1,009 'ahli MCA' mohon sertai PKR
Andrew Ong dan Kuek Ser Kuang KengPublished: Jan 11, 2006 5:07 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Terjemahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan telah menerima permohonan daripada 1,009 individu yang mendakwa ahli MCA dari pelbagai cawangan di Seberang Perai, Pulau Pinang, untuk menyertai PKR.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan menerima permohonan daripada 1,009 individu yang mendakwa ahli MCA di Seberang Perai, Pulau Pinang, untuk menyertai PKR.
Terjemahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan telah menerima permohonan daripada 1,009 individu yang mendakwa ahli MCA dari pelbagai cawangan di Seberang Perai, Pulau Pinang, untuk menyertai PKR.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Kamarul Bahrin Abas berkata, borang permohonan mereka berada padanya, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ahli benar-benar ahli MCA.
"Dakwaan bahawa mereka adalah ahli MCA dibuat oleh (bekas pemimpin MCA cawangan Bukit Mertajam) Tony Peh Choon Peng (kiri dalam foto bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya ketika dihubungi.
Borang tersebut diserahkan kepada Kamarul dalam satu majlis makan malam di Bukit Mertajam Isnin lalu untuk mengalu-alukan 1,009 ahli baru PKR. Majlis tersebut turut dihadiri Anwar selaku penasihat PKR.
Mereka yang mengemukakan permohonan itu dikatakan dari enam bahagian MCA Bukit Mertajam, Batu Kawan, Permatang Pauh, Butterworth, Kepala Batas dan Tasek Gelugor.
Keluar beramai-ramai
Mengenai dakwaan Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan bahawa hanya 50 orang yang hadir di majlis tersebut, Kamarul berkata, 160 meja dijual dan hampir 2,000 menghadirinya.
Mereka dipercaya bertindak demikian berikutan kekecewaan di kalangan ahli MCA terhadap cara kepimpinan pusat parti itu mengendalikan urusan parti, terutama mengenai dakwaan wujudnya pengundi undi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti baru-baru ini.
Bagaimanapun, akhbar The Star melaporkan, yang Timbalan Presiden MCA, Datuk Chan Kong Choy menafikan ada ahli parti itu yang keluar beramai-ramai.
"MCA negeri menjalankan siasatan dan mendapati sehingga ini tiada permohonan untuk berhenti menjadi ahli dari bahagian-bahagian berkenaan. Oleh itu, kami percaya mereka bukanlah ahli MCA," katanya yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang.
Peh bagaimanapun memberitahu malaysiakini yang beliau tidak perlu memaklumkan secara rasmi kepada pihak parti mengenai keputusannya.
"Tidak perlu diberi notis secara formal. Jika kita tidak membayar yuran tahunan kepada parti (MCA), keahlian kita terbatal secara automatik. Kita telah banyak membazirkan masa dalam MCA," kata Peh.
Menurut Perlembagaan parti itu, ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan sebanyak RM2 atau menyertai parti politik lain, secara automatik tersingkir dari parti.
Tinggalkan parti
Sementara itu, Kamarul berkata, satu lagi majlis makan malan bagi meraikan ahli-ahli baru PKR di Pulau Pinang akan diadakan tidak lama lagi.
Menurutnya, ahli-ahli MCA, MIC dan PPP dijangka menyerahkan borang permohonan menyertai PKR di majlis tersebut, yang akan diadakan sewaktu Anwar pulang ke Pulau Pinang nanti.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu kini berkhidmat di Universiti Georgetowan di Washington. Khidmatnya dijangka tamat hubung Mei ini, dan selepas itu beliau akan pulang ke tanahair. Berita asal
Setiausaha Agung PKR, Datuk Kamarul Bahrin Abas berkata, borang permohonan mereka berada padanya, tetapi beliau tidak dapat mengesahkan sama ada ahli benar-benar ahli MCA.
"Dakwaan bahawa mereka adalah ahli MCA dibuat oleh (bekas pemimpin MCA cawangan Bukit Mertajam) Tony Peh Choon Peng (kiri dalam foto bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya ketika dihubungi. Borang tersebut diserahkan kepada Kamarul dalam satu majlis makan malam di Bukit Mertajam Isnin lalu untuk mengalu-alukan 1,009 ahli baru PKR. Majlis tersebut turut dihadiri Anwar selaku penasihat PKR.
Mereka yang mengemukakan permohonan itu dikatakan dari enam bahagian MCA Bukit Mertajam, Batu Kawan, Permatang Pauh, Butterworth, Kepala Batas dan Tasek Gelugor.
Keluar beramai-ramai
Mengenai dakwaan Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan bahawa hanya 50 orang yang hadir di majlis tersebut, Kamarul berkata, 160 meja dijual dan hampir 2,000 menghadirinya.
Mereka dipercaya bertindak demikian berikutan kekecewaan di kalangan ahli MCA terhadap cara kepimpinan pusat parti itu mengendalikan urusan parti, terutama mengenai dakwaan wujudnya pengundi undi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti baru-baru ini.
Bagaimanapun, akhbar The Star melaporkan, yang Timbalan Presiden MCA, Datuk Chan Kong Choy menafikan ada ahli parti itu yang keluar beramai-ramai. "MCA negeri menjalankan siasatan dan mendapati sehingga ini tiada permohonan untuk berhenti menjadi ahli dari bahagian-bahagian berkenaan. Oleh itu, kami percaya mereka bukanlah ahli MCA," katanya yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang.

View Comments0