Proton jadi sasaran lagi...
Terjemahan Tidak pun lama selepas syarikat kereta nasional Proton menjadi sasaran apabila menjual syarikat motosikal MV Agusta pada harga RM4.50, ia kini menjadi tumpuan lagi berikutan kejatuhan harga sahamnya.
Terjemahan Tidak pun lama selepas syarikat kereta nasional Proton menjadi sasaran apabila menjual syarikat motosikal MV Agusta pada harga RM4.50, ia kini menjadi tumpuan lagi berikutan kejatuhan harga sahamnya.
Jumaat lalu, saham Proton jatuh lebih 11 peratus, atau 70 sen, kepada RM5.65 harga terendah dalam tempoh empat tahun selepas Volkswagen (VW) memberhentikan rundingan dengan Proton untuk memasang dan menjual kereta jenama VW di pasaran tempatan.
Berikutan itu, parti pembangkang, DAP, mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mendapatkan penjelasan terperinci daripada pihak pengurusan Proton berhubung keputusan VW membatalkan rancangan kerjasama strategik dengan Proton itu.
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menyifatkan sebagai tidak munasabah dan tidak bertanggungjawab bagi Proton mengatakan yang ia tidak menyedari dan tetperanjat dengan keputusan VW itu.
Katanya, kenyataan Proton yang pihaknya tidak menyedari langsung hasrat VW untuk tidak meneruskan rundingan tersebut dan hanya mengetahuinya dari laporan media, mencerminkan kedudukan Proton yang dipandang rendah dalam industri automobil.
Oleh itu, katanya, layanan yang diterima Proton itu telah memburukkan lagi keadaan dan menunjukkan bahawa syarikat kereta nasional itu sedang dilanda krisis.
Mahu kuasai Proton
Ketika harga saham Proton jatuh Jumaat lalu, Proton, dalam satu kenyataan, memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa rundingan perkongsiaan itu tidak menjadi kenyataan kerana ia tidak dapat memenuhi permintaan VW syarikat kereta keempat terbesar di dunia untuk menguasai Proton.
Katanya, ini kerana tidak selaras dengan kedudukan Proton sebagai syarikat pembuat kereta nasional.
"Penjelasan tersebut mengelirukan, sedangkan tujuan mewujudkan kerjasama dan mendapat bantuan VW adalah untuk memulihkan reputasi Proton disebabkan masalah qualiti yang rendah dan kurang inovasi, sehingga ia ia tidak mampu menjual keretanya di peringkat antarabangsa dan terus kehilangan penguasaannya dalam pasaran tempatan.
"Siapakah yang mahu melabur beratus-ratus juta ringgit sekiranya Proton tidak mahu melepaskan penguasaannya?" soalnya
Katanya, rasa kurang berkeyakinan terhadap prospek masa depan Proton turut dikongsi bersama oleh para penganalisis pelaburan dan para pelabur di pasaran saham yang tidak berminat dengan saham Proton kecuali ada pihak lain yang datang menyelamatkannya.
Menurutnya, jika pihak pengurusan Proton terus menerus dihantui soal perlunya menyelamatkan maruah negara dan menjaga air muka daripada menangani isu-isu komersial dan kewangan yang melanda Proton maka tiada lagi harapan untuk menyekat Proton daripada terus menyusutkan sumber-sumber ekonomi negara.
Saham Proton jatuh 25 sen lagi, atau 4.4 peratus, kepada RM5.40 dalam urusniaga sehingga jam 3 petang ini.
Soalan Dr M belum terjawab
Menurut Lim lagi, Proton 'berhutang' penjelasan kepada rakyat Malaysia kerana Khazanah Malaysia syarikat pelaburan kerajaan mempunyai pegangan majoriti, 38 peratus, dalam syarikat kereta nasional itu.
Selain kegagalan mewujudkan kerjasama dengan VW, Proton juga belum menjawab lapan soalan yang dikemukakan oleh Penasihatnya sendiri, Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Tengku Mahaleel Tengku Ariff berhubung penjualan MV Agusta pada harga satu euro (RM4.50).
Proton telah membeli syarikat motosikal yang bermasalah itu dengan pelaburan 70 juta euro, atau RM315 juta kira-kira setahun lalu. Sejak itu, Proton terpaksa menyalurkan bantuan kewangan kepada syarikat berkenaan, dan ini telah meningkatkan kerugian Agusta kepada RM510.24 juta.
Menurut Lim, kerugiaan sehingga to RM510.24 juta dalam tempoh kurang dari setahun itu, tidak disenangi rakyat Malaysia, termasuk Mahathir dan Mahalil, yang merasakan kredibiliti, kejujuran dan integriti mereka telah dipersoalkan kerana mereka menyokong pembelian Agusta. Berita asal

