Pilihanraya Swak: Mafrel pohon lagi akreditasi dari SPR
Tony ThienPublished: Jan 11, 2006 7:04 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Terjemahan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Malaysia (Mafrel) akan mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mendapatkan akreditasi bagi memantau pilihanraya negeri Sarawak yang kesembilan.
Mafrel berkata, pihaknya berharap kali ini SPR akan bersikap lebih terbuka berbanding sewaktu berlangsungnya pilihanraya kecil Pengkalan Pasir di Kelantan baru-baru ini.

Pilihanraya negeri itu dijangka diadakan April ini lapan bulan sebelum tamat tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang.

Pengerusinya, Abd Malek Hussin berkata, pihaknya akan bersikap positif dalam berurusan dengan SPR dalam usahanya untuk memastikan pilihanraya negeri Sarawak berjalan secara bebas dan adil.
Ketika pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, SPR enggan memberi akreditasi kepada pemantau Manfrel untuk memantau aspek-aspek penting proses kempen, pengundian dan pengiraan undi.
"Mafrel berpandangan bahawa keseluruhan proses pilihanraya negeri Sarawak memerlukan pemerhatian dan pemantauan...bagi mengelak berulangnya kesalahan dan pelanggaran peraturan pilihanraya," ujarnya.
Katanya, ini kerana dalam pilihanraya negeri pada tahun 2001, sebanyak 50 aduan dibuat berdasarkan hasil kajian Pemantau Pilihanraya Sarawak.
Antara aduan tersebut, katanya, ialah dakwaan amalan rasuah, menakut-nakutkan pengundi dan gangguan ketika berkempen, yang telah menjejaskan kredibiliti proses pilihanraya.
Tiga pasukan
Mafrel merancang untuk menghantar tiga pasukan pemantau jangka panjang yang akan ditempatkan di Kuching, Sibu dan Miri.
"Kita akan memerhati dan memantau sebanyak mungkin kawasan piliharanraya sewaktu pilihanraya tersebut.
"Kita akan mendapatkan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) di Sarawak untuk mendapat sukarelawan tempatan untuk dilatih sebagai pemantau untuk bertugas sewaktu tempoh berkempen dan pada hari pengundian," katanya.
Malek melawat Sarawak tahun lalu untuk menemui pemimpin pelbagai parti politik untuk memaklumkan kepada mereka mengenai rancangan Mafrel untuk menjalankan pemerhatian komprehensif dalam pilihanraya negeri akan datang.
Sebanyak 62 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertanding dalam pilihanraya negeri Sarawak akan datang bertambah sembilan kerusi selepas pensempadanan semula kawasan pilihanraya di negeri itu. Berita asal
Pilihanraya negeri itu dijangka diadakan April ini lapan bulan sebelum tamat tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang.
Mafrel berkata, pihaknya berharap kali ini SPR akan bersikap lebih terbuka berbanding sewaktu berlangsungnya pilihanraya kecil Pengkalan Pasir di Kelantan baru-baru ini.
Pengerusinya, Abd Malek Hussin berkata, pihaknya akan bersikap positif dalam berurusan dengan SPR dalam usahanya untuk memastikan pilihanraya negeri Sarawak berjalan secara bebas dan adil. Ketika pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, SPR enggan memberi akreditasi kepada pemantau Manfrel untuk memantau aspek-aspek penting proses kempen, pengundian dan pengiraan undi.

View Comments0