Lagi dakwaan individu lihat Bigfoot di Johor
Published: Jan 9, 2006 4:24 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Beberapa lagi individu mendakwa pernah terserempak makhluk gergasi dipercayai Bigfoot atau Orang Mawas di tebing hilir Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor sekitar November tiga tahun lalu.
Pekerja sebuah kem motivasi di di Kampung Mawai di Kota Tinggi dikatakan pernah terserempak dengan kesan tapak kaki yang besar berhampiran kem itu pada bulan Mac tahun lalu.
Beberapa lagi individu mendakwa pernah terserempak makhluk gergasi dipercayai Bigfoot atau Orang Mawas di tebing hilir Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor sekitar November tiga tahun lalu.
Abdul Karim Yai, 63, yang berasal dari Kampung Mawai dari Kota Tinggi berkata, ketika kejadian itu, beliau dan rakannya Badrulzaman Abu Samah, 40, baru sahaja selesai menangkap ikan di sungai itu.
"Ketika itu, saya hendak naik ke tebing sungai dan apabila saya menyuluh lampu picit ke arah hadapan dan melihat satu makhluk berbulu lebat dan setinggi 10 kaki. Jarak antara saya dan makhluk berkenaan tidak jauh, hanya 25 meter.
"Menyedarinya dirinya disuluh, makhluk tersebut menoleh ke arah saya dan terus melarikan diri. Tetapi saya dengan jelas nampak mukanya yang dilitupi dengan bulu yang lebat warna keperang-perangan," katanya ketika ditemui Kota Tinggi hari ini.
Katanya, beliau berpendapat, selain cahaya, makhluk itu lari kerana tidak tahan dengan bau asap rokok kerana pada ketika itu Badrulzaman sedang menghisap rokok.
Makan labi-labi
Menurut Bernama, Abdul Karim berkata, beliau diberitahu oleh orang kampung bahawa makhluk dipercayai Bigfoot itu gemar memakan hasil sungai seperti ikan dan labi-labi serta buah-buahan hutan seperti tampoi hutan.
"Orang kampung juga percaya makhluk ini amat pemalu dengan manusia," katanya.
Badrulzaman pula berkata, beliau sendiri pernah terserempak dengan makhluk dipercayai Bigfoot itu pada 1998 ketika sedang memancing di sungai yang sama.
Pengurus Kem Motivasi Eco Camp di Kampung Mawai Sutari Supari juga mendakwa beberapa pekerjanya pernah terserempak dengan kesan tapak khaki yang besar berhampiran kem itu pada Mac tahun lalu.
"Saya telah mengambil gambar kesan-kesan tapak kaki itu dan menyerahkannya kepada Vincent Chow (seorang pencinta alam sekitar)," katanya.
Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor Hashim Yusof, yang turut berada di tebing Sungai Sedili Besar untuk menyelidik kesan makhluk itu berkata, berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul tentang Bigfoot itu mereka akan cuba menjejaki kawasan habitatnya.
Abdul Karim Yai, 63, yang berasal dari Kampung Mawai dari Kota Tinggi berkata, ketika kejadian itu, beliau dan rakannya Badrulzaman Abu Samah, 40, baru sahaja selesai menangkap ikan di sungai itu.
"Ketika itu, saya hendak naik ke tebing sungai dan apabila saya menyuluh lampu picit ke arah hadapan dan melihat satu makhluk berbulu lebat dan setinggi 10 kaki. Jarak antara saya dan makhluk berkenaan tidak jauh, hanya 25 meter. "Menyedarinya dirinya disuluh, makhluk tersebut menoleh ke arah saya dan terus melarikan diri. Tetapi saya dengan jelas nampak mukanya yang dilitupi dengan bulu yang lebat warna keperang-perangan," katanya ketika ditemui Kota Tinggi hari ini.

View Comments0