Terjemahan Keghairahan semakin memuncak berhubung dakwaan penemuan makhluk legenda 'Bigfoot' di kawasan hutan Johor. Sepasukan pakar hidup luar sedang berusaha mengesannya manakala satu talian terus diwujudkan untuk menerima laporan daripada mereka yang pernah melihatnya.

Demam 'Bigfoot' tercetus bulan lalu apabila sesetengah pekerja kolam ikan mendakwa ternampak tiga makhluk tersebut di pinggir hutan simpan di Johor.

Ia semakin mendapat perhatian apabila seorang Orang Asli juga mendakwa terserempak dengan makhluk legenda itu yang merupai manusia.

"Dia nampak makhluk itu yang berbulu kelabu, setinggi 12 kaki (empat meter)," kata Pengarah Taman Negara Johor, Hashim Yusoff.

"Ia tidak agresif, tetapi Orang Asli itu terperanjat t melihatkan makhluk itu dan lari dari situ.

"Secara peribadi saya rasa ada kemungkinan ia adalah binatang yang kita kenali di Malaysia sebagai 'mawas'...," katanya sambil menambah, kebiasannya Orang Asli "tidak bercakap berbohong".

"Kita perlu membuktikannya dan kita akan melakukannya secara santifik," tambahnya.

Pihak berkuasa hidupan liar akan mengambil langkah bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan sedang menimbang untuk memasangkan perangkap kamera bagi merakam imej apa sahaja yang berkeliaran di hutan.

Hashim berkata, selepas usaha selama sebulan untuk mengesannya tidak membuahkan sebarang hasil, kini satu talian terus disediakan untuk orang ramai yang mendakwa pernah melihat makhluk tersebut, untuk menceritakan pengalaman mereka.

"Matlamat utama kami ialah untuk mengenalkan sumber maklumat tersebut, sama ada ianya boleh dipercayai atau tidak," katanya AFP.

Media Malaysia telah memberi liputan meluas mengenai penemuan makhluk tersebut, termasuk sesetengahnya turut menyiarkan kesan tapak kakinya di kawasan hutan.

Johor mempunyai kawasan hutan yang luas, termasuk kawasan Taman Negara Endau-Rompin dan sekali-sekala timbul laporan mengenai penemuan makhluk yang besar di situ.

Pernah ditembak penduduk

Minggu lalu, bekas pakar zoologi, Amlir Ayat berkata, beliau hampir menemui bukti kewujudan Bigfoot lima tahun lalu selepas penduduk sebuah kampung mendakwa telah menembak makhluk besar berbulu di kawasan hutan di Pahang.

"Makhluk tersebut rebah ke bumi dengan bunyi yang kuat. Apabila mereka datang untuk melihat semula, mereka dapati makhluk itu masih terbaring di situ," katanya dalam laporan akhbar New Straits Times.

Amlir berkata, beliau hanya diberitahu mengenainya setahun kemudiannya. Dia dan orang kampung pergi semula ke tempat itu, tetapi tidak menemui apa-apa.

"Pada masa itu, kawasan tersebut sudah dibalak dan hutan di situ telah dibersihkan...hilanglah buktinya..," katanya.

Penasihat kepada Persatuan Alam Semulajadi Malaysia cawangan Johor, Vincent Chow, menolak dakwaan yang cerita itu sengaja diada-adakan untuk menarik lebih ramai pelancong ke Johor.

"Begitu ramai sekali orang yang memperkatakan mengenainya...ada yang mereka-reka cerita sendiri," katanya.

Kisah penemuan makhluk itu sering dilaporkan di kawasan hutan di seluruh dunia. Makhluk itu dikenali sebagai Bigfoot atau Sasquatch di Amerika Syarikat dan Kanada dan yetis di Himalaya. Berita asal