Perkara 121: PM diminta jangan tunduk pada desakan
Muda Mohd NoorPublished: Jan 16, 2006 5:02 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Perdana Menteri tidak perlu tunduk kepada desakan kumpulan tertentu yang mahukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana ia jelas mencampuri urusan agama Islam di negara ini, kata Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub.
Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub menggesa Perdana Menteri supaya jangan tunduk kepada desakan supaya dipinda Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan kerana mencampuri urusan agama Islam.
Perdana Menteri tidak perlu tunduk kepada desakan kumpulan tertentu yang mahukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dipinda kerana ia jelas mencampuri urusan agama Islam di negara ini, kata Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian berkata, semua pihak, sama ada orang Islam atau bukan Islam, tidak wajar mencampuri urusan agama lain.
Berucap di majlis makan malam anjuran bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Ibrahim Ali di ibu negara malam tadi, Salahudin bimbang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan tunduk kepada desakan tersebut kerana beliau telah memberi jaminan akan mengkaji perkara itu.
Beliau hairan mengapa, setelah negara 48 tahun merdeka, masih ramai rakyat tidak mahu menghormati kontrak sosial itu sehingga menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.
Berikutan itu, beliau menyarankan supaya Kementerian Pelajaran memasukkan matapelajaran mengenai perkara tersebut dalam sukatan pelajaran di sekolah.
Perkara 121 (1A) antara lain menetapkan, mahkamah sivil tidak boleh mencampuri urusan atau keputusan mahkamah syariah. Ia menjadi kontroversi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini memutuskan tidak boleh mencampuri urusan mahkamah syariah berkaitan pengisytiharan keislaman bekas wira Everest, M. Moorthy.
Salahuddin khuatir jika orang bukan Islam mencampuri urusan yang berkaitan dengan agama Islam, maka akan timbul salahfaham dan kemarahan di kalangan orang Islam kelak.
"Umat Islam ada maruah dan maruah yang paling tinggi bagi mereka ialah agama mereka, " katanya.
Hadir sama bekas Menteri Pertanian, Datuk Abdul Manan Osman, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad dan kira-kira 70 tetamu lain.

View Comments0