangan yang besar, jualan yang kecil dan kos pengeluaran yang kian meningkat, juga perlu menjelaskan dalam tempoh terdekat bayaran ansuran sebelum terlepas berbuat demikian kepada salah satu bank pemberi kreditnya. Ansuran itu dipercayai bernilai lebih 10 juta euro.
"Padah yang menanti jika terlepas membuat ansuran bagi hutang yang telah dibekukan itu, secara automatik akan menyebabkan berlaku kegagalam umum pembayaran ansurannya terhadap keseluruhan pakej pinjaman itu. Ini boleh menyebabkannya berada dalam keadaan muflis dan pada tahap itu, satu europun tidak berguna lagi," kata seorang ahli perbankan Eropah yang terbabit dalam penjualan MV Agusta.
Katanya, penjualan pegangan 58 peratus Proton dalam Agusta kepada Gevi SpA pada harga satu euro tidak mengejutkan kalangan kewangan antarabangsa.
"Proton bernasib baik dapat menjual Agusta pada harga token satu euro kepada Gevi kerana bank-bank yang meminjamkan wang kepada pengeluar motosikal itu beranggapan sahamnya tidak bernilai," kata ahli perbankan yang bekerja dengan kumpulan perkhidmatan kewangan Switzerland itu.
Menurut laporan Bernama, Agusta telah memohon suntikan modal tambahan untuk memastikan ia terapung apabila bank-bank pemberi kreditnya enggan menyediakan lagi sebarang kredit.
Kredit tambahan
"Apabila pengurusan Proton menawarkan saham Agusta bagi disandarkan kepada bank-bank Agusta, mereka diberitahun saham-saham itu tidak bernilai. Ini telah merubah segala-galanya.
"Jika Proton terus memegang kepentingan dalam Agusta, ia perlu memasukkan lebih banyak dana sebagai tambahan kepada 100 juta euro yang telah dibelanjakan dalam syarikat itu," kata ahli perbankan itu.
Beliau mendedahkan bahawa bank-bank kreditor Agusta telah bersedia untuk menutupnya jika perkara itu berlaku dan undang-undang Itali akan menetapkan Proton sebagai bertanggungjawab terhadap kesemua liabiliti luar jangka.
Walaupun Proton Capital, sebuah anak syarikat Proton Holdings memiliki Agusta, undang-undang Itali membenarkan pemberi kredit dan bank-bank untuk mendapatkan pemilik benefisiasi - yang bermakna Proton Holdings akan dikatakan "liable".
"Tambahan pula, beberapa orang pengarah Agusta telah berubah sikap dan mahukan firma itu mengemukakan langkah kebengkarapan awal. Ini hanya menunggu masa sahaja lagi," kata ahli itu.
Pengemukaan kebengkrapan itu tidak dapat dielakkan lagi. Proton mesti memuktamadkan segera jualan kepada pembeli yang bersedia untuk mengambil alih Agusta yang telah tenat dan menyuntik tunai, bagi menghidupkan semula talian kredit dan mengambil alih kesemua liabiliti luar jangka sambil melepaskan Proton daripada sebarang tuntutan pada pemberi kredit Agusta.
"Gevi adalah satu-satunya pelabur kewangan yang kredible yang bersedia untuk mengambil risiko menyetujui kesemua syarat itu. Di bawah jaminan Gevi, bank-bank berkenaan akan bersedia untuk memberikan semula talian kredit euro," katanya.
Timbunan hutang
Timbunan hutang Agusta telah melebihi 100 juta euro dan memerlukan modal kerja tambahan 32 juta euro. Bagi 15 bulan berakhir 31 Mac, 2005, Agusta mencatatkan kerugian bersih 29 juta euro.
Agihan kerugian bersih Proton yang merupakan 57.75 peratus berjumlah 16.75 juta euro.
Proton telah memberi Agusta wang lebih 70 juta euro seperti yang dilaporkan, menyediakan 29 juta euro pendahuluan tunai untuk mengeluarkan syarikat Itali itu daripada masalah.
Agusta telah mengheret Proton untuk mengalami kerugian bagi pertama kali dalam tempoh setu dekad. Proton telah mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM154.3 juta bagi suku kedua tahun fiskal berakhir 30 Sept, 2005, ekoran hutang lapuk Agusta.
Pada Disember 2005, lembaga pengarah Proton telah meluluskan Agusta kepada Gevi pada harga satu euro, yang menjadikan transaksi itu sebagai kerugian terbesarnya dalam satu pelaburan tunggal.
Proton mendapatkan Agusta pada harga RM503 juta yang termasuk kos pengambialihan sebanyak RM367 juta dalam 2004.
Penjualan pengeluar motosikal Itali itu tidak akan memberi kesan kepada imbangan pembayaran Proton kerana ia telah melupuskan pelaburan itu.

