Saman fitnah RM60j Mahfuz terhadap Rejal Arbee didengar 26 Jun
Published: Jan 4, 2006 3:40 PM | Updated: Jan 29, 2008 6:21 PM
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan lima hari mulai 26 Jun untuk mendengar kes saman fitnah RM60 juta bekas ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar terhadap bekas pengarang kumpulan akhbar Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee.
Bekas ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mendakwa, beliau telah difitnah ekoran laporan berita bertajuk "Mahfuz Ajak Wakil BN Bertumbuk" di muka depan akhbar
Berita Harian
pada 2000.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan lima hari mulai 26 Jun untuk mendengar kes saman fitnah RM60 juta bekas ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar terhadap bekas pengarang kumpulan akhbar Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee.
Hakim Datuk Abdul Malik Ishak menetapkan tarikh itu dalam kamarnya.
Mahfuz, yang ketika ini anggota jawatankuasa PAS Pusat, turut menamakan The New Straits Times Press (M) Bhd sebagai defendan kedua dalam saman yang difailkan pada tahun 2001 itu.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mahfuz mendakwa, kedua-dua defendan memfitnahnya setelah membenarkan laporan berita bertajuk "Mahfuz Ajak Wakil BN Bertumbuk" terdibitkan di muka depan akhbar Berita Harian bertarikh 9 September 2000.
Beliau mendakwa, fitnah yang terdapat dalam artikel itu telah sengaja diterbitkan sebagai suatu berita sensasi dan dengan sengaja dijadikan berita utama di bahagian hadapan akhbar berkenaan untuk ditatap serta dibaca seluruh masyarakat negara ini.
'Isu hak istimewa'
Menurut laporan Bernama, Mahfuz mendakwa, selain berniat jahat, kedua-dua defendan gagal mendapatkan kepastian tentang kesahihan berita yang ingin diterbitkan itu daripadanya terlebih dahulu.
Katanya, fitnah itu telah diterbitkan semasa isu perdebatan antara beliau dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berhubung isu hak istimewa orang Melayu sedang hangat dibincangkan dan menjadi isu nasional ketika itu.
Mahfuz mendakwa, penerbitan laporan berita itu telah menyebabkan beliau terpaksa menanggung aib dan kesengsaraan dari segi kredibiliti, karektor, reputasi serta menyebabkannya dikeji, dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat.
Sehubungan itu, Mahfuz menuntut gantirugi am sebanyak RM30 juta dari setiap defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, permohonan maaf daripada kedua-dua defendan serta penarikan balik fitnah tersebut, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Sementara itu, dalam pembelaan mereka, kedua-dua defendan mendakwa laporan berita yang diterbitkan itu adalah adil kerana berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku pada prosiding semasa persidangan di Dewan Rakyat pada 8 September 2000 dan artikel berkenaan telah diterbitkan dalam keadaan perlindungan bersyarat.
Hakim Datuk Abdul Malik Ishak menetapkan tarikh itu dalam kamarnya.
Mahfuz, yang ketika ini anggota jawatankuasa PAS Pusat, turut menamakan The New Straits Times Press (M) Bhd sebagai defendan kedua dalam saman yang difailkan pada tahun 2001 itu. Dalam pernyataan tuntutannya, Mahfuz mendakwa, kedua-dua defendan memfitnahnya setelah membenarkan laporan berita bertajuk "Mahfuz Ajak Wakil BN Bertumbuk" terdibitkan di muka depan akhbar Berita Harian bertarikh 9 September 2000.

View Comments0